Demo LaNie

Demo LaNie


Kantoi!! Mamat yg terajang Polis masa Bersih 3.0 dah "Di Kenali"

Posted: 07 Sep 2012 02:31 PM PDT

Semalam di tayangkan kat tv gambar seorg tendang polis trafik.. seoarang suspek iaitu Khalid Istmad jadi mangsa,dah soal siasat.SAH TIDAK BERSALAH.

So apabila kejadian serangan pejabat PKR tempoh hari. kelibat mamat ni seakan seiras dengan gambar tersebut.. apakah ini orgnya? adakah polis sudi bukak kes ni dan siasat?
Sure polis tak akan siasat,so KITA SEBAR supaya undi dari org atas pagar beraleh ke PR!!! takbir!! -  SUMBER

Kantoi !!!: Ulama Muda Umno akui tak mampu nak tegur kepincangan dalam UMNO

Posted: 07 Sep 2012 01:35 PM PDT


KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

"Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.

Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami," katanya.

Tambah beliau, "kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya."

"Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami," katanya lagi kepada The Malaysian Insider.

Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.

"Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.

"Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu," katanya lagi.

Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

"Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku," kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.
"Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka," tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

"Dalil-dalil agama dan nama 'salafussoleh' dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik 'orang muda agama'.

"Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing," katanya lagi.

Duit Punya Pasal Kita Sanggup Bersama Syaitan +Video

Posted: 07 Sep 2012 08:22 AM PDT

SOALAN
Saya orang biru ,orang hijau sokmo kata saya sesat minta penjelasan kut mana saya sesat.

JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS

Manusia sesat bukan pada warna dan bukan atas lambang , ada orang marah sangat tengok bulan bintang, gitu juga orang Pas marah sangat pada warna biru, sedangkan warna biru warna Allah warna langit.

"Barang siapa yang tak mahu mengikut perentah Allah dan Rasul maka sesungguhnya dia telah pun sesat sangat terang"

Allah dan Rasul suruh buat sesuatu tetapi manusia ingkar ,contoh dalam perlembagaan Malaysia menyebut tidak akan melaksanakan hukum Quran dan Hadis kerana mahu ikut undang Lord Reid [undang undang manusia]. Bila kita ikut undang2 manuisa dan ingkar undang undang Allah maka manusia akan sesat, situ sahaja, asas agama pun dan sesat maka cabang cabang yang lain pun habis sesat berlaka.

Contoh kerajaan membenarkan judi dan arak, sepatutnya kerajaan yang memerentah harus menolak amalan syaitan, tetapi kerajaan yang ada sekarang telah membuat tempat orang untuk berjudi [Genting] dan kilang arak.

Kerajaan yang menbenarkan arak dan judi atau kerajaan yang membenar kerja kerja syaitan maka kerajaan itu Syaitan.Siapa yang suka kerajaan syaitan maka dia pun syaitan, tak kira di mana mana pun di Mongolia atau Jepun ini umum bukan di tuju pada kerajaan Malaysia je.

Duit punya pasal kita sanggup bersama Syaitan dalam kesesatan. Jadi kita kena dakwah kepada pemimpin yang ada sekarang agar kembali ke pangkal jalan, kerana Tuhan kita satu nabi kita satu jangan marah la itu sahaja..


Royalti Tak Bayar, Kebas Pula Minyak Kelantan Didaratkan Di Terengganu

Posted: 07 Sep 2012 08:02 AM PDT


Kelantan dakwa gas di zon Bunga Kamelia didaratkan di Terengganu

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mendakwa gas di Blok PM301 dari zon Bunga Kamelia yang terletak berhampiran perairan negeri itu akan didaratkan di Kemaman, Terengganu.


"Walaupun ia lebih dekat dengan negeri Kelantan, paip sebesar 15 inci dipasang untuk mendaratkan gas tersebut di pelantar di Kemaman, sekali lagi Kelantan terlepas," kata Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau, Petronas akan mendaratkan gas dari zon Bunga Kamelia itu pada bulan Jun tahun depan dengan kapasiti 110 juta kaki padu sehari.

Katanya, jika harga gas dalam anggaran USD12 hingga USD14 sekaki persegi bermakna jumlah royalti ialah antara RM400 dan RM547 juta setahun.

Petronas, kata Husam telah menemui enam kawasan minyak baru di BLok PM301 sejak tahun 2001.
Husam memberitahu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menambah anggota jawatankuasa khas tuntutan petroleum kerajaan negeri Kelantan dengan mengundang penyertaan golongan profesional, NGO serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan.

Jawatankuasa ini berbeza dengan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus berhubung pembayaran hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Najib mengenai tuntutanronyalti gas tetapi belum ada jawaban.

"Kita berharap Perdana Menteri memberi jawaban sama ada menolak tuntutan itu atau mempertimbangkannya," kata Husam.

Rakyat Biadab Kerana Umno Gurunya

Posted: 07 Sep 2012 07:25 AM PDT


PAS menyifatkan, tindakan sesetengah pihak bertindak biadab sekarang adalah kerana diajar oleh Umno.

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Pemimpin Umno lupa, budaya ini dimulai oleh pemimpin Umno dan merekalah gurunya.

"Rosak ikan bermula di kepala, rosak rakyat kerana pemimpinnya," kata beliau.

Atas dasar itulah, katanya, tidak hairanlah ada rakyat yang pijak gambar pemimpin di dalam himpunan Janji Demokrasi 30 Ogos 2012 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kenapa pemimpin Umno dan media Umno tanpa segan silu membelasah seolah-olah ini semua ajaran pemimpin pembangkang, soalnya.

Pada hal, katanya, tidak ada rekod pemimpin pembangkang yang berkelakuan biadab.












Katanya, rakyat masih ingat ketika penamaan calon Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang pada 20 April 2000, di mana Datuk Adnan Yaakob selaku Menteri besar Pahang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS.

"Apakah ini taraf seorang ketua Umno di negeri Pahang," katanya.

Begitu juga tindakan pemuda Umno dan puteri Umno yang tunjuk punggung dan isyarat lucah pada hari tersebut.

Ajaran biadab ini dilanjutkan lagi oleh Utusan Malaysia dan penceramah Umno yang menunjuk gambar lucah kononnya ini adalah gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sdr Azmin Ali.

"Kenapa budaya ini tidak disekat malahan diberi galakan sehingga memalukan kita yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah," soalnya.

Akhbar ini, katanya, sampai ke sekolah yang dibaca oleh pelajar-pelajar.

"Seolah-olah media Umno mendapat lesen untuk membuat sesuatu demi politik kotor mereka," katanya.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa mereka yang pijak gambar Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang tidak diambil tindakan.

"Apakah beliau botol mineral, bukan manusia? Apakah beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak sah?" soalnya lagi.

sapa PEMBANGKANG? Cakap bebaik skit...

Posted: 07 Sep 2012 06:47 AM PDT


Bengong Sungguh Mangkok Ni, Cakap Pun Tunggang-Terbalik!

Matlamat UMNO Selangor dan Kelantan sama walaupun pendekatan berbeza, kata Noh

KOTA BAHARU, 7 Sept — Umno Selangor dan Kelantan mempunyai matlamat yang sama iaitu merampas kedua-dua negeri itu dari tangan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti, sungguhpun pendekatan yang digunakan untuk tujuan itu berbeza.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata ini kerana tidak seperti Kelantan yang sebahagian besar pengundinya Melayu, Umno dan Barisan Nasional (BN) Selangor pada masa yang sama tetap memberikan perhatian kepada bangsa lain.

"Di Kelantan ramai pengundinya Melayu tidak seperti Selangor yang kita pada masa yang sama memberikan tumpuan kepada pengundi berbangsa lain pada pilihan raya ini.

"Selain itu yang berbeza di Kelantan, pemerintahan PAS sudah lama tetapi di Selangor pembangkang masih baru tetapi (Umno) bermatlamat sama untuk melihat BN menang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kubang Kerian di sini, hari ini.- shalehudin

Laporan penuh SINI

LAPORAN RASMI POLIS MENGENAI PENGHINAAN TERHADAP GAMBAR2 PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT SUDAH DIBUAT.. APA TINDAKAN POLIS??

Posted: 07 Sep 2012 06:52 AM PDT

BILA LAGI PIHAK POLIS NAK TUBUHKAN PASUKAN KHAS, BURU, JEJAK,TANGKAP, GARI DAN REMAN PARA PESALAH!!!!!!!

Laporan rasmi polis telah pun dibuat setelah dicabar.


Sehingga kini pihak yang sepatutnya bertindak macam bertindak ikut kelajuan siput babi...Lembab dan tidak bermaya.

Lain pula kalau sipembuat repot dari PERKASA atau Pemuda UMNO.. macam halilintar pantasnya siap buat 3 pasukan khas yang tiap satu diketuai seorang pegawai polis yang berpangkat agak kanan jua.

Nak cekup pelajar IPTS yang tunjukkan bontot ke gambar Najib dan Rosmah terpaksa seorang Pegawai Kanan Polis berpangkat SAC dan berdarjah Datuk ditugaskan.

JANGAN SAMPAI RAKYAT HILANG LANGSUNG KEPERCAYAAN KEPADA PDRM. RAKYAT TAHU PDRM SEOLAH-OLAH HIDUNGNYA KENA CUCUK DAN TERPAKSA AKUR AKAN KEMAHUAN DAN KEHENDAK NAFSU PARA PEMIMPIN POLITIK YANG MENGAWAL SELIA JABATAN TERSEBUT.

MOHON TONJOLKAN SIKAP PROFESIONALISME DALAM MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG DAN TANGGUNG JAWAB SERTA AMANAH. - Omakkau

Sah!! Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3 Berkuakuasa Hari Ini

Posted: 07 Sep 2012 01:09 AM PDT


PETALING JAYA - Pengacara dan wartawan penyiaran terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28, membuat keputusan drastik untuk meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa di stesen televisyen berkenaan mulai hari ini.

Menurut Nurul Syuhada, keputusan yang dibuatnya itu sudah lama dipertimbangkan dan langsung tidak ada kena-mengena dengan isu kontroversi yang membabitkan dirinya.

"Saya pasti ramai yang akan memberi persepsi peletakan jawatan saya ini berkaitan dengan kontroversi baru-baru ini, tetapi saya ingin tegaskan ia memang tidak berkaitan langsung dengan apa yang telah berlaku.

"Lagipun saya sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada pihak pengurusan sebulan yang lalu dan esok (hari ini) merupakan hari terakhir saya sebagai kakitangan sepenuh masa dengan TV3," ujarnya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini semalam.

Beliau memulakan tugas bersama TV3 sebagai pengacara rancangan Nona pada 1 Januari 2006 setelah muncul sebagai juara program realiti televisyen, Malaysian Top Host pada tahun sebelumnya.

Nurul Syuhada merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin dari Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem) di Terengganu. Kustem kini dikenali sebagai Universiti Malaysia Terengganu.

Pada bulan Julai tahun lalu, pengacara kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Raja Amir Shah Raja Azwa, 30, seorang pegawai bank setelah menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Menurut Nurul Syuhada, dia mengambil keputusan meletak jawatan kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

Beliau juga bercadang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana sama ada dalam bidang psikologi atau tamadun Islam.

Jelasnya, setelah enam tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan dan pengacaraan, beliau merasakan sudah tiba masanya untuk berehat serta mengikut kehendak suaminya supaya tidak terlalu aktif dengan kerjaya.

"Saya memang sudah meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini saya hanya akan terlibat sebagai pengacara rancangan Malaysia Hari Ini," jelasnya.

Katanya, keputusan tersebut juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Nurul Syuhada dan TV3 memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak. Dalam komennya, Nurul Syuhada menyifatkan Bintulu sebagai bandar daif.

Ekoran kontroversi itu, TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan media sementara Nurul Syuhada pula turut berbuat demikian dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan daripada pelbagai pihak. ~kosmo

Artikel Berkaitan : Isu Bintulu Daif, Nurul Syuhada Nuru Ain Letak Jawatan Di TV3?

Gempaq!! Ezam Mohd. Noor Buta Sebelah Mata!

Posted: 07 Sep 2012 01:04 AM PDT

Bagaimana pula dengan 'keganasan melampau' yang dinaungi oleh Perkasa dan Taukey Ikan Bakar yang direstui UMNO dan pihak Polis terpaksa samarkan pandangan?

Tak payahlah Ezam berpura-pura buta nanti Allah benar-benar butakan hati dan pandangan kamu!

Pembangkang terap budaya kebebasan melampau

Penerapan budaya kebebasan yang melampau oleh pemimpin pembangkang terhadap pengikut mereka khususnya dalam kalangan generasi muda menjadi punca utama sikap biadab serta tidak bertamadun penyokong parti itu sejak akhir-akhir ini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanggungjawab menerapkan nilai tidak baik tersebut.

Katanya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilihat bekerjasama dengan pembangkang dalam menerapkan unsur tidak sihat itu juga wajar dikenakan tindakan segera memandangkan budaya berkenaan tidak baik untuk rakyat Malaysia khususnya generasi muda.

"Pemimpin pembangkang khususnya Anwar serta pemimpin NGO yang menyokong mereka seperti Datuk S. Ambiga bertanggungjawab menyemai budaya kebebasan melampau termasuk seks bebas, biadab, bencikan pemimpin, raja, ulama malah agama serta rasul.

"Tindakan tegas wajar diambil oleh pihak berkuasa terhadap anak-anak muda yang terlibat menghina bendera negara dan memijak gambar pemimpin pada malam ambang merdeka lalu.

"Namun tindakan tegas dan tanpa kompromi juga wajib dikenakan terhadap pemimpin politik pembangkang serta NGO yang menjadi punca utama tindakan tersebut berlaku," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden biadab peserta perhimpunan Janji Bersih memijak serta menunjukkan punggung kepada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada sambutan malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini minggu lalu.

Menurut Mohamad Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), media-media yang menjadi perkakas kepada golongan tersebut seperti Malaysiakini juga perlu dikenakan tindakan.

Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu segera bertindak terhadap Malaysiakini kerana mendakwa portal berita itu setiap hari menyemai elemen negatif kepada minda masyarakat khususnya generasi muda.

"Saya hairan mengapa SKMM masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap portal berita melampau seperti Malaysiakini dan yang seangkatan dengannya sehingga ke hari ini. Kita perlu bertindak segera, portal berita melampau seperti itu menyemai elemen tidak baik kepada rakyat," jelasnya. - sumber

Serang Masjid budaya PERKASA.
Serang Pejabat budaya UMNO.
Serang Gereja budaya JATI.
Serang orang budaya TIBAI.
Serag peribadi budaya cai-cai UMNO.
Serang Rumah budaya samseng
Tapi yang haram ialah tawan Dataran Merdeka


Kantoi!!! Gambar Ini Dikesan Menipu...

Posted: 06 Sep 2012 04:18 PM PDT

Gambar ini telah dikesan menipu orang ramai. Orang kata gambar mencerikan seribu kisah, tapi gambar dibawah nei ceritakan hanya 1 kisah..... Kisahnya gambar yang menipu... kah..kah..kah...
 
taktik macam ni dah tak laku, dari menipu dengan edit gambar baik panggil orang datang dan bagi RM30... kah..kah..kah - Tukang Lawan


Kesahihan Gambar Rumah Terbuka Najib Dipertikai 
(Inilah gambar yang diambil dari Bernama yang disiarkan oleh The Star pada 21 Ogos lalu). 

Seorang pemimpin DAP telah mempersoalkan kesahihan gambar yang kononnya menunjukkan puluhan ribu orang yang berkumpul di kediaman Perdana Menteri Najib Altantuya sewaktu Hari Raya Aidilfitri kedua pada 20 Ogos lalu. 

Merujuk kepada laporan The Star pada 21 Ogos lalu, Senator S Ramakrishnan menganggap gambar muka depan harian berbahasa Inggeris tersebut sebagai satu lagi "pembohongan terang-terangan". 

Mengukuhkan testimoni beliau, seorang belia tanpa nama yang hadir di sana, beliau berkata bahawa saksi tersebut tidak melihat puluhan ribu orang seperti yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan. Ini membawa kepada mengapa Ramakrishnan membuat tuduhan bahawa gambar, yang telah diambil oleh agensi berita nasional Bernama, telah ditokok-tambah. 

Ramakrishnan mendakwa bahawa kediaman Sri Perdana di Putrajaya tidak akan mampu untuk menampung kebanjiran puluhan ribu orang ramai. Beliau mendakwa bahawa gambar yang berbeza telah "dijajar dan ditindan" dari gambar asal untuk mewujudkan tanggapan bahawa orang ramai telah berkumpul di sana. 

Pemimpin DAP juga tertanya-tanya mengapa imej tersebut tidak menunjukkan Najib Altantuya di sana, dan bertanya mengapa ia hanya menunjukkan orang-orang di sana kebanyakkannya memegang kamera. "Gambar kini telah ditokok-tambah dan dipinda oleh seorang artis amatur grafik ... Hari ini kanak-kanak pun boleh menggunakan Photoshop (perisian gambar) dan mudah memanipulasi gambar-gambar," katanya dalam satu kenyataan. 

Bercakap kepada FMT kemudiannya, Ramakrishnan mendakwa bahawa dia telah bertemu dengan beberapa wartawan yang berkata bahawa gambar tersebut sebenarnya telah dipinda. 'Biarkan pembaca membuat keputusan' Ditanya apakah sebab dakwaannya di sebalik isu itu, beliau berkata Bernama tidak seharusnya digunakan untuk projek menaikkan populariti Najib Altantuya dengan cara yang memalukan dirinya sendiri. "Saya fikir Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), saya berfikir untuk meminta pihak polis ... Ini adalah pelanggaran yang jelas kod etika bagi Bernama lakukan," katanya. 

Beliau juga menggesa Penerangan, Komunikasi dan Kementerian Kebudayaan untuk teguran Bernama. FMT juga bercakap untuk belia yang Ramakrishnan dipetik. Meminta namanya disiarkan, "belia" yang dikenal pasti dirinya sebagai seorang lelaki dalam lingkungan 30-an "Terdapat ramai, mungkin kira-kira 30,000 hingga 40,000. Tetapi ia pasti tidak apa yang anda boleh lihat [dalam akhbar itu] ... Ia tidak menunjukkan realiti seperti imej yang digambarkan, "katanya. Menegaskan dakwaannya lagi, beliau menambah bahawa separuh daripada orang ramai kononnya terdiri "warga asing", yang dia dikenalpasti sebagai kerakyatan Iran dan Mesir. 

Ketika dihubungi Bernama enggan mengulas. Walau bagaimanapun, agensi berita berkata bahawa pembaca bebas untuk memeriksa laman web mereka dan bandingkan gambar mereka dengan imej yang dipersoalkan, tanpa memberikan gambar asal untuk dibuktikan bahawa gambar tersebut tidak dipinda. -jalanpulang

No comments:

Post a Comment