KedahLanie.info

KedahLanie.info


Kenapa pengganas nak kena tutup kepala...?

Posted: 22 Mar 2013 08:06 AM PDT

Nah ambik main tutup mukalah pulak....pasal apa yang perlu tutup muka nie...kami nak tengok muka puak pengganas nie macamana....

Yang duduk tutup sampai tak kenal siapa buat apa... Adakah undang-undang dunia yang dibuat macam nie....

Kami takut ada orang sedang buat opera sahaja... almaklumlah zaman nyawa dihujung tanduk ....

Satu lagi yang dok musykil nie ada kenyataan seperti ini pulak...

ini yang dirisaukan...bukan thah thah nanti dia kata ibrahim ali ka zulkifli nordin ka yang upah suruh serang Sabah.....tak pasal2 puak tu kena naya...kesian...

Dengan apa yang berlaku dunia ingin melihat opera apa yg sedang berlaku dalam permainan ini....


Aduhai RAIS.. cerita UPIN & IPIN pun 30minit.. nie nak bentang manifesto cuma 10 minit...!!!

Posted: 22 Mar 2013 06:30 AM PDT

Parti politik diberi 10 minit bentang manifesto

22 Mac 2013
pru13 terbaru
.
KUALA LUMPUR - Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.

"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.

"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.

"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.

Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.

"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya.- Bernama

Aduhai Gabenor.. Hutang Isi Rumah kamu kalut.. Yang Najib berhutang sampai 50% lebih tu awat tak kalut sama..???

Posted: 22 Mar 2013 05:44 AM PDT

Krisis kredit mungkin berlaku akibat peningkatan hutang isi rumah di Malaysia

TERKINI @ 04:11:13 PM 22-03-2013

Oleh Zurairi AR
March 22, 2013

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Malaysia berisiko turut sama akan bergelut dalam krisis kredit dimana ia timbul didalam ekonomi negara Asia yang pesat membangun, menurut beberapa laporan hari ini.

Hal ini tetap berlaku walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) sedang berusaha gigih untuk mengekalkan hutang isi rumah negara pada paras yang terkawal, selepas nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sehingga 80 peratus tahun lepas.

"Berdasarkan penunjuk aras ringkas krisis kredit dengan membandingkan paras stok kredit dan pertumbuhan kredit, Coface menjangkakan Asia yang pesat membangun paling berisiko," kata laporan daripada firma insurans kredit Coface Group.

Firma itu termasuk Malaysia di kalangan pasaran baru muncul pada risiko, bersama-sama dengan Thailand, Singapura, China dan Taiwan.

Anggaran Coface yang muncul Asia merupakan rantau paling berisiko," kata laporan oleh insurans kredit Coface Kumpulan firma.


Firma itu memasukkan Malaysia antara dikalangan pasaran pesat membangun yang berisiko, bersama-sama dengan Thailand, Singapura, China dan Taiwan.

Coface menyatakan bahawa dasar peluasan kewangan yang telah diperkenalkan selepas krisis 2008-2009 dan kegagalan dalam kawalan berhemat telah menyebabkan pertumbuhan mampan dalam kredit bank didalam ekonomi yang sebegini.

Penganalisis Royal Bank of Scotland (RBS) Sanjay Mathur dipetik dalam laporan media hari ini berkata perkembangan kredit "meluas" di dalam ekonomi Asia, meningkatkan kebimbangan pasaran terlalu bergantung kepada kredit.

Mathur menekankan di Malaysia bersama-sama dengan Hong Kong dan Singapura, hutang isi rumah telah mencecah atas 65 peratus daripada KDNK, manakala kredit telah meningkat, terutamanya di negara jiran Singapura dan Thailand.

Penganalisis bimbang terhadap kadar kredit yang semakin meningkat, kerana peningkatan mendadak dalam kredit melebihi tempoh yang singkat boleh menjejaskan kualiti aset sekiranya kadar faedah atau kejutan pendapatan menimpa ekonomi.

"Walaupun sistem perbankan dipermodalkan dengan baik di negara-negara ini dan kita lihat tiada masalah serta-merta, risiko peningkatan dalam kadar faedah, kelembapan dalam pertumbuhan pendapatan isi rumah atau penurunan dalam harga hartanah boleh mengekang pertumbuhan penggunaan," kata Mathur kepada The Straits Times.

Pada Rabu lalu, gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (gambar) berkata bank pusat telah menyelia hutang isi rumah di negara ini, dan langkah-langkah pinjaman telah diperketatkan selepas hutang isi rumah ke nisbah KDNK mencecah 80 peratus tahun lepas.

Zeti memberi jaminan bahawa pinjaman tidak berbayar dalam sektor isi rumah kekal pada hanya 1.5 peratus, dan pembayaran balik masih kukuh.

"Walaupun pembiayaan peribadi oleh bukan bank meningkat 30 peratus berbanding dengan 9 peratus dilihat dalam bank, pembiayaan oleh entiti bukan bank telah disokong oleh skim potongan automatik gaji bagi individu memiliki pekerjaan yang stabil," kata beliau semasa membentangkan Laporan Tahunan Bank Negara 2012.

Walau bagaimanapun, seorang ahli ekonomi menyatakan hari ini bahawa hutang isi rumah kepada KDNK kemungkinan tetap meningkat tahun ini memandangkan pinjaman isi rumah dianggarkan berkembang pada kadar lebih pantas sebanyak 11 peratus berbanding dengan pertumbuhan nominal KDNK pada 7.8 peratus.

Penganalisis RHB David Chong memberitahu Biz Star bahawa pinjaman isi rumah tahun lepas masih melebihi pertumbuhan KDNK sebanyak 6.4 peratus walaupun ia telah menurun kepada 13 peratus berbanding 13.4 peratus pada tahun 2011.

Sebahagian besar pertumbuhan disumbangkan oleh sektor institusi kewangan bukan bank (NBFI) seperti Bank Rakyat Sdn Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB), tanda kebimbangan meningkat keatas pinjaman kepada sektor yang berpendapatan rendah.

Walaupun hanya mencakupi 12 peratus daripada keseluruhan kredit isi rumah, NBFI dan institusi kewangan pembangunan (DFI) meliputi 57 peratus pembiayaan kredit peribadi, angka yang telah meningkat dengan mendadak.

Ini telah menyebabkan peningkatan dalam peratusan pembiayaan peribadi bagi hutang isi rumah daripada 16 peratus pada tahun 2011 kepada 17 peratus pada tahun lepas.

Hutang isi rumah Malaysia telah meningkat dari 70.5 peratus pada tahun 2011 kepada 80.5 peratus pada tahun lepas, yang menyebabkan gesaan supaya berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Bilakah akan selesai kemelut KUIN?

Posted: 22 Mar 2013 03:41 AM PDT

oleh Dali Sr.04

Bermulanya tahun 2008 semenjak berubahnya pentadbiran kerajaan negeri maka tapuk pemerintahan KUIN pun berubah. Apabila berubah maka berbagai perancangan dilakukan untuk menaikkan lagi mertabat KUIN di persada negara.

Dengan satu pengumuman besar oleh MB Besar untuk membina sebuah pusat pengajian yang baru di Kuala Ketil sana. Alangkah berbangganya saya sebagai bekas pelajar apabila intitusi ini ingin dikembangkan lagi.

Bermodalkan pinjaman bank RM330juta yang tanpa memohon sekupang pon dari kerajaan pusat... intitusi itu dibangunkan dengan megahnya. Sedang dibina di Kuala Ketil sana manakala di KUIN Alor Setar terus dibuat perancangan demi perancangan demi matlamat kerajaan negeri untuk memertabatkan ilmu sebagai wadah untuk anak bangsa meninba ilmu....

Namun dalam kerancakan perancangan dan pembinaan itu telah timbul beberapa isu yang mana telah dimanipulasikan oleh media mainstream sebagai KUIN ini bermasalah. Kisah demontrasi murid-murid kolej AlQuran sehingga ke kakitangan tidak mendapat bayaran gaji sepenuhnya.

Isu kolej AlQuran so far dapat di jawab dan diselesaikan secara baik namun masalah kakitangan yang memprotest berkenaan  kebajikan mereka berlarutan sehingga sekarang.

Saya yang berada diluar pun berasa hairan kenapa perkara ini berlarutan sehingga sekarang, masing-masing menuding jari antara satu sama lain. Di pihak kerajaan negeri dengan hujahnya dipihak yang membantah dengan hujahnya.


Disini saya melihat kenapakah penyelesaian secara Islam tidak dilakukan, berjumpa dan bertemulah 4 mata antara satu sama lain dan berbincanglah dengan penuh kemuafakatan demi menyelesaikan masalah. Ini kerana antara dua pihak semuanya golongan yang memperjuang dan memertabatkan Islam.

Sekarang ini dilihat masalah ini telah dipolitikkan, ini berlaku apabila bantahan tersebut telah disulami oleh orang politik demi kepentingan egara politik mereka. Ini ibarat menjemput musuh untuk menjaga harta kita.

Kenapa masing-masing tidak berlapang dada..dan masing-masing ada egonya.. di pihak membantah kenapa guna pihak musuh dan tidak menggunakan saluran sebenarnya seperti membuat laporan di Jabatan Buruh berkenaan gaji.... manakala di pihak kerajaan negeri kenapa sngkoh sangat jawapan diberikan sehingga menyuruh kakitangan yang telibat untuk meletak jawatan..

Jika sebegitu jawapannya samalah seperti umno BN menghalau mana-mana kita yang tidak menyokong mereka di bumi Malaysia supaya keluar dari Malaysia... Ini kelaku UMNO.... bilakah kita diajar berkelakuan sebegini.. Mana perginya dasar Islam yg kita laungkan...

Selain itu tidak adakah pimpinan pimpinan yang besar untuk menjadi orang tengah untuk selesaikan kemelut ini....sila bawa kedua belah yang berlarutan ini... Jadikan pertemuan itu yang tanpa ada ego dalam diri masing-masing.....dan untuk orang tengah ini ramai boleh menjadinya

Harus diingat musuh kita sudah masuk..mereka sedang memainkan jarum...jika semua piahak tidak memainkan peranan untuk menyeledaikan konflik ini maka kami yang dibawah akan terus dirundung persoalan yang tanpa kesudahan....


Bekas OCPD PULAK suruh tukaq kerajaan...

Posted: 22 Mar 2013 03:00 AM PDT


Bekas OCPD: Tukar k'jaan, pulihkan wiba

Ahmad Fadli KC 9:17AM Mac 22 2013

Kerajaan sedia ada perlu ditukar jika rakyat benar-benar serius mahu mengembalikan kewibawaan pasukan polis, kata seorang bekas pegawai kanan polis, malam tadi.

Mantan ketua polis daerah Kota Kinabalu, Sabah Mohd Yousoff Babjee berkata, pasukan polis kini menerima terlalu banyak campur tangan politik sehingga mengganggu tugas-tugas mereka.

"Untuk memulihkannya saya rasa kita tukarlah kerajaan. Saya rasa jangan (ada) masuk campur tangan politik (dalam polis).

"Kalau campur tangan politik jadi susah kita nak laksanakan (tugas). (Ada arahan) Orang ini boleh tangkap, orang ini tak boleh tangkap. Orang ini boleh tuduh, orang ini tak boleh tuduh," kata dalam forum "Bicara Kedaulatan dan Keselamatan Negara" di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum melibatkan 700 peserta itu dimudah cara oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan dianjurkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa kesalnya dengan pasukan polis yang kini dilihat bersikap pilih kasih dalam menjalankan tanggung jawab mereka.

'Kenapa bacul bertindak?'


Menurutnya, polis dilengkapi latihan secukupnya namun menjadi bacul kerana "menerima arahan" sehingga gagal bertindak terhadap keganasan pada ceramah politik dan serangan terhadap ibu pejabat parti politik.

"Saya tertanya-tanya kenapa polis tidak bertindak. Siapa yang bagi arahan? Ini satu perkara yang tidak adil, dan pasukan polis terbawa-bawa (kepatuhan menerima arahan) seperti pejabat PKR yang dibaling batu, telur dan sebagainya.

"Balai polis sebelah sahaja (tetapi) saya malulah (mereka tidak bertindak). Mesti ada satu arahan kalau tidak mereka tak akan begitu. Mereka ini ada latihan dan ada pelajaran.

"Kenapa boleh jadi sedemikian sehingga mereka ini bacul hendak ambil tindakan?" katanya.

Menurutnya lagi, keberkesanan polis membanteras jenayah juga sepatutnya diukur daripada persepsi orang ramai terhadap tahap keselamatan mereka, dan bukan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan.

"Kejayaannya (pengurangan kadar jenayah) sepatutnya dirasai masyarakat sendiri sama ada kita , anak-anak kita dan keluarga kita berasa selamat atau pun tidak.

"Kalau kita ada perasaan selamat, barulah polis itu berjaya, bukan polis yang cakap," katanya.

Dua hari lalu, Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri dalam laporannya mengumumkan kadar jenayah berjaya diturunkan sebanyak 27 peratus dalam masa tiga tahun Program Transformasi Kerajaan (GTP) dilaksanakan.

'Tentang Komunis, bawa batalion ke Namibia'

Laporan sama juga menyatakan persepsi pengurangan jenayah semakin meningkat walau pun sesetengah rakyat mendakwa sebaliknya.

Menurut Yousoff, perasaan selamat masyarakat terhadap persekitaran mereka sebenarnya tidak banyak berubah di antara dahulu dan sekarang.

Sebaliknya, masyarakat kini kurang yakin dengan keupayaan polis mengurangkan kadar jenayah.

"Perasaan selamat dahulu dan sekarang tak banyak beza.

"Hanya kepercayaan terhadap polis (yang berbeza), sama ada kita yakin (terhadap) mereka atau pun tidak," katanya.

Seorang lagi ahli panel, mantan timbalan panglima angkatan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghaffir Abdul Hamid membidas kenyataan pihak yang mempertikai kritikan beliau terhadap cara kerajaan menangani pencerobohan Lahad Datu.

"Semasa saya menjadi pegawai pemerintah, saya berkhidmat menentang pengganas komunis di kawasan hutan Perak.

"Paling istimewa sekali, saya membawa satu batalion tentera ke Namibia," kata Ghaffir merujuk kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dilapor menolak kritikannya atas alasan beliau sendiri tiada pengalaman berperang.

Ghaffir sebelum ini berkata pencerobohan Sulu boleh ditamatkan lebih awal jika terdapat arahan jelas dari kerajaan.

Patut pun sempadan Negara kena ceroboh, sebab sibuk sangat intip pembangkang! Sebarkan!

Posted: 22 Mar 2013 02:30 AM PDT

PAS ada 7 dosa, Umno macam mana?

Posted: 22 Mar 2013 01:30 AM PDT


Mohamed Hanipa Maidin, 22 Mac 2013

(Papan tanda yang dipasang di Kota Bharu selepas Najib dakwa PAS ada 7 dosa)

Setelah bertahun-tahun berpolitik tanpa mengira isu dosa dan pahala, Presiden Umno tiba-tiba bercakap tentang dosa. Maka dituduhnya PAS membuat 7 dosa. Kerana dosa-dosa itu maka mengikut logik Najib PAS wajar ditolak oleh rakyat. Komen saya terimakasih Alfadhil Ustaz Najib. Walau apa pun niat anda, mengingatkan tentang dosa dan pahala suatu yang baik.

Saya tidak bercadang untuk ulas satu persatu 7 dosa yang Najib tuduh itu. Cukuplah saya ulas satu atau dua dosa yang Najib katakan itu. Saya pun pelik bukan sahaja PAS dituduh berdosa malahan YB Tian Chua pun dituduh berdosa. Bagi kita orang Islam dosa dan pahala ada kaitan dengan aqidah.

Jika orang Islam bersyahadah dan beriman dengan Allah yang Esa dan Hari Akhirat maka setiap kehidupannya tidak boleh lari dari dosa dan pahala. Adakah perlu kita 'mendosakan' orang bukan Islam jika syirik itu sendiri mengharamkan mereka untuk mendapat pahala.

Maka adakah perlu Najib mendosakan Tian Chua? Tidakkah beliau terfikir Tian Chua mungkin mempunyai banyak lagi dalil untuk menuduh Najib dan Umno melakukan dosa ..mungkin lebih dari 7 sama ada 77 atau 777 atau 7, 777 dosa...Mana lebih teruk orang Islam tuduh orang bukan Islam berdosa atau orang bukan Islam tuduh orang Islam berdosa?


Dalil pertama Najib bagi menyokong teori beliau bahawa PAS berdosa adalah pendirian PAS bahawa tidak salah orang Islam menggunakan kalimah Allah. Bagi Najib pendirian PAS ini satu dosa. Apa dalilnya? Malangnya tiada sebarang dalil diberikan. Dengan lain perkataan ianya satu tuduhan kosong.

Kecetekan ilmu Najib sehingga beliau tidak sedar teori beliau tersebut amat amat berbahaya. Hakikatnya tuduhan beliau bahawa PAS berdosa kerana benarkan orang bukan Islam guna nama Allah secara tidak sedar adalah tuduhan ke atas Allah dan Nabi Muhammad s.a.w kerana Allah dan RasulNya tidak melarang bukan Islam gunakan nama Allah.

Sedarkah Najib di dalam Al-Quran Allah memberitahu kita "jika kamu (Muhammad) tanya mereka (orang-orang musyrikin) siapakah yang mencipta langit dan bumi nescaya mereka pasti akan kata Allah" ( surah al Luqman 31 : 25 ).

Dalam tafsir Al-Tabari, beliau menafsirkan kalimah "hum" (mereka) pada perkataan "wa lain saalta hum" (jika kamu tanya mereka) merujuk kepada "golongan musyrikin yang syirik kepada Allah dari kaum kamu wahai Muhammad.".

Jika Allah sendiri beritahu kita kaum musyrikin menggunakan kalimah Allah siapakah PAS untuk haramkan penggunaaan nama Allah oleh orang kafir. Siapa pula Najib nak kata PAS berdosa kerana mengambil pendirian seperti dinyatakan di dalam Al Quran iaitu bukan Islam sendiri gunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Pencipta langit dan bumi.

Sedarkah Najib bahawa Rasulullulah sendiri dalam sulh al- Hudaibiyyah tidak melarang wakil kafir Al Quraisy, Suhail a Amr yang meminta digunakan kalimah "bismika Allah" (dengan nama Mu Allah) bagi menggantikan kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" ( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih).

Adakah kita pernah dengar para sahabat r.a katakan pada Nabi s.a.w (na'uzu billah) Nabi berdosa kerana benarkan kafir Quraisy guna kalimah Allah. Jika diikut logik Najib bukan sahaja PAS berdosa kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w bahkan Nabi Muhammad s.aw. , na'uzu billah, juga akan dikira berdosa oleh Najib dan Umno kerana membenarkan kafir Quraisy menggunakan kalimah Allah.

Najib perlu sedar Islam adalah asas perjuangan PAS. Tidak seperti Umno, rujukan utama perjuangan PAS adalah Al Quran, Al Hadith, Ijma' dan Qiyas. Umno dan Najib perlu perhatikan arah perjuangan mereka sebelum menuduh PAS melakukan 7 dosa. Ya, PAS bukan sunyi dari dosa. Namun adakah Najib terlalu naif untuk berfikir rakyat mudah untuk percaya PAS melakukan lebih banyak dosa dari Umno. Yang lebih malang tuduhan bahawa PAS melakukan dosa dibuat tanpa hujah atau dalil.

Jika PAS ingin mengikut rentak permainan Umno dengan memainkan isu dosa sudah tentu jauh lebih mudah untuk PAS menuduh Umno berbuat dosa berserta dengan nas naqli dan aqli.. Siapakah yang menzalimi rakyat Terengganu dan Kelantan dengan merompak wang royalti? Rompak wang royalti tidak berdosa kah? Siapa yang menzalimi pimpinan PAS di bawah ISA dan tidak berdosakah menzalimi rakyat dengan Akta zalim?

Siapakah yang mengaib dan memfitnah Anwar Ibrahim tanpa rasa berdosa dan dengan penuh berselera? Siapakah yang banyak menghina Islam dan hukum hakamnya dan tidak berdosakah hina hukum Islam?

Rasuah dalam pilihanraya dan pemilihan parti Umno sendiri tidak berdosakah? Menyalahguna wang rakyat seperti yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat tidak berdosa kah? Terlalu banyak untuk disenaraikan di sini.

Nasihat PAS kepada Najib tidak perlulah bersusah payah tuduh PAS melakukan dosa dalam keadaan kamu sendiri berselirat dengan dosa. Cukuplah jadi bahan ketawa !!

Anwar Tidak Perlu Layan Nyamuk Fitnah

Posted: 22 Mar 2013 01:00 AM PDT

oleh MSO

Hak mendapat keadilan undang-undang adalah hak semua warganegara di sesebuah negara merdeka yang termaktub dalam di dalam Perlemnbagaan negara. Dalam negara sekular seperti Malaysia mahkamah sivil merupakan tempat paling tinggi untuk mendapat keadilan bagi seseorang. Apabila Anwar Ibrahim membawa beberapa kes untuk mendapat keadilan dan pembelaan itu adalah prosuder biasa baginya yang masih belum terlucut kerakyatan negara ini. Beliau boleh lakukan.

Tetapi apabila pihak yang mengeji dan memfitnahnya tidak pernah berhenti dari melakukan fitnah demi fitnah walaupun mahkamah telah memutuskan pihak penabur fitnah itu bersalah (dalam kes-kes tertentu berkaitan dengannya), namun mereka masih ligat memburuk dan memfitnahkan Anwar. Seolah-olah keputusan mahkamah yang mengenakan denda atau hukuman ke atas mereka tidak memberi bekas sedikit pun.

Jadi tindakan Anwar itu hanya sia-sia sahaja. Kemenangan dari segi undang-undang dan moral tiak pernah mengajar mereka insaf dan berhenti dari membuat kesalahan seterusnya. Penerusan fitnah ke atas Anwar dan juga fitnah-fitnah lain seperti melanggar keputusan mahkamah berterusan tanpa ada sempadan kesedaran.
Denda atau perintah bayaran bernilai jutaan ringgit dikenakan tidak juga memberi kesan. Bahkan hukuman tertinggi dalam kes-kes melibatkan defamation begitu hanya seseorang pemfitnah itu boleh diistyharkan muflis sekiranya mereka tidak membayar perintah mahkmah. Dan kalau pun mereka tidak membayar mereka sedia menjadi muflis yang mana muflis tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Dalam kata mudah menjadi muflis atau dijatuhi hukuman bankrup tidak memalu dan menghinakan mereka.

Mereka hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam sesuatu perkara sebebas orang tidak muflis. Namun kalau mereka memohon pengecualian dari kerajaan, mereka juga melakukan apa-apa atau memiliki apa-apa seprerti orang bukan muflis juga. Muflis di zaman ini tidak seteruk dan sebusuk muflis di zaman Jepun.

Terbaru Anwar Ibrahim hendak mengambil tindakan ke atas bloger yang pro Umno bernama Papagomo, yang dikatakan telah menyiarkan gambar lucah yang memfitnahnya. Khabarnya bloger ini sudah banyak kali melakukan perbuatan keji dan fitnah. Bukan saja Anwar tetapi politician lain juga berdepan dengan masalah sama dengan si bloger ini.

Kepada saya berasaskan senario yang saya jelaskan di atas tadi, tidak perlu Anwar mengambil tindakan ke atas bloger atau orang-orang seperti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada orangnya dan apa-apa tindakan undang-undang hanya membuat masa dan menganggu agenda perjuangan. Itu pun yang mereka hajati. Ia akan menjadi seperti akhbar Utusan Malaysia, yang tidak tahu rasa malu dan rasa berslaah di atas apa-apa kesalahan yang dialaminya. Bagi akhbar itu fitnah seperti air minum dan nasi makannya saja.

Utusan Malaysia telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah kerana melakukan fitnah dan kerja keji. Adakah akhbar berkenaan insaf dan sedar? Tidak. Bertaubat jauh sekali. Apabila akhbar berkenaan dikendalikan oleh mereka yang tidak ada iman, tidak ada air muka, mereka yang tidak tahu dosa dan pahala lakukan apa saja ke atas mereka ia tidak memberi apa-apa bekas. Seperti kita membaca Hadith dan Quran di hadapan orang yang tidak yakin dengan Quran, ayat-ayat dan firman itu sedikitpun tidak menggetarkan jiwa dan sukmanya.

Nah begitu juga dengan bloger pro Umno berkenaan. Ia malahan suka, gembira dan bahagia kerana diberi saman oleh orang-orang sehebat Anwar. Baginya sudah tidak ada cara lain untuk megah dan bangga melainkan mendapat saman dari tokoh-tokoh hebat seperti Anwar.

Sebaiknya Anwar tidak mempedulikan orang seperti itu. Mengenai fitnah yang dilemparkan, kalaupun Anwar tidak menafikan rakyat semua sudah menafikannya. Bukan setelah melihat gambar atau video lucah itu tetapi sebelum ianya dipamirkan rakyat sudah menolaknnya. Bahkan rakyat sudah menyusunkan pemikiran (mindset) di dalam kepala mengenai apa-apa keburukan yang akan dilempar dan dicampakkan ke atas Anwar si "Ulul Azmin".

Waktu terbaik bagi Anwar kini ialah menghadapi pilihan raya. Tumpukan sepenuh tenaga dan usaha anda untuk memacak panji-panji rakyat. Perkara-perkara kelucahan dan kejijikan begitu biarlah ianya ditelan angin lalu saja dan menjadi pemainan orang-orang seperti bloger berkenaan dan Utusan Malaysia. Jangan pedulikan kepada nyamuk-nyamuk fitnah yang beterbangan untuk menghisap darah sesiapa saja.

Seperkara lagi saya hendak sebut, kalau pun ia diambil tindakan misalnya laproan polis, polis tidak akan cergas untuk membuat siasatan sebaliknya kalau menimpa Anwar barulah polis rajin. [wm.kl.4:25 pm 21/03/13]

 

Politik dan berpolitik tidak sama

Posted: 22 Mar 2013 12:00 AM PDT

Oleh Ahmad Baei Jaafar,

Orang Melayu sehingga ke hari ini masih terkeliru dengan politik meskipun kita sudah merdeka sekian lama. Hal ini kerana kita sering diberi penjelasan yang salah tentang politik, apatah lagi kita selalu dibui mimpi oleh orang politik yang umumnya amat tidak bermoral.

Menjelang pilihan raya ke-13 ini saya ingin mengambil sedikit masa untuk membuat penjelasan tentang perbezaan antara politik, orang politik, parti politik dan main politik. Semoga dengan ini kita akan menjadi orang yang berpolitik secara profesional.

Politik dari sudut bahasa ialah mengurus, mentadbir dan melaksanakan sesuatu urusan dengan sempura. Orang yang menguruskan itu sudah tentu melaksanakannya secara bijaksana dan pandangan yang tajam. Jadi, politik akan ada dalam urusan kerajaan, masjid, persatuan dan seumpamanya.

Jelas di sini, segala urusan untuk memajukan kerajaan, mengatur ekonomi negara dan mensejahterakan rakyat termasuk dalam urusan politik. Begitu juga dengan urusan masjid, persatuan dan seumpamanya. Jika urusan pentadbiran masjid gagal dan kemajuannya tidak seberapa, ini bermakna politiknya lemah.

Orang politik ialah orang terlibat dalam urusan memajukan negara dan mengurus rakyat agar menjadi orang yang berjaya. Orang politik bekerja keras dengan merancang dan mengeluarkan idea yang baik untuk membangunkan negara dan keselamatan rakyat.

Parti politik ialah persatuan atau pertubuhan yang terlibat secara langsung dalam urusan kerajaan iaitu mengurus, mentadbir dan membangunkan negara. Parti politik dianggotai oleh orang politik. Jadi, parti politik digerakkan oleh orang politik. Maknanya berjaya atau tidaknya parti politik itu banyak bergantung kepada kualiti orang politik yang menganggotainya.

Orang politik dalam menjalankan tugasnya kadang-kadang akan "main politik" atau "berpolitik". Mereka akan main politik apabila berniat jahat untuk menjatuhkan orang lain (musuh politik). Mereka akan memburukkan lawan dengan membuat fitnah atau meniti atas kelemahan musuhnya. Sebenarnya main politik ini juga berlaku dalam persatuan dan masjid bahkan dalam pejabat.

Sebahagian mereka "berpolitik" dengan baik dan secara profesional dalam memajukan negara dan rakyat. Mereka tidak menjatuhkan musuh secara jahat tetapi dengan menunjukkan hujah yang baik sekali gus mematahkan hujah musuh atas kelemahan hujahnya.

Berdasarkan penjelasan di atas, kita lihat pada hari ini, orang politik banyak main politik daripada berpolitik. Apabila keadaan ini berleluasa, parti politik dilihat dalam banyak hal gagal melaksanakan pengurusan kerajaan dengan cekap terutama dalam membangunkan negara dan rakyat.

Saya percaya kalau orang politik boleh berpoltik secara profesional, bukan sahaja mereka tidak bermusuhan dengan parti politik lawan, malah negara akan bertambah maju dan rakyat berada dalam aman. Malah rakyat boleh bebas bercakap dan bergerak dalam negara.

Sehubungan dengan itu suka saya menyentuh sedikit soal larangan bercakap politik dalam masjid. Larangan ini merujuk kepada aktiviti parti politik. Maknanya orang politik dilarang menggunakan pentas masjid untuk kempen parti politiknya. Masjid sepatutnya bebas daripada pengaruh parti politik. semua orang tanpa mengira apa parti politik yang mereka sertai, boleh masuk dalam masjid dengan aman.

Walau bagaimanapun penceramah dan jemaah masjid boleh bercakap soal pengurusan dan pembangunan negara dan rakyat. Mereka boleh memberi pandangan kepada pemerintah jika terdapat sesuatu yang tidak kena pada pengurusan kerajaan. Bercakap dalam hal ini dibenar walaupun hakikatnya termasuk dalam makna politik yang dijelaskan di atas.

http://baei.blogspot.com/

Ramai lagi penerima BRIM maka ramai lagilah orang miskin atas bumi Malaysia

Posted: 21 Mar 2013 11:30 PM PDT

BR1M bukti ramai rakyat miskin, kata Nurul Izzah

WARTAWAN SINAR HARIAN 22 Mac 2013 KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kadar pendapatan perkapita di bawah RM1,500 sebulan di negara ini masih jauh ketinggalan walaupun kerajaan baru-baru ini mengatakan kehidupan rakyat semakin baik di bawah program transformasi.

Nurul Izzah berkata, hakikatnya pendapatan di bawah angka tersebut dapat dilihat daripada jumlah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun ini mencecah 40 peratus jumlah penduduk negara.

"Kita ingin pastikan 40 peratus rakyat yang gajinya RM1,500 ke bawah dan telah terima BR1M dibantu kerana ramai miskin lagi.

"... sebab itu kita ingin laksanakan gaji minimum RM1,100 jika kita diberi peluang ambil alih Putrajaya nanti," katanya pada Ceramah Perdana Manifesto Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.


Dalam pada itu, kegagalan kerajaan mengutip kembali pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara sebab Pakatan Rakyat mahu melaksanakan pendidikan percuma.

"Kita hadapi RM30 bilion PTPTN, kerajaan hanya mampu kutip RM2 bilion saja.

"... sebab apa? Kertas perjanjian bila kena hujan koyak, jadi sukar nak cari balik mereka yang meminjam, inilah kelemahan sistem ini sejak 1997 diperkenalkan," dakwanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah sesekali menghina dan memperlekeh pengorbanan pasukan keselamatan dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah mempromosikan keganasan dalam menuntut keadilan walaupun sering kali disalah anggap oleh rakyat kerana manipulasi Umno-Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR).

"Pernahkan kita guna kekerasan dengan kekerasan terhadap anggota keselamatan dalam banyak perhimpunan seperti Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKP)?

"... kami menghormati dan memahami pihak polis hanya menjalankan tugasnya, namun kami hanya kecam arahan yang diberikan kepada mereka yang tidak bermoral itu," katanya.

Tegas beliau, pihaknya tidak bermusuh dengan pihak polis, malah telah berunding dengan baik dan berhimpun dengan tertib pada HKR pada 12 Januari lalu.

Papagomo akan di kecar sehingga kelubang cacing..!!!

Posted: 21 Mar 2013 11:00 PM PDT

Akhirnya doa PapaGomo termakbul... [Saksikan...]

Saman RM 100 Juta - Akhirnya cita-cita PapaGomo untuk disaman tercapai jua..

Dua hari yang lalu para Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar notis permintaan menuntut supaya blogger Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai dari hari itu, dan membayar ganti rugi dalam jumlah sebanyak RM 100 juta.

Namun begitu merasakan dirinya dilindungi oleh para pemimpin UMNO, PapaGomo menunjukkan sifat angkuh, bongkak dan takbur bila mana beliau mempermainkan notis tersebut dalam satu artikel yang disiarkannya..

Namun Papa Gomo dilihat bertegas dengan pendedahannya itu dan menegaskan apa yang dilakukannya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin serta mencabar Anwar Ibrahim menyamannya.
Setelah tempoh yang diberikan berakhir.. Doa PapaGomo untuk disaman akhirnya dimakbulkan oleh Allah..
KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.
Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.
Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo, sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan beliau dengan video seks palsu. 
Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.
Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.
Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar. 
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit ~ Keadilandaily
Kali ini mungkin nasib tak akan menyebelahi dia.. sebab walaupun dia tak akan mengaku bahawa dia adalah PapaGomo video yang merakamkan pengakuan dia sendiri yang mengatakan dia adalah PapaGomo telah diperolehi..

Dalam video tersebut Wan Muhammad Azri Wan Deris mengaku dirinya adalah PapaGomo dan beliau juga mengaku beliau akan menulis apa saja biarpun ianya adalah fitnah asalkan upahnya lumayan..

Disamping video.. sepupunya dan juga bekas isterinya sendiri dipercayai akan turut menjadi saksi pendakwaan...

Itu adalah jawapan kenapa dulu Anwar tak saman PapaGomo?... ASD

Kalau Anwar Gay Sekalipun, So What?

Posted: 21 Mar 2013 09:00 PM PDT

dsai 
MALAYSIA tidak seperti negara-negara barat yang mempunyai ramai pemimpin yang boleh diketengahkan untuk menerajui negara mereka ke arah pencapaian yang boleh dibanggakan sebagai sebuah negara.

Maka itu kalau mereka meletakkan kriteria yang ketat termasuk persoalan moral dalam penentuan siapa yang layak menjadi pemimpin, itu adalah kerana kelebihan tersebut.

Buktinya, walaupun dalam masa yang sama rakyat negara mereka dibenar untuk memilih kecenderungan seksual masing-masing seperti seks sejenis dan sebagainya, pemimpin negara/politik dilarang malah ada yang dipecat kalau mempunyai kecenderungan seperti itu.


Tapi di negara ini lain.

Tidak ramai di kalangan pemimpin politik yang mempunyai kemampuan untuk memimpin negara ini menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang, sebuah U-topia dunia yang diidam-idamkan rakyat di negara-negara yang sekelas dengan kita.

Negara dimana sebahagian besar pendapatannya dibelanjakan untuk subsidi dan kesenangan rakyat, rasuah dihapuskan dan sebagainya.

Maka itu, kalau ada seorang pemimpin yang mampu dan pemimpin tersebut kebetulan mempunyai kecenderungan seksual yang pelbagai, so what?

Pemimpin yang punyai kecenderungan seperti itu adalah 100 kali lebih baik berbanding pemimpin yang straight tapi bergelumang dengan  korupsi, penyelewengan dan rasuah.

Persoalan yang kita patut tanyakan, adakah rakyat lebih rela mempunyai pemimpin yang korup dan hanya menggunakan jawatan dan kedudukan masing-masing untuk kepentingan sendiri berbanding dengan pemimpin yang jujur, ikhlas serta sanggup keluar masuk penjara demi membela nasib rakyat tapi hanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi kecenderungan seksualiti?

Laman ini berpandangan, kecenderungan seksualiti adalah hak individu dan pilihan masing-masing yang telah ditentukan Tuhan, tidak ada apa yang dapat mengubah hakikat tersebut.

Untung dan bertuahlah kepada pemimpin yang mempunyai kecenderungan seksual yang normal, tapi kalau ada pemimpin dengan kelainan yang disebabkan apa-apa jua keadaan, rakyat perlulah menerima keadaan tersebut dengan seadanya.

Nukilan ini terhasil setelah laman ini melihat serangan berterusan ke atas kecenderungan seksualiti Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi menjelang pilihanraya umum akan datang dan kami yakin tidak akan berhenti.  Daripada buang masa membuat penafian yang tidak ada kesudahan, kami rasa lebih baik rakyat belajar menerima keadaan tersebut yang telah ditetapkan Tuhan.

Seperti pemuda di bawah ini:-

Politik baru lepas PRU ke-13

Posted: 21 Mar 2013 08:00 PM PDT


Saya teringatkan keadaan Saidina 'Ali bin Abi Talib RA yang menjadi khalifah selepas krisis paling besar dalam sejarah umat Islam iaitu peristiwa pembunuhan khalifah ketiga, Saidina 'Uthman bin 'Affan.

Umat Islam terpinga-pinga dengan keadaan politik baru ketika itu. Suatu pengalaman yang cukup baru, khalifah dibunuh dan pemberontak menguasai negara.

Dalam celahan itu, dengan desakan pemberontak dan umat Islam juga sebahagiannya bersetuju maka terlantiknya 'Ali bin Abi Talib memegang jawatan khalifah.

Gawat

Suasana prasangka memenuhi dunia Islam ketika itu. Ini persis kata-kata Abu al-Hassan 'Ali al-Nadwi:

"Pelantikan Saidina 'Ali sebagai khalifah dibuat dalam keadaan yang paling gawat dan penuh dengan ujian getir dalam sejarah. Ini kerana apabila 'Ali dilantik sebagai pimpinan kerajaan dan masyarakat atau dibai'ah sebagai khalifah dalam keadaan peristiwa syahidnya Khalifah al-Muslimin 'Uthman ibn 'Affan RA baharu sahaja berlaku dengan cara yang paling keji, kejam dan ganas.


"Pada zaman itu terkumpul faktor-faktor negatif seperti ketidakpuasan hati, sentuhan perasaan dan jiwa. Banyak pula khabar angin, persoalan dan salah faham yang timbul. Perasaan ingin tahu dan meminta penjelasan semakin melonjak-lonjak. Berita syahidnya 'Uthman menjadi tajuk perbualan di mana-mana.

"Suara orang ramai kedengaran di sana-sini meminta pelaksanaan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh 'Uthman. Begitulah keadaan masyarakat manusia pada setiap masa dan zaman apabila berlakunya kejadian yang asing bagi mereka. Maka hilanglah ketenteraman dan ketenangan". (Al-Nadwi, Al-Murtadha, ms 141. Dar al-Qalam: Damsyik)

'Ali menerima jawatan tersebut dalam keadaan yang demikian. Hasilnya, berlakulah pergolakan politik yang dahsyat. Perpecahan rakyat, kemunculan pelbagai aliran mazhab, pertumpahan darah dan seumpamanya.

Saya tertarik dengan jawapan Abdullah bin 'Abbas apabila 'Ali bertanya pandangannya tentang keadaan polisi-polisi yang 'Ali ambil pada masa tersebut.

Antaranya, Abdullah bin 'Abbas berpendapat sepatutnya semasa pembunuhan 'Uthman, 'Ali keluar ke Mekah dan tinggal di sana. Apabila orang ramai tidak dapat mencari pengganti khalifah mereka akan mencari 'Ali dan menjemputnya ke Madinah lalu melantiknya sebagai khalifah.

Ini tentu tidak akan menimbulkan sebarang sangkaan buruk Bani Umayyah. Namun apa yang berlaku sekarang ialah 'Ali menggantikan jawatan khalifah yang dibunuh ketika beliau sendiri berada di Madinah. Sudah tentu ada pihak yang menganggap 'Ali perlu dipertanggungjawabkan (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/438-439. Rawa'i al-Turath al-Islami: Beirut).

Tempoh perubahan

Pandangan Ibn 'Abbas itu ada benarnya. Ketika negara dalam krisis kepimpinan, pemimpin yang selamat ialah pemimpin yang berkemampuan yang digesa oleh rakyat untuk memimpin mereka.

Ini lebih baik dari pemimpin yang mengambil kedudukan dalam keadaan rakyat masih terpinga-pinga. Ya, walaupun pemimpin penyelamat semasa gawat juga diperlukan, namun sangat terdedah kepada pelbagai fitnah dan ketidakpuasan hati rakyat. Hal yang sama kita lihat berlaku kepada Presiden Morsi di Mesir sekarang.

Oleh kerana banyak dan tingginya 'expectation' rakyat, di samping kekangan pelaksanaan yang ada disebabkan saki baki regim yang lepas dan pengalaman yang belum cukup baik, maka ia merupakan saat yang paling mencabar dan mudah disalahfahami.

Dr Morsi akhirnya dilihat terpaksa bertindak dengan gaya yang sedikit sebanyak ada persamaan dengan regim Mubarak yang lepas. Di samping al-Ikhwan al-Muslimin yang berpecah dan mempunyai beberapa pendekatan yang kontraversi dalam politik perubahan.

Keadaan ini kadang-kala menunjukkan ada baiknya tokoh-tokoh gerakan Islam dan ilmuwan dalam masa transisi politik berjalan hendaklah bersabar dengan memberi laluan kepada pihak lain terlebih dahulu.

Apa yang penting hendaklah dipastikan pihak lain tersebut mendokong hasrat perubahan kepada yang lebih baik. Selepas tempoh yang rumit dan mood rakyat hendakkan perubahan yang seterusnya, maka di situ mungkin peranan tokoh-tokoh yang berwibawa akan lebih berkesan.

Mungkin laluan terpaksa diberikan kepada orang yang kurang kualiti tetapi mampu menjayakan perubahan yang seterusnya.

Nabi menyatakan kadang-kala orang yang jahat secara tidak langsung dapat membantu agama.

Sabda Nabi SAW: "Tidak akan masuk syurga melainkan orang yang beriman, dan sesungguhnya Allah (kadang-kala) menolong agama ini dengan lelaki jahat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cabaran

Keadaan dalam masa transisi mungkin banyak perkara tidak dapat dilaksanakan. Suasana yang tidak kondusif akan menggagalkan banyak idea-idea yang baik. Hal ini dirasai oleh Khalifah 'Ali bin Abi Talib apabila dia dipersoalkan tentang kegagalan melaksanakan undang-undang ke atas pembunuh khalifah 'Uthman bin 'Affan.

Para sahabat Nabi SAW termasuk Talhah dan al-Zubayr telah menemui 'Ali meminta kepadanya:

"Wahai 'Ali! Kami mengisyaratkan agar engkau menegakkan hukum bunuh balas. Mereka adalah kaum yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan 'Uthman dan menghalalkannya.

Jawab 'Ali: "Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bukannya jahil tentang apa yang kamu semua tahu. Namun apa yang boleh aku lakukakn terhadap suatu kaum yang menguasai kita dan kita tidak mampu menguasai mereka.

"Hamba kamu dan golongan badawi yang ada telah menyertai mereka. Hamba kamu dan golongan badawi yang ada telah menyertai mereka. Mereka berada di tengah-tengah kamu dan bertindak apa sahaja yang mereka suka. Apakah kkamu melihat adanya kemampuan terhadap apa yang kamu mahu?" (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/ 437).

Akhirnya, Ali yang diheret ke dalam kancah perbalahan sesama sahabah Nabi SAW yang padahal kesemua mereka mempunyai hasrat baik yang sama.

Proses perubahan yang paling mencabar ialah setelah sesuatu regim ataupun kuasa yang dinyahkan rakyat itu tumbang.

Seringkali mengisi kemenangan jauh lebih sukar dan mencabar dibandingkan merebahkan sesuatu kuasa. Saki-baki kesan kuasa yang lepas, mentaliti rakyat, mentaliti dan sikap pendokong perubahan itu sendiri setelah mencapai kemenangan, kemampuan idealisme dan kewibawaan kepimpinan menjadi cabaran bagi sesebuah kerajaan baru.

Congakan politik hendaklah kemas kepada sesiapa yang membuat keputusan yang menjadi pemimpin utama sebaik sahaja mana-mana regim ataupun kuasa ditukar. Al-Rabi' al-'Arabi (Arab Spring) memberi banyak pengajaran kepada pejuang perubahan.

Pasca PRU-13

Kita inginkan landskap baru politik bagi negara ini setelah nanti berlangsungnya ibu segala pilihan raya bagi negara ini iaitu PRU-13. Kita ingin melihat tamatnya krisis politik warisan kepada kemunculan urus tadbir yang sangat baik sebuah kerajaan (good governance).

Bermula dari kita tidak ingin lagi mendengar kisah pertarungan politik Mahathir-Anwar yang tidak habis-habis dan memakan korban pelbagai pihak, kepada tamatnya monopoli kerajaan terhadap harga diri rakyat, kronisme, rasuah, penyalah gunaan kuasa seperti di Sarawak dan seumpamanya.

Kita tidak ingin lagi memilih pemimpin yang kurang buruk secara perbandingan, tetapi ingin memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik. Era dan warisan krisis politik Mahathir-Anwar mestilah diakhirkan kepada nafas politik baru yang lebih segar.

Kita mesti pencenkan dinasour-dinasour politik yang sedia ada samada di pihak BN ataupun Pakatam. Di samping semua mereka ada sumbangan tersendiri dan kita menghargainya, tetapi mereka telah membawa dendam warisan, politik era lama yang tidak sesuai lagi bagi generasi yang mahu ke hadapan.

Kita mahu politik yang lebih segar bukan politik selak kain, tetapi politik telus dan idea yang bernas.

Ini harapan kita. Masih banyak kerja yang perlu dibuat selepas PRU-13. Masih banyak ruang untuk diisi dan perjuangan yang mesti dilangsungkan.

Kita ingin melihat Malaysia baru yang segar dan bebas dari mimpi-mimpi buruk semalam. Namun kita sedar semua itu tidak boleh berlaku melainkan PRU13 mesti mencetus satu perubahan besar yang memberi ruang dan peluang untuk perubahan seterusnya dapat dilakukan.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinnya menggambarlan pendirian rasmi Malaysiakini.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=71745

YB Nasir ucap terima kasih pada semua

Posted: 21 Mar 2013 07:30 PM PDT


Mat Tompel Pekan pun boleh jadi PM

Posted: 21 Mar 2013 07:00 PM PDT



Nazir Tun Razak CEO CIMB, menyokong supaya kerjaya abang nya Najib sebagai PM diteruskan. Mengapa tidak mau sokong? Nazir mendapat gaji RM1.2 juta sebulan. orang2 nya ada berjumpa dengan parti pembangkang untuk bertanya masa depan nya bila PR memerintah. maka apabila dia menyokong abang nya, ini menggambarkan dia bimbang akan masa depan nya sendiri. kalau dia hebat dan handal,ttidak ada apa yang perlu dikhuatiri. 

Saya yang sudah bertemu dengan dia beberapa kali boleh mengesahkan bahawa dia seorang yang kuat berkerja. he is a workaholic, datang ke CIMB pada hari Ahad pun. Plus dia budak cerdik. No one is taking that from him. Tapi saya juga berkata, kalau saya mendapat gaji RM1.2juta sebulan, saya akan berumah di CIMB.

Tapi bila Nazir kata Najib harus disokong sebagai PM- maka saya mahu mencadangkan Mat Tompel di bandar Pekan Pahang jadi PM juga. Semua orang Pekan tahu siapa Mat Tompel- kecuali tentulah Najib. kerana jika Mat Tompel diberi kuasa dan wang, dia akan memberi wang tersebut kepada mereka yang berhak menerima nya dan dia mengenali rakyat Pekan. 

Bila saya tulis artikel mengenai Lim Kit Siang, adalah pembaca penyokong UMNO rasuah dan pembelot bangsa Melayu yang mengamuk. Sedangkan perenggan yang diperuntukkan kepada Lim Kit Siang hanya sedikit berbanding dengan penghujjahan saya mengenai kesan Kit Siang kepada ketidak-relevenan MCA dan sumbangan langkah stratejik Kit Siang kepada ketewasan UMNO/BN.

Tapi bantahan apa yang boleh penyokong UMNO berikan selain dari mencarut dan memaki hamun? Ini semua mainan minda yang dangkal yang membudayai politik UMNO. Mengapa perlu bangsa Melayu menggantungkan masa depan kepada parti UMNO yang malang ini?

Jika saya enggan memuji Najib, itu adalah kerana saya tidak nampak apa2 luar biasa yang Najib boleh lakukan yang tidak boleh dilakukan oleh orang lain. Hendak buat macam mana? Saya ada fikiran yang demikian. Tak bagus kena cakap tak bagus.

Yang memberi komen ini mustahil mempunyai pengalaman lansung seperti saya berinteraksi dengan najib bukan? Sedikit sebanyak saya boleh mendakwa bahawa saya lebih mengenali Najib dari mereka yang lain. Ini termasuklah AJK UMNO bahagian Pekan. Bila2 masa kita boleh berdebat mengenai kepimpinan Najib. Jadi berhentilah dari cakap bohong supaya saya tidak bercakap yang benar mengenai kamu.

Orang UMNO memang jahat. Dari ketua nya sampai ke anak buah nya. Semua jahat belaka. Beberapa hari yang lalu saya terima text sms yang mengajak pergi menonton video special di Kelab K Melawati. Text itu menyatakan bahawa sesiapa yang mempunyai roh perjuangan mesti tonton filem ini. Inginlah saya menyatakan bahawa jika seseoarng itu mempunyai roh perjuangan yang didirikan diatas keyakinan dan kepercayaan- 

(1) mereka tidak merakamkan video 
(2) tidak menyunting sebuah video aib 
(3) tidak akan mengajak orang lain 
(4) yang ada roh perjuangan akan enggan melanggani perjuangan lucah yang menjijikkan.

Apa yang wan azizah dan anak anwar Ibrahim telah lakukan kepada kamu? orang Melayu apa yang tergamak melakukan demikian. saya berjumpa dengan seorang peguam India yang menyatakan dia tidak kira jika Anwar is a bloody fucker, tapi dia tidak dapat menerima kezaliman yang diperlakukan keatas keluarga Anwar. demikian juga, saya ada seorang rakan jutawan India yang hairan melihat ibu nya mendoakan Anwar Ibrahim. lantas dia bertanya- mengapa mahu mendoakan Anwar sedang Anwar terpalit dengan pelbagai tuduhan yang mungkin benar atau mungkin palsu? ibu nya menjawab kerana dia tidak dapat menerima pemerintah menzalimi keluarga Anwar Ibrahim. hanya orang Melayu UMNO yang jahat yang tergamak melakukan demikian. 

Kamu boleh mengaibkan Anwar Ibrahim sedangkan perkara yang serupa boleh dilabelkan kepada Najib. Najib pun hero dalam bab penyundalan ini. Semua rakyat Pahang pun tahu. Tapi saya tidak ada masa untuk menghuraikan mengenai perilaku 'murni' Najib Tun Razak. Ianya tidak releven kepada matlamat membina sebuah kerajaan yang baik.

Dalam bab ini, saya kira Najib gagal. Sebagai pemimpin dia gagal memimpin. Nokhtah. Najib gagal membentuk kerajaan yang baik bahkan rakyat hidup dalam keadaan dimana rule of law musnah sama sekali. Mana ada undang2 jika kerajaan yang berkuasa membiarkan suatu golongan rakyat mengkasari, mengugut, mencedera sebahagian rakyat yang lain? Dibawah Najib dan menteri dalam negeri yang bodoh, kita sekarang sedang menyaksikan the breakdown of law and order.

Saya mintak maaf kerana tidak dapat memuji Najib. Sebab saya percaya dan tahu, dia seorang yang lemah dan dangkal wawasan nya. Penerimaan orang kepada pemikiran nya bukanlah disebabkan nilai intrinsic pemikiran tersebut. Tapi disebabkan ianya datang dari pemikiran PM, maka kita segera menerima nya secara mutlak. Tidak ada keaslian pun dalam pemikiran Najib. Semua nya boleh disaingi oleh pemikiran orang lain. Bukanlah geliga sangat otak Najib ini. Kelebihan yang dia ada ialah dia ada kuasa dan duit. Sebab itu dia menabur duit untuk melembutkan hati semua orang. Fakta nya, ini adalah rasuah kepada rakyat. Sesiapa yang ada duit dan mahu menggunakan nya boleh melakukan apa yang Najib lakukan.

Kalau nak dihitung keberkesenan nya mengagihkan duit, seorang yang dikenali sebagai Mat Tompel di Pekan boleh melakukan lebih baik dari Najib. Sebab Mat Tompel mengenai lebih ramai rakyat Pekan dari Najib. Dan anak jati Pekan kenal siapa Mat Tompel yang saya katakana sini . Berikan duit kepada Mat Tompel dia akan beri kepada yang miskin dan dhaif. 

We love Mat Tompel! 

Pakatan: 'Pemimpin korup tak boleh lari'

Posted: 21 Mar 2013 06:00 PM PDT

NUR FARHANA ABDUL MANAN
21 Mac 2013
Lim Guan EngPUCHONG – "Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, 'Perdana Menteri' baru,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,"demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat 'curi' harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, 'pemimpin' dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

"Kita tidak mahu 'mereka-mereka' ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.


"Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia,"katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.

Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

"Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,"katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke Putrajaya.

Kakitangan dan mahasiswa KUIN dihargai

Posted: 21 Mar 2013 05:30 PM PDT

KUALA KETIL – Majlis Anugerah Kecemerlangan Kualiti Dan JasaMu Dikenang Insaniah 2013, memberi peluang kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) untuk menerima anugerah mengikut kategori masing-masing. Selain itu, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam ko-kurikulum sehingga menempa kejayaan di peringkat antarabangsa tidak juga dilupakan.

Antara kategori anugerah yang ditawarkan kepada kakitangan ialah Penghargaan Jasamu Dikenang dan Kecemerlangan perkhidmatan Staf 2012. Sementara itu kategori Kecemerlangan KO-K, Sukan dan Amali Islam kepada mahasiswa dan mahasiswa yang terlibat. Selain itu, anugerah penghargaan kepada agensi-agensi yang membangunkan kampus KUIN di Kuala Ketil juga tidak dilupakan.

Pengiktirafan turut diberi kepada pasukan bola sepak  yang berjaya mengharumkan nama KUIN kerana berjaya menjadi Johan Bola Sepak antara IPTS seluruh Malaysia, dua tahun berturut-turut, 2012 dan 2013.



Dalam majlis berkenaan juga diumumkan kakitangan KUIN akan menerima elaun berpindah dari Alor Setar ke Kuala Ketil sebanyak RM600 seorang dan bagi pegawai N32 ke bawah akan menerima saguhati sebanyak RM300 selama satu tahun.

Majlis diserikan lagi dengan pertunjukkan seni mempertahankan diri oleh mahasiswa dan mahasiswi KUIN. Antaranya, aksi-aksi bahaya dan mencabar mendapat perhatian dan tepukan gemuruh dari para hadirin.

Semua anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Mohamed Taulan bin Mat Rasul yang mewakili Menteri Besar. Sehubungan itu beliau turut berucap dan merasmikan majlis berkenaan. Selain itu Rektor KUIN dan Pro Canselor  II KUIN turut memberi ucapan di majlis berkenaan.



Majlis tersebut diadakan di Dewan Permaisuri Tuanku Haminah KUIN. Kira-kira 1000 orang menghadiri majlis berkenaan di samping tetamu  dari agensi-agensi yang bertanggungjawab membantu pembinaan KUIN di Kuala Ketil. [WartaKedah]

PRU13: PDRM sedia hadapi pelbagai kemungkinan

Posted: 21 Mar 2013 05:00 PM PDT


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dalam pilihan raya kali ini biarpun dijangkakan lebih mencabar berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, PDRM melakukan persiapan rapi kerana komited untuk merealisasikan hasrat dan dasar dalam menentukan ketenteraman awam diberi
keutamaan demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, antara persiapan yang dibuat termasuklah mengadakan kursus, mengenal pasti bentuk penugasan pilihan raya, keperluan logistik dan kebajikan.

"Elemen tenaga sumber manusia dan sokongan logistik seperti kenderaan dan komunikasi perlu diaturkan penugasan secara strategik supaya semua situasi dapat ditangani. Persiapan juga termasuklah mentafsir tahap ancaman dan sebagainya," katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook PDRM hari ini.

Ismail berkata advokasi melalui media baharu seperti Facebook, Twitter, Portal Rasmi PDRM juga menjurus kepada kempen keamanan demi mencegah penularan hasutan dan berita palsu berkisar kepada PRU13.

Beliau menegaskan polis yang bertugas pada pilihan raya nanti tidak akan berkompromi dengan apa jua anasir dan bertindak tegas terhadap sesiapa yang
melanggar undang-undang.

Katanya, rakyat perlu diberi keyakinan bahawa ketenteraman dan keselamatan sepanjang proses pilihan raya kelak akan dijamin berjalan dengan lancar dan
adil.

"Desas-desus dan hasutan yang mengapi-apikan keadaan huru-hara seperti rusuhan kaum dan keadaan kucar-kacir selepas PRU13 haruslah ditangani dengan baik untuk tidak membangkitkan perasaan panik di kalangan masyarakat," katanya. - Bernama

SPM - 31 orang pelajar di Kedah mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran

Posted: 21 Mar 2013 04:30 PM PDT

Di JITRA, Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata seramai 31 orang pelajar di Kedah mendapat keputusan A+ dalam semua mata pelajaran, meningkat sebanyak 12 pelajar berbanding tahun sebelumnya seramai 19 orang.

Katanya calon SPM yang cemerlang semua A tahun lepas ialah 690 orang iaitu meningkat sebanyak 132 orang berbanding tahun 2011, 558 orang.

"Peratus calon yang lulus semua mata pelajaran meningkat sebanyak 1.81 peratus iaitu 52.46 peratus (17,115 orang) berbanding tahun 2011, 50.65 peratus," katanya.

Beliau berkata terdapat tiga sekolah yang mendapat 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Halim dan Sekolah Menengah Agama Sik.

Mansor berkata SM Sains Kubang Pasu merupakan sekolah cemerlang di negeri ini dengan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.51 dengan lima pelajarnya mendapat semua A+, diikuti SMK Sultanah Asma 1.78 dan SM Sultan Abdul Halim 1.79.

Pemain import baru Kedah sudah sampai..!!!

Posted: 21 Mar 2013 04:00 PM PDT

 
AKHIRNYA.Penyokong Kedah setia menanti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang berbaloi apabila kemunculan Coach Tot dan Penyerang baru Alan Guc dari balai ketibaan jam 5 tadi.

Walaupun penat setelah mengharungi 18 jam penerbangan, kedua-dua Nampak semangat dan ramah melayan peminat.

Moga serasi bersama KM18 membentuk double trouble terbaru Kedah. Rekodnya pendapat Coach Tot pada musim 2012 adalah penjaring terbanyak liga div 2 Croatia, dan ketika Alan membuat keputusan untuk menyertai Kedah beliau masih penjaring terbanyak liga dgn 12 gol musim 2013

Kemon!!! Pulun kedah pulun

No comments:

Post a Comment