IkutSukaAku - Isa

IkutSukaAku - Isa


Pendedahan Penyelewengan Agensi Kerajaan - Siri 2

Posted: 04 May 2013 07:30 AM PDT

Pendedahan Siri 2 - Menghancurkan Bahagian Penguatkuasaan
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zuraidah Mohamed dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mulai semalam, menjadikan beliau wanita pertama menyandang jawatan tersebut.

Zuraidah, 55, yang menjadi Ketua Pengarah kesembilan agensi itu, menggantikan Datuk Abdul Bakir Zin yang bertukar ke Kementerian Dalam Negeri.

Beliau tidak asing lagi kepada AADK memandangkan beliau pernah menjadi Pengarah Bahagian Rawatan dan Pemulihan AADK dari 2003 hingga 2006, menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Di sinilah bermula bala bencana besar kepada warga AADK. Pada tahun 2010, AADK rancak menjalankan aktiviti penguatkuasaan, selaras dengan 3 core businesss AADK iaitu rawatan dan pemulihan, pencegahan dan antarabangsa serta penguatkuasaan..

Pada era Dato' Bakir, berita mengenai AADK boleh dikatakan setiap minggu akan keluar di berita tv dan akhbar mengenai operasi bersepadu yg dijalankan bersama pihak Polis dan JPJ dalam membanteras masalah penyalagunaan dadah. AADK menjadi disegani dan dihormati lantaran begitu aktif dan komited dalam memerangi  musuh no1 negara ini.

Bahagian Penguatkuasaan AADK di bawah pimpinan Pengarahnya Dr XXXX begitu bersemangat untuk menjalankan  undang-undang yang telah ditetapkan oleh Akta AADK.

Pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasaan di seluruh negara diberikan latihan dan kursus yg berkaitan bidang penguatkuasaan dan undang-undang bagi memastikan mereka mahir dan terlatih di dalam menjalankan tugas. Latihan dan kursus ini dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti PDRM, ILKAP, Kastam dan lain-lain.

Di seluruh negara, pegawai AADK yang telah dilantik Pegawai Penyiasat dan Pegawai Pendakwa terus berusaha menimba ilmu demi memantapkan diri untuk melaksanakan amanah yang diberikan oleh jabatan.

Operasi demi operasi dijalankan secara serentak dan menyeluruh serta berterusan di seluruh negara. Oleh kerana aktifnya AADK menjalankan operasi, menyebabkan nama AADK semakin dikenali. Pelbagai lapisan masyarakat mula mengenali apa fungsi sebenar AADK ditubuhkan.Mereka yang menagih dadah juga gentar setiap kali mendengar nama AADK..Begitu berkesan operasi yang dijalankan oleh AADK bersama jabatan kerajaan lain.

Tetapi kini, AADK telah kembali ke zaman seperti baru bermula. Penguatkuasaan yang sebelum ini menaikkan nama AADK, dilumpuhkan fungsinya. Kehadiran Zuraidah Mohamed ke AADK telah mengubah struktur organisasi AADK.. Ramai pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasaan yang terlatih di dalam bidang undang-undang di seluruh negara ditukarkan ke bahagian lain. Duit kerajaan yang telah dihabiskan bagi melatih mereka, membazir begitu sahaja.

Entah apa yang didendam sangat oleh Zuraidah Mohamed ini kepada Pengarah Penguatkuasaan AADK. Serba serbi yang dibuat oleh Pengarah ini tidak betul di matanya. Langkah demi langkah dibuat oleh Zuraidah Mohamed ini bagi memastikan Bahagian Penguatkuasaan ini tidak lagi berfungsi seperti yang termaktub dalam Akta AADK 2004.

Langkah pertama adaalah menukarkan pegawai- pegawai dan kakitangan yang senior di Bahagian Penguatkuasaan di Ibu pejabat AADK dan menggantikan dengan pegawai dan kakitangan daripada bahagian lain yang tidak pernah tahu mengenai penguatkuasaan dan tidak mempunyai minat untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan. Bayangkan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan digantikan dengan pegawai perempuan yang hanya tahu menjalankan kaedah rawatan dan pemulihan di pusat serenti, dan pejabat AADK negeri dan daerah.

Sejak dari itu sedikit demi sedikit fungsi & perlaksanaan Operasi Bahagian Penguatkuasaan semakin tidak berjalan seperti dirangka & dirancang. Perancangan Zuraidah Mohamed ini tidak berseorangan tapi dibantu oleh anak-anak dara tua AADK yang telah lama berdendam dengan Dr XXXX iaitu Khor Pek Ee, Nazira Sadiron, Khadijah Baba dan Bushro Ahmad yang bergelar Charlie Angel.

Kemuncaknya, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan ini ditukarkan ke Bahagian Rawatan dan Pemulihan selama seminggu sebelum ditarik semula ke Bahagian Penguatkuasaan. Tidak lama selepas itu, beliau ditukarkan ke Bahagian Dasar dan Penyelidikan yang fungsi nya amat kecil dan tidk sesuai dengan kelayakan. Jawatan Pengarah Penguatkuasan kemudiannya diisi oleh  pegawai PTD dari JPA untuk menggantikan jawatan Dr XXXX.

Maka pegawai yang pakar & terlatih sudah tidak lagi menyelia serta melaksanakan kepakarannya seperti yang kerajaan inginkan ia dilaksanakan.

Dendam kesumat Zuraidah Mohamed tidak terhenti disitu. Sambung siri 3

Pendedahan Penyelewengan Agensi Kerajaan...!!!!

Posted: 04 May 2013 06:13 AM PDT

Hari ini ngam2 dua hari line tenet gua blink warna merah, call wimax diorang kata "Line Restorations" dan mungkin ambil masa 5 hari baru boleh settle... hahaha.. ngam2 plak time ngundi eekkkk....

So.. skang nih gua update dari rumah adik di Bangi, kepada member yang supply maklumat nih..., gua ucapkan banyak2 terima kasih dan sorrylah gua tak dapat adjust mana yang patut, so gua publish bulat2 taik kambing aarrrr.... hahahaha...

Pendedahan ini mengandungi beberapa siri..:
Siri 1 - Kenali Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan
Siri 2 - Menghancurkan Bahagian Penguatkuasaan AADK
Siri 3 - AADK Dan Politik Negara

Pendedahan ini dilakukan oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan AADK dari seluruh negara, dari  Perlis hingga ke Sabah. Maaf nama dirahsiakan. Pada mulanya kami tidak ingin mengeluarkan artikel ini demi menjaga nama baik AADK, tetapi setelah melihat si perempuan puaka ini yang semakin zalim sejak berkuasa dari 2010, maka kami sepakat mendedahkan hal ini.

Masih kami teringat bila si perempuan puaka ini berkata dia hairan bila mana setiap kali ada pertandingan antara pejabat AADK seluruh negara, Ibu pejabat sering diboooooo.. kami tidak booooo.... ibu pejabat, tetapi dia itu sendiri. Malangnya, dia tidak faham dan buat2 tak faham bahawa seluruh pegawai dan kakitangan AADK seluruh negara amat membencinya. 

Sebab itu dalam artikel ini, kami tidak memasukkan pangkat dan gelaran dia iaitu Puan Sri Dato' kerana bagi kami dia tidak layak dihormati, tidak menunjukkan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani.. sebaliknya kami terus memanggil nama sahaja, itu pon rasa jijik, bila mengenangkan kezalimannya terhadap sahabat2 kami sehingga ada yang terpaksa berhenti kerja kerana tidak tahan tekanan, ditendang sana sini umpama bola, ditukarkan 24 jam jauh ke pedalaman, meninggalkan anak isteri.

Pendedahan Siri 1.

Kenali siapa sebenarnya Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan. Sejarahnya sebelum datang merosakkan AADK hingga jadi punah ranah. Artikel pertama ini bukan ditaip oleh kami, tetapi disiarkan dilaman tranungkite pada tahun 2006 kalau tidak silap. 

TKSU MOSTI Yang Bernafsu Besar
Tarikh : Thursday, July 26 @ 23:33:39 MYT
Topik : E-mel Pembaca

Selama ini laman web internet seperti Laman Marhaen, Malaysia Today, FGR, Minda Rakyat, blog dan lain-lain hanya memfokuskan pembongkaran mereka ke atas orang-orang politik semata-mata. Di luar sana, kebejatan dan salah guna kuasa, rasuah dan penyelewengan bukan hanya dilakukan oleh orang politik sahaja malah pegawai-pegawai kerajaan sama ada berpangkat kecil mahupun besar sama-sama naik melakukan jenayah keji ini.. 

Apa yang ingin kami dedahkan di sini bukanlah mengenai orang politik tetapi seorang pegawai tinggi kerajaan yang baru dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diketuai oleh Datuk Jamaluddin Jarjis (JJ). TKSU yang dimaksudkan itu adalah Zuraidah Muhamed, yang selepas 6 bulan dinaikkan pangkat ke MOSTI, terus membodek dan mengipas JJ untuk mendapatkan gelaran Datuk. Zuraidah ini sebelum ini bertugas di Agensi Dadah Kebangsaan selepas ditendang keluar daripada Jabatan Perpaduan Negara oleh bekas menterinya, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dalam tahun 2002 dahulu. 

Zuraidah ini yang suaminya adalah KSU di kementerian Najib mempunyai nafsu dan cita-cita besar mahu menjadi KSU sebelum umur pesaraannya. Sebaik mendapat kuasa sebagai TKSU di MOSTI, beliau terus menggenggam kuasa dengan "menguasai ?JJ dengan ilmu "mandram"nya. Sesiapa sahaja yang menjadi bosnya pasti akan tunduk dan seperti terpaku dengan tindak-tanduk Zuraidah ini. Beliau sejak dahulu boleh dikatakan seorang yang kuat "berbomoh? untuk menundukkan bos-bos atasannya. Dengan lain perkataan sesiapa sahaja yang menjadi bosnya, baik dia seorang menteri ataupun KSU pasti akan menurut telunjuk beliau seolah-olah beliau lebih besar pangkat dan jawatannya. 

Kini, bukan sahaja JJ sebagai menteri yang telah di"bomohnya? malah KSU MOSTi sendiri seolah-olah terpaksa "menyerah? kepada Zuraidah sebarang tindak tanduk yang ingin dilakukannya, seperti dipukau. Zuraidah ini seorang yang sangat pemboros, suka menyalahgunakan kuasa dan membazirkan wang jabatan. Di dalam biliknya lengkap dengan TV plasma 29 inci dan perabot mewah yang sebenarnya tidak layak untuk seorang pegawai yang cuma berjawatan JUSA C. Tetapi kegilaan Zuraidah terhadap segala benda yang tidak layak dimilikinya pun membuatkannya begitu boros mengarahkan pegawai bawahannya membeli itu dan ini semata-mata untuk memuaskan nafsu besarnya. Kalau nak buat mesyuarat simple dan kecil pun beliau akan membuatnya di hotel-hotel mewah seperti di Langkawi walhal mesyuarat tersebut boleh sahaja dibuat di pejabat MOSTI sendiri ataupun di dalam Kuala Lumpur. 

Apabila JJ pergi keluar negara, Zuraidah tidak akan melepaskan peluang itu untuk sama-sama mengikut JJ sekali pun beliau sebenarnya tiada kaitan pun dengan urusan yang dibuat oleh JJ. Dengan pegawai bawahan, Zuraidah bersikap seperti "maharaja? dan kuku besi, menyebabkan tidak kurang 25 orang pegawai-pegawai di MOSTI terpaksa pindah ke jabatan lain baru-baru ini akibat tidak tahan dengan perangai gila beliau. Sejak dahulu lagi perangai gila betina tersebut tidak pernah berubah, malah semakin menjadi-jadi sejak beliau memegang tampuk TKSU di MOSTI. Matlamat beliau untuk menjadi KSU menyebabkan beliau sanggup berbuat apa sahaja untuk menunjukkan taringnya. Malah JJ sendiri pun seperti diperbodoh-bodohkannya sampaikan seorang menteri boleh menurut segala telunjuk seorang TKSU bertaraf Gred JUSA C cuma. Baru-baru ini Zuraidah bertindak gila lagi dengan merombak habis struktur organisasi MOSTI yang perjawatannya sebelum itu dibuat oleh bekas TKSU MOSTI iaitu Datuk Nik Salmiah dan telah pun diluluskan oleh JPA. Mungkin untuk syok sendiri supaya kononnya dikata orang beliau seorang yang bijak dan berwawasan, beliau telah mengubah apa yang telah diluluskan oleh JPA, membuatkan pihak JPA sendiri pening kepala dan tidak tahu nak buat apa lagi demi memuaskan nafsu gila si Zuraidah itu. 

Di zaman Datuk Nik Salmiah, TKSU yang bersara sebelum diambil alih oleh Zuraidah, pegawai-pegawai MOSTI dapat bekerja dengan penuh seronok dan komited dengan tugas. Sikap mesra dan berhemah Datuk Nik membuatkan ramai pegawai yang bertugas di MOSTI amat gembira bekerja. Namun kegembiraan mereka tidak lama apabila si gila Zuraidah mengambil alih jawatan tersebut sebagai TKSU. Tindak tanduk beliau yang bengis dan tidak mesra dengan pegawai bawahan menyebabkan sebilangan besar pegawai membuat keputusan untuk berpindah keluar daripada MOSTI. 

Adalah amat malang bagi perkhidmatan awam masih mempunyai pegawai tinggi yang berperangai seperti penjajah ini dan KSN pula seolah-olah malu alah dengan suami si Zuraidah yang merupakan KSU di Kementerian Pertahanan untuk mengambil apa-apa tindakan di atas penyelewengan yang dilakukan pegawai tersebut. Atau mungkin juga KSN "tidak tahu? seperti mana tidak tahunya Imam Hadhari terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya. Soalnya, wajarkah pegawai sebegini terus dibiarkan bermaharajagila melakukan penyelewengan dan salahguna kuasa demi memenuhi nafsu besarnya sekali pun tidak layak. BPR pula tidak tahu samakah?
 
Taknak siasatkah dengan pendedahan ini? Pihak Audit Negara pula bagaimana? Atau apakah KSN sendiri tertidur seperti PakLah maka beliau tidak sedar apa yang dibuat oleh seorang TKSU di MOSTI itu? Atau dek kerana suami Zuraidah itu seorang yang juga berjawatan tinggi, maka tiada siapa pun yang berani menegur atau menyekat nafsu boros dan perangai gila beliau sekali pun seorang menteri seperti JJ ? 

Bekas Orang Dalam Mosti 
Putrajaya
 
Jahanam Jabatan Kerajaan sebab 2-3 ekoq berok pengampu.... hahahah.... pendedahan 2 dan 3 akan menyusul secara auto publish... adioooosssss....!!!!

No comments:

Post a Comment