KedahLanie.info

KedahLanie.info


Betulkah DAP itu CINA... UMNO itu MELAYU...?

Posted: 11 May 2013 06:37 AM PDT

ramai orang percaya BN itu melayu dan DAP itu cina.

meh saya nak sekolah kan sikit;

dalam BN terdiri beberapa parti
1-UMNO ( dari bangsa melayu sahaja)
2-MCA (dari bangsa cina sahaja)
3-MIC (dari bangsa india sahaja)
4-beberapa parti komponen dari sabah dan sarawak

mari kita lihat Democratic Action Party (DAP) pula; DAP-terdiri daripada cina, melayu dan india

buktinya..

1-zairil khir johari(DAP) parlimen bukit bendera. menang majoriti 45591

2-ariff sabri(DAP) parlimen raub pahang. menang majoriti 23415

3-tengku zulpuri shah (DAP) parlimen mentakab. menang majoriti 7882.

#bercerita biar jelas atas landasan ilmu!

#saya belajar tinggi2 untuk berfikir secara kritis bukan berfikir seperti "pak pandir"

#yang terasa mohon terasa, yang benar kita sampaikan, yang x benar baik simpan dalam hati

via: Bus Man

PM & Mantan PM melawat Ust Azizan

Posted: 11 May 2013 05:30 AM PDT



Dr Mahathir Mohamed bersama anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir melawat Azizan di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang di George Town, Sabtu. Foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, sebentar tadi. 
Beliau yang datang bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan tiba di HPP pada jam 1.30 tengah hari. 
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang.
Bekas perdana menteri itu yang tiba di hospital pada kira-kira pukul 11.20 pagi tadi berkata, keadaan Azizan pada masa ini adalah stabil.
"Jantung dan tekanan darahnya berfungsi dengan baik," kata Dr Mahathir.
Beliau menambah, Azizan telah sedarkan diri tetapi diletakkan dalam keadaan koma bagi memastikannya tenang.
Dr Mahathir, yang ditemani oleh isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya Datuk Mukhriz Mahathir meninggalkan wad kira-kira 25 minit kemudian.
DS Najib kata: Harap bersabar semua, saya sudah pesan supaya pihak hospital memberikan rawatan terbaik kpd Ustaz Azizan. Aku jawab terima kasih Dato' Seri. Dalam beberapa hari ni Aku nampak Ustaz Azizan adalah sorang tokoh di Malaysia yg sudah melangkaui garis sempadan seorang tokoh pemimpin politik kepartian. Ini fenomena luar biasa. Demikianlah Allah anugerahkan seorang pimpinan kpd PAS dan rakyat Malaysia. Dialah guru politik Malaysia.
 

Pengumuman Admin

Posted: 11 May 2013 05:30 AM PDT

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua ketika ini hanya blog sahaja yang berjalan..manakala fb sedang dalam berkabung lagi..insya'allah nanti kita tengok camna...

Blog akan terus di update seperti biasa semoga semua terus setia dengan kedahlanie.

ADMIN


Apabila Shahidan kasim tak dapat terima MB Baru Perlis maka Najib dibantainya..!!!

Posted: 11 May 2013 04:00 AM PDT

(Komen Shahidan dalam facebooknya)

Husam dan Azmin Senasib, Seirama...........kasian.............!!!

Posted: 11 May 2013 02:30 AM PDT

Husam dan Azmin Senasib, Seirama

NGEPEK PAGI        
                                                                        
Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS Husam Musa boleh menerima hakikat mereka tidak berpeluang untuk menjadi menteri besar. Husam di Kelantan, Azmin di Selangor. Husam paling parah dan 'jiwa terseksa' kerana dia sudah berkhidmat sebagai Exco selama 10 tahun tetapi belum sempat menjamah (lagi) jawatan itu. Paling memarahkan jiwa Husam tidak disenaraikan semula sebagai anggota Exco.

Azmin tidak pun menjadi Exco tetapi seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin meletakkan dirinya lebih layak dan mendapat sokongan parti berbanding Khalid Ibrahim.

Mengapa tidak, menurutnya selepas pilihan raya kecil Ijok Anwar Ibrahim sudah menyuruhnya menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim tetapi dia tidak mahu. Kenapa?

Sebenarnya penolakan itu satu kesilapan besar. Sebab dalam politik peluang tidak akan menjelma dua kali. Kadang-kadang sekali pun tidak menjelma. Hanya bagi mereka bernasib baik saja didatang Santa Claus untuk menerima hadiah. Seperti saya yang tidak bertanding dan ada cita-cita politik, peluang untuk jadi MB tidak akan datang!

 
Azmin kata dia tidak kemaruk hendak jadi MB, begitu juga dengan Husam dia bekerja dan berjuang bukan untuk jadi MB tetapi untuk menegakkan yang haq dan mencegah yang batil. Husam mengambil peribadi Khalid al Walid panglima jihad Islam yang dipecat tetapi redha dengan apa yang berlaku. Begitulah kira-kira.

Tetapi yang kedua orang ini seperti gelisah memenjang dan terkilan dengan apa yang berlaku kerana beberapa teknikal yang mungkin mereka kira menyebabkan mereka terpinggir.
Husam kata beliau tidak dijemput atau diberi tahu semasa mesyuarat hendak lantik MB atau susun Exco yang diadakan sebelah pagi pada 6 Mei. Menurut pihak badan perhubungan dia memang di jemput. Mohd Amar Nik Abdullah juga mengesah bila ditanya wartawan Husam dijemput tetapi dia tidak hadir.
Jawaban Mohd Amar itu menyebabkan Husam seperti marah dan minta bukti kalau dia dijemput? Katanya tidak ada surat, tidak ada pesanan sms dan sebagainya. Sebenarnya Husam tidak perlu menunggu jemputan dan orang datang mengambilnya. Surat atau notis mesyuarat 14 hari tidak perlu dalam keadaan kritikal dan darurat begitu. Dia sebagai Timbalan Pesuruhjaya II perlu peka kepada perkembangan semasa dan berada dalam keadaan siap siaga. Dengan jawatan itu beliau harus memantau apa-apa perkembangan di dalam parti, dan seharusnya dia menampakkan dirinya berada di hadapan. 
Adalah 'wajib mustahil, perut buncit masuk air' kalau Dewan Harian PAS Kelantan tidak menjemput Husam atau memaklum dengan apa cara untuk hadir mesyuarat. Saya tidak yakin PAS tidak akan maklumkan kepadanya. Sebab mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tokguru Nik Aziz. Kebiasaanya Tokguru kalau dia lihat ada yang tidak hadir akan ditanya. Lagipun bilangan ahli Dewan Harian tidak sampai 10 orang muda mudah untuk diketahui Nik Aziz.
Perihal Husam tidak hadir mesyuarat atau suka datang lewat dan kadang-kadang meninggalkan mesyuarat yang sedang berjalan ikut suka hatinya sudah menjadi sebutan. Ribuan pengikutnya tidak pernah tahu hal ini, mereka melihat Husam seorang yang punctual, tetapi bagi mereka yang rapat dan kenal yang bekerja dibawahnya tahu akan fiil Husam ini. Kelemahan Husam inilah yang memalangkan nasibnya.
Sambil mengakui beliau tidak berjuang untuk jawatan dan tidak kisah kalau tidak dilantik, malahan gembira, namun secara halus Husam mengkritik apa yang berlaku. Masih ada sindir meyindir dan Husam cuba memberi konotasi dia seolah dianiaya atau pun dipinggirkan. 
Penjelasan MB, Ahmad Yaacob sudah jelas dan sepatutnya ia diterima semua pihak. Usahlah diperpanjangkan lagi kerana malunya kelak akan menimpa diri. Penjelasan Ahmad kepada 100 orang rombongan penyokong Husam yang menyerbu rumahnya menjawab segala-galanya. Begitu juga 'surat' yang dilihat oleh rombongan Dewan Pemuda PAS juga menjawab segala persoalan. Ia tidak perlu berdolak dalih lagi.

Saya hendak tambah di sini seperti apa difahamkan kepada saya. Soal penyerahan jawatan atau cadangan agar Ahmad Yaacob menjadi MB dilakukan Nik Aziz tiga hari sebelum hari mengundi. Satu surat telah dikeluarkan memaklumkan kepada presiden mengenai pengganti Nik Aziz dan presiden membalas menyatakan persetujuan. Tidak timbul perlantikan Ahmad Yaacob itu tanpa pengetahuan Tokguru.

Husam kata dia akan berjuang dalam PAS hingga akhir hayat. Dia juga kata akan berdiri dalam Dewan untuk menegur kerajaanya demi kebaikan. Silakan... alhalan wasalah. Itulah tugas beliau sebaik-baiknya setelah tidak menjadi Exco. Husam boleh di lantik menjadi 'Ketua Pembangkang' - bukan ketua kelab penyokong, bagi pihak kerajaan di samping ketua pembangkang dalam DUN Kelantan yang mungkin akan dipegang oleh Mustapa Mohamed atau Noor Zaidi Omar.
Kita percaya dengan pengalaman, kecekapan dan gaya berfikir yang kreatif Husam mampu menjadi "ketua pembangkang" yang baik dalam DUN Kelantan. Saya juga percaya dengan sifat Husam begitu nanti tidak adalah mana-mana Exco yang cuba hendak 'ranggah' balak atau pun baham tanah lombong. Atau tidak akan adalah nanti mana-mana Exco yang makan gaji buta atau asyik hayun 'palak' ke luar negara.

Mungkin di sinilah hikmahnya Tuhan tidak memberi keizinan kepada Husam untuk jadi Exco atau MB. Kerana kalau dia jadi MB atau Exco dia tidak boleh jadi pengkritik lagi. Peranan dan tanggungjawab Husam nanti saya yakin akan diperhati oleh semua orang bukan saja, rakyat Kelantan tetapi Sultan yang juga dikatakan ambil berat mengenai perjalanan pentadbiran negeri akan memerhati sama.

Husam boleh buktikan kebolehannya dalam aspek ini serta buktikan keikhlasannya. Selainan itu pihak kerajaan juga perlu memberi tugas dan tanggungjawab lain sesuai dengan kapastiti otak beliau. Peranan atau fungsi baik eloklah ia diberi kebenaran bagi beliau meneruskan pelaksanaan projek yang ditelorinya. Kalau Husam dapat melaksanakan tugas dan tangungjawab dengan sempurna insya-Allah beliau akan dihormati oleh dunia.
Berbalik kepada soal Azmin pula, Azmin juga hendak menyalahkan orang lain apabila beliau tidak dapat jadi MB. Juga soal teknik. Azmin marah sebab hanya nama Khalid Ibrahim saja dihantar dan parti tidak berunding atau mendapat pandangan pimpinan lain sebelum hantar nama Khalid.
Ada betulnya. Tetapi logiknya kalau PAS dan DAP sudah menyatakan persetujuan kepada Khalid, Azmin tidak dapat berbuat apa-apa juga, 'tersongeh' juga. Kalaupun PKR bersetuju hendakkan Azmin tetapi kalau DAP dan PAS tidak bersetuju ia tidak boleh dilakukan juga. Azmin walaupun macam mana perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP dulu? Apa-apa keputusan berhubung jawatan itu harus kolektif. Azmin juga faham bahawa jawatan MB bukan mutlak hak PKR.
Bila Abdul Hadi Awang bersetuju Khalid jadi MB, Azmin sudah serang Abdul Hadi. Katanya kekalahan Pakatan Rakyat di Kota Damansara adalah tanggungjawab Abdul Hadi Awang. Betul tetapi bukan masa dan ketikanya untuk meletakkan kesalahan itu kepada Abdul Hadi sesudah pilihan raya selesai. Kalau Azmin ikhlas dan benar-benar berani dia perlu sebut perkara itu sebelum hari mengundi. Baru ada faedah.

Dia perlu pergi ke Kota Damansara ceritakan perkara itu kepada penyokong PAS. Kalau Azmin menceritakan itu sebelum hari mengundi, mungkin undi dia di Gombak dan Bukit Antarabangsa juga akan susup. Orang PAS tidak akan beri undi kepadanya. Azmin makrifat mengenai ini.
Kepada Husam dan Azmin bertenanglah. Istiqamahkan diri anda dengan perjuangan. Kedua-dua anda orang yang bestari dan adalah pemimpin parti masing-masing. Untuk Husam saya cadangkan dalam muktamar ini bertanding jawatan lebih tinggi daripada naib, misalnya Timbalan Presiden. Kalau merasakan diri 'rak' lawan.. presiden terus. Apabila kita jadi presiden kita akan mendapat kuasa penuh maka ketika itu kita boleh melakukan atau merombak apa saja yang kita fikir tidak betul, tidak benar dan tidak ikut prosuder.
Kepada Azmin juga begitu, sekarang anda sudah timbalan presiden. Dari segi hirearki anda adalah nombor dua di dalam parti tetapi hakikatnya anda adalah nombor tiga. Nombor pertama dalam PKR ialah Anwar Ibrahim selepas isterinya Azizah baru anda. Jadi anda kena lonjak naik ke presiden baru anda jadi orang nombor dua (presiden). Bila anda presiden anda boleh merubahkan keadaan yang sedia ada. Mudah cerita pecat Khaliud ganti dengan anda. Melihat kepada ramai 'lalat-lalat' politik yang menguhurungi anda semasa sidang akhbar anda cukup bertenaga untuk melawan nonaku, Azizah.
Itulah cara yang dapat disyorkan kepada anda kedua sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat. Kalau anda sudah teduh fikiran dan redha, alhamdulilah itulah sebaik-baiknya. Kata orang tua kalau fikiran terganggu tidak boleh tidur berwudud dan bacalah Quran. Marilah kita sama-sama memeluk tangga 'mardiah' untuk sampai ke tahkha 'mutmainan.'

Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Tugas anda kedua kalau bercita-cita hendak peluk gunung anda kena membuang kabus. Nantilah mentari terbit dan hari hari cerah nescaya kabus dan asap akan lenyap. Ambillah masa, tenangkan jiwa dan kuatkan semangat. Allah bersama-sama orang yang sabar. Waaki musolah. [wm.kl.9: 16 am 11/05/13]

Laporan POLIS serta bukti menyanggah pengakuan Pengerusi SPR bahawa daftar pemilih PRU13 antara yang terbersih..!!

Posted: 11 May 2013 01:00 AM PDT





Analisis ringkas PRU 13 di Negeri Selangor.

Posted: 10 May 2013 11:30 PM PDT

oleh Mohd Ariff

Bismillah....


Analisis ringkas ini berkisar di dua Parlimen panas di negeri Selangor iaitu P108 Shah Alam dan P109 Kapar.

Pertama, kenapa saya memilih kedua-dua parlimen itu?

Pertama, kedua-dua parlimen itu, majoriti pengundinya adalah Melayu yg beragama Islam.

Kedua, kerana kedua-dua kerusi Parlimen itu mempunyai bilangan pengundi antara yg tertinggi di Selangor dan juga Malaysia.

Ketiga, kerana Shah Alam merupakan Ibu negeri bagi negeri Selangor, manakala Kapar mempunyai pintu masuk ekonomi Malaysia, iaitu Pelabuhan Klang.

Terlebih dahulu, kita melihat kempen BN di negeri Selangor. Kempen BN di Selangor mencakupi dari segi aspek fizikal melalui Karnival Sayangi Selangor, Karnival Jom Heboh dan juga pelbagai jenis Karnival lain, termasuklah Karnival Ambang Tahun Baru di ICT. Itu dari segi fizikal. Dari segi penggunaan media massa, jelas kesemua media utama, baik percetakan (Utusan, BH, Kosmo, NST), media elektronik (Media Prima, Astro Awani) BIAS kepada Kempen Barisan Nasional.

Beralih kepada kempen PR di Selangor. PR di Selangor, terutama sekali PKR aktif dalam mengadakan ceramah penerangan mengenai isu-isu semasa. DAP bergerak melalui media cetak berbahasa mandarin. Dan PAS banyak bergerak melalui program-program Dakwah di masjid-masjid di negeri Selangor. Saya suka untuk menyatakan bahawa, program kelolaan Dr Halimah iaitu SPIES. Antara program-program lain yg dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor adalah Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Tahun Baru bersama Ulama'.

Sebagai pembuka minda, apakah sebenarnya punca kekalahan BN di Selangor sedangkan Kempen untuk menakluki Selangor sangat-sangat hebat? Pelbagai janji, projek-projek mega yg dijanjikan khas untuk rakyat Selangor tidak mampu untuk menarik minat rakyat di negeri ini.

Di Parlimen Kapar, calon drpd PKR menang dgn majoriti yg besar. Untuk makluman, di P109 ada 4 DUN. Barisan kalah di kesemua empat-empat kerusi DUN tersebut, sekaligus mempertahankan P109 terus di bawah PR. Untuk pru 13, didapati BN mendapat kembali sokongan kaum India berbanding pru 12. Tetapi kenapa BN tetap tewas di P109 dan juga kesemua DUN? Bukan kerana tsunami kaum cina, tetapi penolakan orang melayu sendiri keatas BN.

Situasi yg sama berlaku di P108, Shah Alam. Melihat sokongan rakyat semasa karnival Sayangi Selangor, BN begitu yakin akan mampu merampas Selangor dari tangan PR. Calon P108 dr Mesra BN, iaitu Datuk Zulkifli Nordin merupakan satu pesaing kuat kepada Yb Khalid Samad. Diatas kertas, Khalid Samad akan tumbang menyembah kaki Zul Kulim. Tetapi, 5/5/13 menjadi saksi pengundi Shah Alam menolak Datuk Zulkifli Noordin. Antara hujah kenapa kepimpinan BN negeri cukup yakin untuk menawan Selangor adalah berdasarkan faktor kehadiran pengunjung yang ramai, baik Karnival Sayangi Selangor ataupun Majlis Makan Malam bersama masyarakat cina di Selangor. Sedarkah anda, para jentera BN, majoriti pengunjung-pengunjung yg dtg ke setiap karnival anjuran BN terdiri drpd mereka yg masih bersekolah dan juga belia yg belum cukup umur untuk mengundi? Jika tidak, memang patut BN kalah diatas ketidak-sensitifan pihak kepimpinan BN.

Berbanding program keagamaan anjuran Kerajaan PR SELANGOR, yang mengadakan program-program kuliah yang membariskan para HEAVYWEIGHT spt Ust Azhar Idrus, Ustaz Bollywood dll yang mana setiap kali program kuliah ini diadakan, baik di Masjid Negeri Selangor atau Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pasti yang datang puluhan ribu malahan ratusan ribu pemuda pemudi Muslim yg merupakan prospek undi kpd PR.

Berfikir secara logik, mana lebih sukar, mengumpulkan ratusan ribu manusia melalui Majlis Ilmu atau Majlis Hiburan? Jawapannya Majlis Ilmu. Lihat, disini saja sudah menjadi faktor kekuatan PR di Selangor. Mereka melalui PAS berjaya mendidik masyarakat untuk mencintai majlis ilmu berbanding majlis hiburan yang penuh dgn hiburan duniawi semata.

Kenyataan ini bukan bermaksud, PR mempergunakan masjid untuk berkempen, tetapi sebaliknya yang berlaku. Jentera kerajaan negeri sentiasa memastikan masjid-masjid di negeri Selangor penuh dgn aktiviti kuliah dan aktiviti selain kuliah yg bermatlamatkan Mengimarah Masjid, Nadi Kejayaan Ummah. Lihat saja Masjid As-Salam Puchong, sgt aktif walaupun majoriti warga Puchong adalah non muslim. Lihat sahaja jadual Aktiviti Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, penuh dgn aktiviti dakwah. Bandingkan dengan Masjid Negeri di Negeri pimpinan BN, adakah semakmur masjid negeri Selangor? Adakah masjid-masjid lain di Malaysia yg tiap-tiap malam ada sahaja anak-anak sekolah menengah yg beriktikaf di masjid & pada paginya mereka pergi ke sekolah setelah bersolat Subuh secara berjemaah?

Hasilnya, BN hilang undi orang Melayu Islam diatas keseronokan Barisan Pimpinan BN mengadakan karnival-karnival bermotifkan maksiat. Masyarakat Selangor menilai kerajaan mana yang lebih memberi manfaat kpd rakyat. Manfaat disini bukannya projek-projek mega, bukannya penyediaan kemudahan asas, tetapi suatu pencapaian aspek SPIRITUAL kerana negeri Selangor sudah siap dibangunkan oleh kerajaan BN terdahulu. Rakyat Selangor terutama sekali umat Islam sangat takut akan pengaruh hidonisme tajaan BN melalui tarikan K-POP kepada anak-anak mereka. Walaupun media pro BN memanaskan isu kalimah Allah, tetapi, rakyat Selangor tetap tidak terpengaruh kpd isu tersebut, kerana rakyat Selangor faham benteng akidah umat bukan pada kalimah Allah semata-mata, tetapi ia lebih daripada itu iaitu kerja-kerja dakwah dikalangan umat Islam haruslah digerakkan secara aktif & sistematik.

Itu di parlimen Shah Alam. Di parlimen Kapar pula, situasi sedikit berbeza kerana faktor demografi. Di Shah Alam, boleh dikatakan bahawa, penduduk Shah Alam majoriti adalah golongan educated. Di parlimen Kapar bercampur-campur. Hanya DUN Sg. Pinang shj majoriti pengundi.cina. Itu tidak perlu dianalisis lagi. Perhatian akan diberikan di 3 lagi DUN dlm Parlimen Kapar iaitu Sementa, Selat Klang & Meru. Dun Selat Klang yg dikemudi Dr Halimah memperlihatkan peningkatan yg amat baik. Dr Halimah berjaya melaksanakan tugas beliau sbg wakil rakyat Selat Klang. Beliau aktif menjalankan aktiviti tajaan Keagamaan, kekeluargaan dan juga program motivasi khas utk anak negeri yg mana ianya percuma.

Di Dun Meru pula, kawasan Dr Abd Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor juga seperti kwsn Selat Klang. Masjid As-Syarif antara masjid yang aktif mengadakan program-program dakwah. Berbeza di DUN Sementa dibawah pentadbiran Datuk Abdul Rahman Palil. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan gerak kerja yg konstruktif di DUN ini. Melainkan sebahagian tugas-tugas biasa seorang wakil rakyat. TIADA, NOTHING HE DO FOR HIS DUN. Jangan kata tiada peruntukan, kerana kerajaan persekutuan telah memberikan sejumlah dana untuk beliau laksanakan tanggungjawabnya.

Rasanya, tidak perlu untuk saya mengulas perihal calon yang bertanding. Ini kerana masyarakat tempatan kenal dgn siapa calon2 parti yg bertanding.

Terus-terang saya katakan bahawa saya merupakan penyokong BN, tapi utk PRU ini saya memilih PR mengetuai kerajaan negeri kerana saya mahu masjid dan surau negeri Selangor terus subur dengan kuliah agama. Belum lagi memerintah negeri, BN sudah mempromosikan hedonisme tidak terkawal. Ingin saya tegaskan, bukan semua pro-BN redha dgn cara kempen BN. Tiada guna pemimpin BN & penyokong BN mempertahankan kalimah Allah, sedangkan kalian sendiri yang mempermainkan kalimah Allah diatas tindak-tanduk kalian. Ingat, rakyat mahukan ISLAM sebagai ADDIN, bukan yang lain. Kenyataan ini disokong hasil bancian syarikat penyiar TV, bahawa rancangan yang mendapat rating tertinggi penonton di Selangor adalah rancangan berbentuk keagamaan spt Tanyalah Ustaz dan lain-lain lagi rancangan yg seangkatan dengannya, bukannya rancangan Akademi Fantasia @ Mentor.

Ikhlas saya katakan, jikalau Pengerusi BN iaitu Datuk Seri Najib Razak mahukan BN kekal relevan pada PRU 14, ISLAMKAN lah UMNO. Tunaikanlah hak Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti Petroleum. Bergabunglah dgn PAS dan kesemua anggota MP yg beragama Islam untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Jadikan Kelantan sbg negeri contoh. Dengan jumlah MP muslim baik dlm BN & PR, saya merasakan ia sudah cukup untuk kalian mendapat sokongan 2/3 anggota dewan rakyat bagi meminda perlembagaan. BN mesti memperlihatkan keikhlasan untuk membantu semua rakyat Malaysia, kerana BN adalah kerajaan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk rakyat BN semata. Pepatah Inggeris berbunyi: " What you give, you get back" adalah sangat sesuai bagi menggambarkan iklim politik hari ini. Hanya dgn keikhlasan gerak kerja mampu menarik sokongan pengundi kpd BN.

Wallahua'lam bissawab.

Depa Kata daripada berhimpun lebih baik buat solat hajat atau ceramah agama yang lebih ilmiah...!!

Posted: 10 May 2013 11:00 PM PDT

Ramai orang kerap mempersoalkan perhimpunan rakyat. Katanya ganas, merosakkan harta awam, memalukan negara di mata dunia n macam2 kata mereka.  Ada juga yang kata, daripada berhimpun lebih baik buat solat hajat atau ceramah agama yang lebih ilmiah.  So anak muda nak tanya, perhimpunan konsert jom heboh (hampir setiap bulan) anjuran tv3/bn tu tidak merosakkan akhlak muda mudi ke?  Perhimpunan 1M4U tu berjaya memartabatkan belia ke?  Perhimpunan dengan artis2 seksi dijemput dari luar negara seperti konsert gangnam dan sebagainya itu adakah perhimpunan ilmiah?  Perhimpunan menonton Raja Lawak, Akademi Fantasia, Anugerah Bintang Popular dan lain2 program hiburan adakah itu meningkatkan iman dan lebih baik dari solat berjemaah?  Mohon pencerahan dan penjelasan. p/s pelik bila ada ibu bapa mengatakan perhimpunan rakyat ini semua agenda mendidik masyarakat terrorist, tetapi sibuk bawa anak isteri ke konsert2 artis seksi seolah2 pengisian konsert itu boleh membawa ke syurga.untuk renungan bersama.  #Gunakan agama untuk salahkan orang, bukan politik anak muda!
 
Ramai orang kerap mempersoalkan perhimpunan rakyat. Katanya ganas, merosakkan harta awam, memalukan negara di mata dunia n macam2 kata mereka.

Ada juga yang kata, daripada berhimpun lebih baik buat solat hajat atau ceramah agama yang lebih ilmiah.

So anak muda nak tanya, perhimpunan konsert jom heboh (hampir setiap bulan) anjuran tv3/bn tu tidak merosakkan akhlak muda mudi ke?

Perhimpunan 1M4U tu berjaya memartabatkan belia ke?

Perhimpunan dengan artis2 seksi dijemput dari luar negara seperti konsert gangnam dan sebagainya itu adakah perhimpunan ilmiah?
Perhimpunan menonton Raja Lawak, Akademi Fantasia, Anugerah Bintang Popular dan lain2 program hiburan adakah itu meningkatkan iman dan lebih baik dari solat berjemaah?

Mohon pencerahan dan penjelasan.
p/s pelik bila ada ibu bapa mengatakan perhimpunan rakyat ini semua agenda mendidik masyarakat terrorist, tetapi sibuk bawa anak isteri ke konsert2 artis seksi seolah2 pengisian konsert itu boleh membawa ke syurga.untuk renungan bersama.

#Gunakan agama untuk salahkan orang, bukan politik anak muda!

Temuramah eklusif bersama ANWAR selepas PRU13

Posted: 10 May 2013 10:00 PM PDT

Anwar: 'Adakah saya gagal dalam PRU?'
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN, NOOR SHAZURA ZUKI.
11 Mei 2013
Anwar
Anwar yang mengenakan kot berwarna hitam menjelaskan pendirian 
susulan keputusan PRU13 Ahad lalu.
 
PASCAPILIHAN Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan pelbagai perkara termasuk insiden pengundi hantu menarik perhatian media. Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tidak berpuas hati dan menganggap perikatan itu sepatutnya sudah menang. Ikuti temu bual Anwar bersama wartawan Sinar Harian dan Sinar Harian Online SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NOOR SHAZURA ZUKI.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, nampaknya berbanding 2008, Datuk Seri terima keputusan pilihan raya. Semalam (Ahad lalu), Datuk Seri memberikan pandangan yang sebaliknya walaupun bilangan kerusi Parlimen meningkat. Mengapa?
ANWAR: Kerana kita dah menang... kemudian dirompak kemenangan itu dari BN dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini kita perkukuh dengan bukti kehadiran orang Bangladesh, Myanmar mengundi, pegawai SPR mengeluarkan kertas undi ke luar, pemadaman lampu. Kes di Lembah Pantai terpaksa di kawal begitu keras sekali, kalau tidak kita tewas. Ini hanya lambang penipuan dan politik samseng. Kalau tidak ada dukungan yang kuat, semangat anak-anak muda di Lembah Pantai, Nurul Izzah akan tewas.

Gerombolan yang terlibat dalam penipuan itu terlalu kuat dengan pengaruh dan kaya. Bukti lain yang besar ialah, undi awal, undi pos, termasuk yang dari media.

Saya sudah tahu kerana mereka mengundi... tak kan 12 peratus saja diberi kepada kita. Keduanya, undi itu diberi kepada pejabat pos, melalui pejabat pos. Bukannya SPR. SPR beri pejabat pos, pejabat pos kepada media.

Media undi, pos beri kepada SPR, baru kita boleh pantau. Jadi, pemantauan itu hanya berlaku pada peringkat akhir. Kita tengok pada undi-undi daripada luar negara, itu 70 hingga 80 peratus memilih PR yang dinyatakan.

Tetapi apabila buka undi semuanya, kita 12 hingga 15 peratus. Ini semua berapa undi media, 50,000. Undi pos, 230,000. Undi awal jumlah keseluruhan mungkin dalam 200,000. Jadi besar. Kalau tidak dipantau, maka kecurangan berlaku.

SINAR HARIAN ONLINE: Nampaknya, Datuk Seri menggunakan istilah kemenangan dirompak. Adakah Datuk Seri masih tidak mahu menerima keputusan PRU13 walaupun ada peningkatan bagi pihak PR?

ANWAR: Ya. Bukan soal peningkatan. PR sudah menang. Cuma pendekatan kita seperti yang kita tahu harus mengikut beberapa proses undang-undang, sama ada... saya bincang dengan Pas terutamanya dengan PKR, apakah kita buat petisiyen pilihan raya untuk beberapa kawasan. Tiap kali kalau kira semula, kita tewas semua. Atau keduanya, bantahan. Seperti mana yang dicadangkan oleh badan-badan bukan kerajaan.
 
Kemenangan dirompak
 
SINAR HARIAN ONLINE: Ke mana nak pergi selepas ini? Pilihan yang Datuk Seri ada bagi PR? Nampaknya kecurigaan itu (berterusan)...
ANWAR: Kalau hak kita dirompak, kita minta hak kita semula. Kalau tidak diberikan, maka ada cara-cara. Sepatutnya, bukan dibuat oleh SPR yang ada sekarang ini. Yang ini suruhanjaya cawangan Umno. Ia mesti suruhanjaya bebas dan adil.

Sebab ini hak dari Perlembagaan, sebagai seorang Muslim atau rakyat Malaysia ia tak boleh buat penipuan yang terang-terang bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan melanggar undang-undang. Tapi kalau tanya, semua dia kata tak ada. Ini dakwat kekal, tak boleh basuh.

Pembohongan yang ditertawakan oleh semua rakyat. Kalau dulu semasa undi pos, sebahagian orang saya tengok yang tergolong dalam 'social network' Umno ini yang diupah mengatakan tengok ini penipuan PR.

Sekarang apa jurucakap Umno cakap tentang dakwat kekal? Tidak ada jawapan. Kerana mereka boleh pulang dan basuh. Di Permatang Pauh, tak kurang dari puluhan orang yang tunggu saya, sebab saya akan melawat pusat mengundi, tunjuk tangan dia. Saya kata, bila nak undi. Dia kata dah undi. Dia boleh basuh. Tengok dalam Facebook tapi apa jawab SPR? Oh tidak mungkin. Ini semua alat pembangkang.

Saya beri 42 nama (warga) Bangladesh, Indonesia yang undi pos atas nama tentera dan polis. Seminggu sebelum pilihan raya, dari senarai sah 2013 SPR. Mahu bukti apa lagi? Sepatutnya SPR tidak perlu tanya bukti, tanya hati nurani mereka apakah mereka ini, perasuah atau penjenayah?

SINAR HARIAN ONLINE: PR akan hantar memo (memorandum) secara rasmi?

ANWAR: Memo apa? Mereka tak baca. Memo apa lagi yang perlu? Siapa yang tidak tahu bahawa dakwat kekal itu tak kekal? Siapa yang tidak tahu berlaku percanggahan dalam senarai pengundi? Siapa yang tidak tahu bahawa orang Bangladesh datang mengundi?

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana desakan itu akan dibuat?
ANWAR: Petisyen pilihan raya itu adalah untuk proses penipuan. Tapi SPR ini, bagi saya ia perlu ditukar.  Kalau Datuk Najib kata sekarang ini kita harus ada penyatuan semula.

Bagi saya, kalau begitu, saya akan beri yang terbaik. Melainkan kempen kita ini secara sivil... anda bacalah Utusan. Sivil ke biadab? Tonton TV3, RTM. Nasib baik Sinar boleh tahan sedikit. Kadang-kadang kritik, tak apa. Kalau tak setuju, kritik. Kebebasan media. Tapi tidaklah sampai menghina orang, mengaibkan orang terus-menerus. Tak bagi ruang langsung. Ini kita kata pilihan raya bebas dan adil? Begitu bodoh kalau ada yang berpandangan sebegitu.

SINAR HARIAN ONLINE: Adakah PR akan boikot angkat sumpah, ahli-ahli Parlimen?

ANWAR: Yang itu kita sedang fikirkan sebab kita tak mahu ambil atau memilih cara yang saya nampak bukan menimbulkan keresahan. Jadi, kita kena timbang juga. Sebab itu, saya tidaklah menghalang kerajaan untuk meneruskan kerja, nanti kita tak ada kerajaan pula.

Tapi janganlah kerajaan itu boleh terus-menerus menipu dan rasuah macam sedia kala. Menghina orang dan menggunakan jentera kerajaan untuk mendera orang.

SINAR HARIAN ONLINE: Datuk Seri, komen sedikit tentang peningkatan kerusi DAP?

ANWAR: Itu yang disebut Datuk Seri Najib, tsunami politik. Ini saya rasa satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang pemimpin yang uar-uarkan 1Malaysia. Di Kelantan, Melayu semua dan Pas pertahankan dua pertiga kerusi. Di Terengganu Melayu, kawasan Melayu, dan Pas menambah kerusi dari satu kerusi Parlimen jadi empat. Kawasan saya (PKR, Azmin Ali), Gombak majoriti Melayu dan kita menang dengan mudah. Jadi, untuk mengatakan begitu...ya betul, etnik Cina ada suara dukungan yang ada juga etnik Melayu.

Yang ada kemungkinannya ialah jenis penipuan lebih itu banyak di kawasan yang dianggap campuran atau Melayu kerana majoriti yang diperoleh PR tidak besar. Agak lebih mudah untuk buat penipuan. Kalau nak dibuat penipuan di Bukit Bintang, dia kena bawa orang Bangladesh 10 kapal terbang pun tak cukup. Ini hanya dilakukan oleh SPR. Sebab itu kalau dilihat, orang yang marginal 6 itu, Bangladesh itu banyak muncul di kawasan marginal. Ada lah satu dua terselit masuk ke Bukit Bintang dan Permatang Pauh.

Tak wajar (dilabel tsunami cina). Maknanya pertentangan. Satu, dia kata kita rekonsiliasi, kemudian dia kata kita tsunami Cina, kenyataan ini tidak konsisten, tidak wajar. Kalau betul pun kemarahan orang Cina, tanyalah sebab apa. Sebab apa ada kebangkitan kemarahan masyarakat Cina?


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan politik negara berdasarkan keputusan PRU13?

ANWAR: Ya, saya dukacita kerana masa depan negara itu tercemar. Sudah 50 tahun merdeka, kita gagal mengamalkan politik yang bersih dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ia dijamin dalam perlembagaan ini merampas hak rakyat.


SINAR HARIAN ONLINE: Tahun lepas Datuk Seri pernah kata kalau Datuk Seri gagal dalam pilihan raya, Datuk seri mungkin akan berundur dari politik.
ANWAR: Adakah saya gagal dalam pilihan raya kali ini? Ada peningkatan kerusi, kita menang. Soal keputusan saya itu, seandainya pilihan raya itu bersih, malah saya sudah berbincang dengan teman-teman di beberapa universiti utama untuk, jawatan pun sudah sedia untuk saya, tak realistik.  Kalau pilihan raya itu okey dan kita tewas, nak pergi Uitm mereka tak boleh terima.
Buat masa sekarang tidak. Buat masa sekarang saya harus jalankan tanggungjawab untuk memastikan proses pilihan raya itu, kecurangan itu diperbetulkan.

SINAR HARIAN ONLINE: Pada tahun 2008, Datuk Seri menjadi Ketua Pembangkang tapi kali ini dari segi komposisi kerusi, DAP mengatasi PKR.
ANWAR: Dari dulu pun kerusi DAP mengatasi PKR. Saya memang menawarkan diri untuk undur tapi kedua-dua, DAP dan Pas minta saya teruskan.
Saya ada beritahu tadi... tidak ada masalah sebenarnya jika YB Kit Siang (Lim Kit Siang) menjadi ketua pembangkang. Kelayakan dia, pengalaman dia. Saya boleh tumpu pada kerja-kerja lain. Setakat ini, DAP dan Pas berpendirian saya harus teruskan tapi saya akan bincangkan lagi. Jangan pula tulis Anwar letak jawatan... belum belum.

Masa depan Pakatan Rakyat

SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana masa depan Pakatan Rakyat selepas ini Datuk Seri?

ANWAR: Baik. Kita meningkat dan kerjasama baik. Semalam dengan pimpinan DAP, tadi kita jumpa Dap dan Pas, semalam pun jumpa Dap dan Pas. Saya hubungi Ustaz Hadi secara personal, berbincang panjang soal ini. Juga dengan Lim Guan Eng. Hubungan itu masih baik.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kerusi MB Selangor?

ANWAR: Kerusi MB Selangor itu memang kita bagi sedikit masa dan kita runding dengan baik. Sebab itu saya dapatkan Lim Kit Siang, Ustaz Hadi. Tidak seperti mana yang berlaku pada tahun 2008, ada satu kelompok yang berebut dengan keadaan ini, saya syukur keadaan lebih baik. Tapi memang perkara ini dibincangkan. Hari ini atau esok kita selesaikan.


SINAR HARIAN ONLINE: Kemungkinan besar Tan Sri Khalid?

ANWAR: Saya tak ada masalah Tan Sri Khalid. Tapi masalahnya... bukan masalah tapi perlu satu perbincangan. Apakah ada calon lain, ke muka nama lain, nak teruskan?

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah Datuk Seri sedih kerana PR kehilangan satu negeri, di Kedah?

ANWAR: Ya, tapi kita nak tahu juga sejauh mana kecurangan itu menyebabkan kekalahan kerusi-kerusi di situ. Ataupun ada masalah-masalah lain. Macam kekalahan Kulim Bandar Baru, saya tidak percaya itu berlaku tanpa proses yang curang. Kerana sambutan yang kempen itu luar biasa.

SINAR HARIAN ONLINE: Apakah strategi PR itu sendiri silap apabila tak beri tumpuan pada kerusi-kerusi yang dimenangi?
ANWAR: Tidak juga. Kita menang kerusi-kerusi dengan baik. Fuziah, Azmin, Surendran. Cuma, apabila calon-calon dulu yang lompat dan tidak menjalankan tanggungjawab. Prestasi kawasan cukup lemah. Sedangkan sebab dia lompat itu sebab saya bagi isyarat bahawa kamu tidak boleh mempertahankan rekod dan prestasi kawasan itu lemah. Itu kadang-kadang ada menjejaskan. Tapi kalau kehadiran Saifuddin di Kulim, itu lain. Sebab saya tahu, Kulim itu kejiranan saya. Saya tidak fikir boleh kalah.

SINAR HARIAN ONLINE: Di sebalik serangan berterusan oleh musuh selama ini, adakah Datuk Seri mahu memberi mesej kepada penyerang-penyerang supaya berhenti semua itu?
ANWAR: Kita bagi mesej ini, hanya pada orang yang (tidak) tahu batas akhlak dan politik yang sivil. Jadi saya tidak peduli... tengok badan-badan yang Tibai lah, apa... mereka diupah untuk mencerca. Kadang-kadang kerana begitu lucah dan kotornya, dia tahu pimpinan Umno tak sanggup buat begitu, sebab itu akan buat orang tak suka. Dia upah. Saya selalu sebut.

Saya kata, saya boleh pilih nak buat begitu kerana saya pernah pimpin negara ini. Banyak maklumat sampai pada saya. Tapi saya tak sanggup aibkan orang kerana ia melibatkan orang lain. Itu tidak menjamin mereka menghentikan. Dalam ucapan saya sebut, peralihan kuasa ini juga peralihan nilai etika, sistem akhlak. Maknanya, kita tak boleh apabila ada kuasa ia sebagai sijil atau kesempatan untuk menyerang orang tanpa pertimbangan.

Ibu segala tipu

Posted: 10 May 2013 09:09 PM PDT



Dengan sanubari sequdus hasrat
lelangkah yang luhur sepadu hajat
kita berhimpun sepenuh harapan
sedia tentang inti kemungkaran.

Awalnya segala tersenyum ilham
cuaca dan hajat akrab bersalam.
Kita memangkahnya secekal kalbu
rindu memahat sejarah yang syahdu.

Iklim yang gusar tetiba meledak
ketika kendera menyusup rahsia,
dan demokrasi sengaja dikocak
sebijak helah sekejam pendera.
Kertas undi yang terkumpul berbalam
sopan dan segan diusik khayalan,
sebaik senja disenyumi malam
sesenyapnya bermula pencemaran.

Malam debaran tersentap amarah,
cahaya bulan dikoyak-koyaknya,
rahsia gelap memulai dosanya,
berterbanganlah undi yang ditambah.

Kita berhimpun di padang sejarah
demi melawan kemungkaran baru;
demokrasi wajar dipelihara
daripada ibu segala tipu.


Sasterawan Negara
A Samad Said,
Himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat',
Kelana Jaya,
8 Mei 2013

PRU 13: Ini Kalilah!, Ubah, bina sokongan Pakatan Rakyat

Posted: 10 May 2013 08:30 PM PDT

Oleh SiasahDaily

Slogan kempen Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu; "Ini Kalilah!" dan "Ubah" muncul sebagai slogan kempen menarik dan popular, dan mungkin telah membantu pembinaan sokongan rakyat kepada gabungan parti itu.

Dengan hanya dua slogan yang seragam dan mudah disebut ramai, PR kelihatan telah menggerakkan kempen yang berjaya, walaupun masih gagal menewaskan Barisan Nasional di peringkat persekutuan.

Slogan PR itu juga menjadi slogan yang diingati, dan pada masa sama BN tidak muncul dengan slogan yang menarik, selain "Janji Ditepati," tetapi menimbulkan pelbagai isu untuk dikemukakan di media.

Walau bagaimanapun, penyokong BN telah membalas slogan "Ini Kalilah" dengan "Lain Kalilah" yang tidak kurang menarik dan sinis.

Dibandingkan antara slogan PR dan BN kali ini, slogan PR lebih mudah dan menarik, pada masa sama slogan "Janji Ditepati" BN kelihatan seperti kerajaan yang menuntut balasan kerana telah melaksanakan tugas.

Perbandingan yang hampir sama dapat dilihat dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12, apabila Parti Keadilan Rakyat diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan slogan "Harapan Baru untuk Malaysia," dan BN dengan "Selamat, Aman, Makmur."

Dari sudut kempen dan slogan, PR jelas telah berjaya mengatasi BN, ketika kedua-dua gabungan bersaing mengemukakan janji-janji populis kepada rakyat.

Slogan yang mudah dan ringkas, yang menunjukkan kesatuan matlamat dan mudah difahami membantu menjayakan kempen, dan bakal lebih diingati dalam sejarah.

Satu contoh ialah slogan kempen calon Republikan, Dwight Eisenhower dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat pada 1952.

Berpuluh tahun sebelum kemunculan internet dan laman sosial Facebook, Eisenhower menggunakan slogan "I Like Ike" dalam kempennya, dan berganding dengan popularitinya pada masa itu, beliau akhirnya menang dalam pemilihan presiden pada pemilihan presiden 1952.

Pada zaman ini, Barack Obama muncul dengan slogan menarik "Change We Can Believe In" dan "Yes We Can," disertai imej popular Obama dengan perkataan "Hope," yang juga menarik orang ramai dan membantunya memenangi pilihan raya presiden 2008.

Slogan-slogan berjaya tersebut dapat menangkap semangat semasa, yang dirasakan oleh sejumlah besar rakyat, dan gabungan slogan menarik itu dan sokongan kuat rakyat telah menyumbang kepada pencapaian yang cemerlang dalam pilihan raya umum lalu.http://siasahdaily.blogspot.com

Tahniah kepada NELSON SAN MARTIN........

Posted: 10 May 2013 08:00 PM PDT

Tahniah kepada NELSON SAN MARTIN yang dipilih oleh rata-rata peminat hijaukuning sebagai KFA PLAYER OF THE MONTH APRIL.

Sebelum perlawanan dimulakan, anugerah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Eksekutif KFA, En. Yusuri dan Pengurus Pasukan, Datuk Jeffrey Low Han Chow. Turut bersama ketika sesi penyampaian ini adalah Jurulatih, Mario Tot dan Penolong Pengurus Pasukan Kedah, En. Amirul Nizam.

Rekod pemenang KFA PLAYER OF THE MONTH:

JANUARI: ZURAINDEY JUMAI
FEBRUARI: KHYRIL MUHYMEEN
MAC: KHAIRUL HELMI JOHARI

Teruskan menyokong pasukan hijaukuning, sudah pasti bulan MEI ini yang melibatkan 5 perlawanan liga pasti akan menonjolkan seorang pemain yang bakal menjadi pilihan peminat hijaukuning.

PULUN KEDAH PULUN!
Tahniah kepada NELSON SAN MARTIN yang dipilih oleh rata-rata peminat hijaukuning sebagai KFA PLAYER OF THE MONTH APRIL.  Sebelum perlawanan dimulakan, anugerah telah disampaikan oleh Ahli Majlis Eksekutif KFA, En. Yusuri dan Pengurus Pasukan, Datuk Jeffrey Low Han Chow. Turut bersama ketika sesi penyampaian ini adalah Jurulatih, Mario Tot dan Penolong Pengurus Pasukan Kedah, En. Amirul Nizam.  Rekod pemenang KFA PLAYER OF THE MONTH:  JANUARI: ZURAINDEY JUMAI FEBRUARI: KHYRIL MUHYMEEN MAC: KHAIRUL HELMI JOHARI  Teruskan menyokong pasukan hijaukuning, sudah pasti bulan MEI ini yang melibatkan 5 perlawanan liga pasti akan menonjolkan seorang pemain yang bakal menjadi pilihan peminat hijaukuning.  PULUN KEDAH PULUN!

Ketua Bukit Uhud Menjawab Mengapa PAS kalah di Kedah ?

Posted: 10 May 2013 07:13 PM PDT

Persaingan PRU13 menyaksikan Pakatan Rakyat Kedah tewas dan kehilangan tampuk Kerajaan Negeri Kedah. Rata-rata reaksi umum kehairanan dan terkejutberbanding suasana zahir yang meriah kepada Pakatan Rakyat. Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM mendapatkan ulasan awal dari Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri (JPN) Kedah, Senator Dato' Muhamad Yusof Husin mengenai perkara itu. Ikuti temubual tersebut.

Wartawan : Apakah ulasan Dato' terhadap keputusan PRU13 bagi negeri Kedah ini?

Dato' Muhamad Yusuf Husin: Keputusan pilihan raya kali ini agak mengejutkan kita kerana pada 6 April lalu kita memberi laporan bertulis kedudukan terkini kepada Dato' Seri Presiden PAS bahawa kita hanya mampu menang 12 Dun dan 6 Dun lagi kalah kurang dari 1,000 undi majoriti. Sementara 6 Dun lagi kita analisa kalah lebih 1,000 undi majoriti.

Apabila keputusan sebenar keluar, daripada 12 Dun yang kita boleh menang iaitu Dun Bandar Baharu, Dun Kota Siputeh dan yang amat mengejutkan Dun Kupang, semuanya tewas. Sementara analisa ke atas Dun boleh menang di mana majoriti undinya kurang 1,000 semuanya kita kalah yakni Kuala Nerang, Ayer Hitam, Jeneri, Belantik, Guar Chempedak dan Pantai Merdeka.

Tapi dari 6 Dun yang dianalisa kalah iaitu Dun Bayu, Dun Merbau Pulas, Dun Tanjong Dawai, Dun Sungai Tiang, Dun Jitra dan Dun Ayer Hangat, kita tidak mengharap kemenangan tetapi Dun Merbau Pulas telah menang dengan majoriti 633 undi.

Saya amat terharu dan mengucapkan tahniah kepada MTD Merbau Pulas yang pada mulanya ada masalah, tapi wala' terhadap arahan, mereka kembali bersatu hingga mencapai kemenangan. Jadi tambahan kepada 8 Dun dari 12 Dun yang kita analisa menang itu menjadikannya 9 Dun kita (PAS) menang.

Bagaimana perincian angka sokongan kepada Pakatan Rakyat dan BN?

Pada penelitian kami, undi yang kita perolehi antara Pakatan Rakyat dengan BN pada keseluruhannya bagi Parlimen ialah 431,999 undi atau 47.7 peratus, sedangkan BN perolehi 451,095 undi atau 49.8 peratus. Terdapat 13,902 undi rosak, parti Kita mendapat 200 undi, Berjasa 6,100, Bersama 257 dan Bebas 1,864 undi, semuanya lebih kurang 2.48 peratus. Majoriti keseluruhan Negeri Kedah diperingkat Parlimen hanyalah 19,096 undi atau 2 peratus di mana ini menunjukkan pengaruh PAS dan Pakatan Rakyat tidak hilang begitu sahaja, bukan terlalu besar perbezaannya.

Bagi peringkat Dun, Pakatan Rakyat dapat 434,641 undi atau 48 peratus, dan BN dapat 449,258 undi atau 49.61 peratus menjadikan majoritinya lebih kecil dari parlimen iaitu 17,137 undi dan lebih 1.61 peratus sahaja seluruh Kedah. Parti Kita mendapat 745 undi atau 0.08 peratus, Berjasa 2,959 undi atau 0.33 peratus, Bersama dapat 192 undi atau 0.02 peratus, manakala Bebas 4,097 undi bersamaan 0.45 peratus dan undi rosak 13,651 undi atau mewakili 1.51 peratus.

Keseluruhannya kelebihan undi BN hanyalah 1.61 peratus. Itu sahaja kelebihan kepada BN. Tetapi sistem pilihan raya berasaskan kerusi kawasan Parlimen dan Dun. Kita menang banyak di Sungai Petani, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Limau, tetapi kita kalah di Dun lain walaupun majoritinya kecil macam Belantik, Bakar Bata dan Kulim yang semuanya bawah 1,000 majoriti undi.

Perbezaan tidak sampai 20,000 perbezaan undi yang beri kepada BN berbanding kita Pakatan Rakyat. Menunjukkan sokongan rakyat negeri Kedah kepada Pakatan Rakyat masih kuat dan utuh. Pertambahan undi dari 2008 ke 2013 mengikut Daftar Pengundi Tambahan begitu tinggi iaitu sebanyak 242,322 pengundi termasuk pemindahan pengundi. Ini mendatangkan kesan kepada keputusan.

Jadi, apakah tindakan susulan JPN terhadap keputusan ini?

Kita akan panggil semua Pengarah-pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) dalam masa terdekat untuk memberi taklimat supaya mereka menyediakan laporan 'post-mortem' sama ada bentuk dalaman, luaran atau sebarang faktor yang menyebabkan Dun-dun yang kita menangi dulu iaitu 7 Dun tetapi kesemuanya kali ini kalah. Ini untuk kita buat persiapan akan datang.

Apakah Dato' merasakan perlu tindakan lebih menyeluruh atau sebarang rombakan?

Saya sebagai Pengarah JPN mengambil tanggung jawab dengan keputusan yang berlaku. Walaupun persiapan dibuat sebaik sahaja selepas PRU12 lalu di mana jentera kali ini lebih komited dan hampir keseluruhan terlibat secara langsung. Kita juga himpun dana JPN sejak 5 tahun dahulu bagi tampung kos PRU kali ini, tetapi keputusan sebaliknya. Kerana itu saya dan Ahli Jawatankuasa JPN menerima, andainya ini kelemahan dari kami dan pimpinan PAS Negeri mahupun PAS Pusat merasakan pengurusan ini perlu diberi kepada tenaga-tenaga baru, kami bersedia menerimanya dengan wala' dan terbuka. Sekiranya pimpinan masih beri amanah kepada kami untuk teruskan kepada kami, kami tetap wala' dan bertanggung jawab.

Konklusi Dato' dari kekalahan ini?

Kekalahan dalam PRU13 adalah satu pengajaran dan muhasabah untuk semua, sama ada akar umbi, MTD, PAS Kawasan, PAS Negeri hingga PAS Pusat. Kita kena kaji dan lihat kelemahan kita dalam hadapi PRU13 ini yang saya kira banyak perkara kita semak semula. Kita kena bentang dalam 'post mortem' yang dibuat dengan penuh teliti setelah semua maklumat diterima dari semua peringkat dan diproses JPN sebelum dibentangkan kepada Badan Perhubungan PAS Negeri. Terpulang setelah itu PAS Negeri meminda atau tidak sebelum diserah ke PAS Pusat.

Boleh Dato' nyatakan perancangan untuk ke PRU14

Jika, kami diberikan amanah lagi, fokus keutamaan kita perlu berikan adalah kepada daftar pemilih baru terutama yang berada di luar Kedah untuk tambah kekuatan kita disamping berusaha mencari seramai lagi bagi menyertai PAS, menambah Cawangan, adakan penerangan dan terus nyatakan hasrat dan dasar perjuangan PAS yang sebenarnya terutama kepada Melayu golongan atas pagar dan termasuk orang Umno sendiri bahawa kita bukan parti politik semata-mata tetapi kita adalah jamaah Islam yang bersangkutan langsung dengan akhirat.

Mungkin Dato' ada seruan kepada ahli-ahli PAS untuk persediaan seterusnya?

Semua ahli dan penyokong PAS kena jadikan kekalahan kita adalah sepanjang 11 kali PRU dahulu, kita menang pertama kali pada PRU12 dan kalah pada PRU13. Ingat balik tahun 1990 kita tinggal satu kerusi Dun Tokai yang disandang Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor yang ketika itu Presiden PAS. Tetapi kita tetap bangun walaupun masa itu kita rasa hiba, dukacita kerana dapat satu dari 36 Dun sedangkan tahun itu Kelantan menang semua Dun dan Parlimen. Kita bangun masa itu mengorak langkah, susun atur kita untuk hadapi pilihan raya berikutnya walaupun 1995 kita hanya menang dua Dun sahaja iaitu Tokai dan Sala yang pertama kali ditandingi Ustaz Azizan Abdul Razak, itupun menang tipis tidak sampai 200 undi majoriti. Kita terus susun, tidak pernah jemu harap pada Allah sehinggalah pada 1999 kita menang 12 kerusi Dun dan kekuatan kita bertambah.

Bagaimanapun 2004 kita kehilangan 7 kerusi daripada 12 Dun. Kita mulakan dengan 5 Dun untuk masuk 2008 kita menang 16 Dun dan dapat bentuk Kerajaan Negeri Kedah buat pertama kali sejak 50 tahun perjuangan PAS.

Minta Dato' berikan sedikit taujihat sebagai suntikan untuk teruskan usaha kita

Perjuangan dalam PAS ini perjuangan yang berterusan selagi nadi masih bergerak, darah masih mengalir, jika diarah pimpinan, kita kena tetap lakukan. Kekalahan bagi seorang pejuang bukanlah kalah dalam pilihan raya. Selesai PRU13, akan datang PRU14, dan akan datang PRU15, serta berikutnya. Kekalahan bagi seorang pejuang apabila dia menolak atau mengabaikan amanah dan tanggungjawab diberikan jamaah melalui pimpinan, itulah kekalahan sebenarnya.

Oleh kerana itu, JPN menyeru ahli-ahli penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak kecewa atau putus asa malah tidak berdukacita terhadap kekalahan ini.

Kita terima dengan hati terbuka dan sebelum kita cari sebab-sebab kekalahan, kita cari dan muhasabah diri sendiri di mana kelemahan, kekurangan, kesilapan terhadap strategi hinggalah kita hilang kerajaan di negeri Kedah sedangkan negeri lain dapat meningkatkan sokongan rakyat. Oleh kerana itu, ahli-ahli dan penyokong PAS mesti menyusun atur gerakerja dan strategi kita, kerja kita supaya PRU14 kita lebih tersusun, sistematik dan teguh wala' menjalankan amanah dari kepimpinan. Tidak bermakna selesai PRU ini kita senang buat kerja lain kerana kerja pilihan raya ini sebenarnya adalah bermula selepas PRU.

Saya memohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan dan kelemahan saya serta AJK JPN dalam mengendalikan PRU13. Untuk pengetahuan ramai, pasukan ini jugalah yang mengendalikan PRU12 dahulu sehingga kita menang menubuhkan kerajaan.

Malah untuk PRU13 ini kita perbesarkan lagi, petugas kita tambah tetapi Allah tetap tidak beri kemenangan kepada kita. Pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk kita selidik dan kita cari kenapa tidak diberi kemenangan kali ini sedangkan semua peringkat bekerja keras. Kita terima dengan penuh keredhaan..wartautara.com



http://www.wartautara.com

Coretan anak Ahmad Basri berkenaan mantan MB Kedah

Posted: 10 May 2013 06:00 PM PDT

Ustaz Azizan yang kukenali

Ahmad Husni Ahmad Basri,

USTAZ AZIZAN yang kukenali.. Beliau mempunyai jiwa kebapaan yang tinggi.. Sekarang beliau masih kritikal di Hospital PPinang dgn kaki dah kudung ke paras lutut.. 2 hari lalu, begitu ramai orang beria ia menyebar khabar angin bahawa xMB Kedah, Ust Azizan dah mati.. Kasihan insan tokoh pendidikan ini yg dah berjasa membangunkan Insaniah sehingga menjadi Universiti dan Kolej Sains Pulau Tuba walau baru sepenggal menjadi Master Chef Kedah..

Ini kisah yang aku janji nak cerita.. Ayah aku, Dato' Paduka Hj Ahmad Basri, Pengurus bola Kedah yg dikenali ramai, meninggal dunia pada 15 Julai 2008... Ustaz Azizan adalah antara orang pertama yang sampai ke rumah Ibu ku dan mengarahkan agar ruang disusun bersesuaian utk dikunjungi ramai orang, dan gambar yg tak bersesuaian agar diturunkan dari dinding. Terpegun adik adik aku dgn kunjungan itu.. Kemudian baru lah MB Kedah ini ke hospital melihat jenazah bapa aku yang masih di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. Aku pula masih di Mesir dan sedang berusaha mencari flight pulang ke Kedah.. Sungguh prihatin MB Kedah ini, walaupun Ayah aku adalah orang UMNO..


Satu kisah lagi berlaku di tahun 2010... MB Kedah dan beberapa EXCO termasuk pegawai kanan Kedah Civil Services, serta pengurusan Insaniah berkunjung ke Jeddah dari Mesir. Ada di kalangan rombongan nya adalah org UMNO kawan Ayah aku yg telah bisikkan kpd Ustaz Azizan bahawa anak Dato Basri ada bekerja di Jeddah.. Maka aku ditelefon oleh seorang staf konsulay bahawa MB Kedah nak jumpa aku..

Bila mengadap Ustaz Azizan ketika beliau sedang mempengerusikan mesyuarat, maka beliau bertanya aku, "Mak dan adik adik ok ka di Aloq Setaq? Rumah mak tu mungkin diambil utk besarkan jalan Sultanah, kalau terpaksa diambil, jangan lah marah.. Pampasan akan dikira sebaik mungkin. Dok balik Aloq Setaq dak? Balik noo, jengok jengok.. Ayah dah tak dak.. Tak pa, mai dok, saya nak tanya bab pelancongan.. Awat Arab banyak di Langkawi saja.. Apa usaha yang Kerajaan Negeri boleh bantu untuk Arab mai Tanah Besar Kedah.. Aloq Setaq Gunung Jerai dll..."

Terpegun kakitangan konsulat melihat seorang bergelar YAB MB Kedah menghentikan mesyuarat utk bertanya hal kpd seorang anak Kedah yang dianggap semua nya macam anak anak dia juga..

Ustaz Azizan mmg mulia akhlak nya.. Dan mmg dia keras sikit.. Org Kedah kata perongoih sikit.. Elok la tu.. Kalau lembik sgt org boleh pijak kepala.. Takut bini atau biar anak menantu balun projek...

Kini Ust Azizan bukan lagi MB... Malah bergelut antara hidup mati.. Kaki dah kudung sampai paras lutut.. Tak boleh dah nak berjalan sendiri mcm dulu.. Itu pun jika sembuh.. Doakanlah agar Allah swt melanjutkan usia beliau.. Kini rakyat Kedah dah sedar betapa murni nya hati para ulamak yg ikhlas bekerja untuk rakyat. Sanggup Ust Azizan memberi nasihat kepada Mukhriz yg masih muda.. Demi agama bangsa dan negara..

Doa aku adalah untuk semua kita rakyat Malaysia.. Berlaku adil lah sesama kita.. Ingat lah hidup ini hanya sementara..

Sekian.. Terimakasih kerana membaca.. (Dipetik dari Facebook penulis)

Mari berdoa untuk Ustaz Azizan

Posted: 10 May 2013 05:05 PM PDT


MUHAMAD MAT YAKIM (sinar harian)
10 Mei 2013

PAGI kelmarin, hati saya diceriakan oleh berita akhbar mengenai pertemuan Datuk Mukhriz Mahathir dengan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang ketika itu sedang dirawat di Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar. Pertemuan mereka berlangsung petang sebelumnya.

Dalam berita yang baru saya baca itu, dilaporkan Azizan berpesan kepada penggantinya, Mukhriz untuk memastikan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) dan Maktab Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri yang baru.

Bukan pesanan itu saya anggap istimewa tetapi kesediaan Mukhriz untuk menziarah Azizan yang sedang uzur sebagai tanda hormat, mendapatkan pandangan dan nasihat walaupun masing-masing berbeza pendirian politik, bagi saya cukup luar biasa!

Meskipun kunjungan itu mungkin biasa bagi sesetengah orang, namun dalam konteks politik apa lagi ketika kesan pilihan raya masih berbahang, apa yang dilakukan Mukhriz membawa nilai dan makna tersendiri bagi mereka yang mahu melihat peristiwa itu dari kaca mata perpaduan.

Bukan kita tidak pernah dihadapkan dengan cerita pertentangan antara yang mengganti dengan yang diganti termasuk sama parti. Saya masih tidak lupa apa yang berlaku di Kedah sembilan tahun lalu.


Lalu apa yang dilakukan oleh Mukhriz, juga kesediaan Azizan untuk menerima baik kunjungan 'seteru' yang baru menumbangkan kerajaannya, adalah cerita yang sangat besar bagi saya. Ia tentu dianggap besar juga oleh ramai orang lain yang ternanti-nanti akan episod perpaduan dalam politik Melayu di sebalik fenomena 'tsunami Cina' pada pilihan raya lalu.

Mukhriz membawa penampilan yang segar dalam gaya baru berpolitik yang boleh dijadikan sandaran untuk masa depan politik orang kita.

Manakala Azizan sememangnya diketahui sering bersikap terbuka terhadap pemimpin Umno hingga keterbukaan itu turut membuka dadanya sendiri untuk dijadikan sasaran oleh pihak yang menentangnya dalam Pas.

Mereka berusaha menjatuhkannya dengan tohmahan kononnya dia melebihkan orang Umno daripada orang Pas sendiri dalam pentadbiran negeri.

Azizan tetap Azizan!

Sebagai orang terpelajar, dia tidak mudah tunduk kepada budaya politik sempit. Berbekal didikan langsung daripada Datuk Fadzil Noor, istiqamah Ustaz Azizan tidak harus diragui meskipun dia sering menunjukkan sikap yang lunak dan mesra terhadap seteru politik.

"Di Kedah, Pas dengan Umno seperti adik abang," demikian dia pernah kata ketika kami bersembang di pejabatnya dua tahun lalu. Ustaz Azizan menyatakan itu ketika saya tanya mengenai kemesraannya dengan Ketua Pembangkang Dun Kedah, Mahdzir yang sering saya lihat hampir berpelukan setiap kali berjalan keluar dari sidang Dewan Negeri.

Dalam saya melayan perhatian terhadap berita istimewa itu, tiba-tiba telefon bimbit berdecit: Ustaz Azizan tenat di Hospital Pulau Pinang!

Serta merta rasa sebak menyerbu dada.

Saya segera hubungi setiausaha politiknya, Sanusi dan diberitahu, bekas MB Kedah itu memang dalam keadaan kritikal akibat komplikasi diabetik.

Saya teringat, sehari sebelumnya - pagi 6 Mei - saya diberitahu Helmi Khalid, setiausaha akhbar Azizan bahawa bosnya itu berada di KMC untuk menjalani rawatan kaki.

Rupa-rupanya luka kecil - sebagaimana yang disebut Helmi - di kaki bekas MB Kedah itu yang dibiar lama, bertangguh untuk berjumpa doktor kerana kesibukan berkempen sebelum pilihan raya, telah melarat hingga menyebabkan dia terpaksa ditahan di wad.

Masalah diabetik Azizan sememangnya sudah berada pada tahap yang agak serius.

Petang 6 Mei, saya difahamkan memang ada usaha daripada pihak Mukhriz untuk MB Kedah yang baru itu menziarahi Azizan di KMC selepas upacara angkat sumpah di Istana Anak Bukit.

Namun hasrat itu tidak kesampaian apabila proses rawatan yang dijalani Azizan pada petang itu menghalang.

Ketika catatan ini ditulis petang semalam, saya dapat SMS memaklumkan Azizan akan jalani pembedahan major berikutan keadaannya yang agak kritikal.

"Kalau hang nak balik mai pun eloklah. Aku tau hang rapat dengan dia," kata rakan lama saya, seorang doktor dalam pasukan petugas yang merawatnya.

Rapat? Tidak, hubungan saya dengan Azizan bukanlah rapat. Malah saya percaya, dia tidak ingat pun nama saya. Sepanjang dia jadi MB Kedah, hanya beberapa kali sahaja kami bertemu.

Namun bagi saya, sanjungan kepada seseorang pemimpin tidak harus bersyarat. Jangan kita menyanjung hanya apabila kita dikenali secara peribadi. Sebagai pemimpin, mereka tentu ada terlalu ramai kenalan untuk diingat kesemua nama.

Jadi itu bukan halangan bagi saya untuk menyanjung Azizan. Apa yang saya tahu, setiap kali tulisan saya mengenainya disiarkan, Azizan pasti bertanya kepada rakan setugas di Alor Setar, Roslinda:

"Ni sapa pulak yang dok tulih merapu pasai saya ni?"

Lalu dijawab oleh Roslinda: "Lhaa Datuk Seri, Che Mat yang tulih tu. Che Mat orang Mahang, Kulim tu..."

"Oh, dia ka, kirim salam kat dia. Habaq kat dia, jangan dok tulih cerita merapu pasai saya," balasnya sambil tertawa. Apa yang dimaksudkannya sebagai 'merapu' ialah tulisan saya yang ada unsur pujian terhadapnya.

Difahamkan, dia pernah memarahi pegawai-pegawainya kerana tidak memperkenalkan saya kepadanya ketika kami sama-sama hadir satu majlis anjuran Pejabat Menteri Besar Kedah di Petaling Jaya, empat tahun lalu.

Puncanya apabila Roslinda beritahu Azizan mengenai kehadiran saya di majlis yang dihadirinya itu hingga dia bertanya kepada pegawai-pegawainya: "Awat hang pa tak bawak dia (saya) mai jumpa aku!"

Selain itu, saya juga sampai mati tidak akan lupa peristiwa 'dimarahinya' ketika sedang melangkah masuk ke pejabatnya di Wisma Darul Aman pada suatu tengah hari dua tahun lalu untuk satu pertemuan tanpa temu janji.

"Assalamualaikum Ustaz, minta maaf saya mai ganggu Ustaz tengah sibuk ni," kata saya ketika berada di muka pintu.

"Alaikum salam, dah hang tau saya sibuk, hang dok mai buat apa?" jawab Azizan yang menyebabkan saya saling pandang memandang dengan setiausahanya dengan muka masam-masam manis.

Memahami itulah cara dia bergurau, kami kemudian bersembang mesra di meja kerjanya sebelum beralih ke meja makan.

Walaupun kena marah awalnya, saya hanya melangkah keluar dari pejabat Azizan selepas hampir dua jam 'mengganggunya'.

Walaupun kerajaan telah bertukar di Kedah, saya yakin semangat yang dibawa Azizan tidak akan berubah.

Mukhriz dalam lawatan ke Seri Mentaloon pagi semalam menyatakan komitmen untuk meneruskan usaha baik Azizan menjadikan kediaman rasmi itu sebagai pusat kuliah agama mingguan untuk rakyat Kedah.

Azizan kini bukan lagi menteri besar.

Namun saya percaya, dia akan sentiasa dekat di hati rakyat sebagai pemimpin yang berjiwa bapa.

Marilah kita sama-sama berdoa untuknya, yang telah menunjukkan teladan perpaduan yang baik dalam kancah politik yang telah banyak memecah belah bangsa dan umat kita mutakhir ini.

Coretan pengundi saluran 3 - In Shaa Allah PRU14 kami akan kembali..!!

Posted: 10 May 2013 08:40 AM PDT

Nukilan Pengundi saluran 3,

Saya adalah salah seorang rakyat malaysia dan sudah menunaikan kewajipan mengundi sejak PRU12. Saya juga adalah generasi muda yang dikaitkan dengan generasi IT dan juga selalu mengikuti suasana politik semasa. Facebook, blog, tweeter,dan lain-lain web menjadi maklumat untuk saya nilai dan analisis.

Dahulunya sebelum cukup umur untuk saya mengundi, saya hanya mendapat maklumat daripada TV dan akhbar perdana. Ketika itu Tun Mahathir adalah Perdana Menterinya. Saya sendiri hampir mempercayai setiap berita yang disampaikan. Tetapi setelah saya membesar, timbul kesedaran bahawa adalah tidak adil untuk mengatakan hanya pembangkan sahaja yang salah. Pemikiran yang rasional akan mengatakan - kenapa tidak dinilai terlebih dahulu maklumat yang ingin disampaikan daripada kedua-dua belah pihak. Kalau di mahkamah sekalipun, hakim tidak terus menjatuhkan hukuman kepada tertuduh dan hanya mendengar serta memihak kepada pendakwa setiap masa, sebaliknya didengari dahulu hujah, alasan serta melihat bukti dari kedua-dua belah pihak.

Begitu juga siaran tv dan akhbar pada hari ini. Walaupun saya tidak begitu arif dalam politik, di situ pun sudah cukup untuk saya menilai ketidakadilan yang berlaku pada hari ini dan era pemerintahan beberapa orang PM terdahulu. Tidak kira apa pun alasan, itulah ketidakadilan yang sentiasa berlaku di hadapan mata. Hal inilah mungkin tidak dapat dinilai dengan betul oleh sebahagian rakyat malaysia terutama orang kampung, pak cik dan mak cik, penjawat awam, dan sesiapa sahaja yang hanya bergantung kepada maklumat daripada melihat TV dan akhbar pro umno. Mereka gagal untuk menilai kezaliman kerajaan terhadap rakyat untuk mendapatkan maklumat yang seadilnya daripada kedua belah pihak.

Saya juga akhirnya sedar bahawa bahawa pemikiran dan pemahaman bahawa Umno itu adalah kerajaan dan kerajaan itu adalah Umno adalah sesuatu yang tidak betul. Inilah pemahaman saya yang wujud sejak zaman 90-an lagi. Mana boleh sedemikian? Terpulanglah kepada saya untuk memilih mana-mana parti sekalipun. Hal ini kerana, apabila parti itu yang menang maka dialah yang akan membentuk kerajaan dan mentadbir negara.

Apabila tiba pilihan raya, undilah mana-mana parti yang menjamin masa depan anda. Dan saya tidak pernah dengar, undilah kerajaan BN, kerajaan Pas, kerajaan DAP atau lain-lain kerjaan untuk masa depan anda. Pengundi perlu memilih satu parti atau pakatan sahaja untuk diundi, bukan satu kerajaan untuk diundi. Tetapi itulah yang berlaku di kampung saya ke atas mak cik dan pak cik. Katanya saya tidak mengenang jasa kerajaan. Siapa kerajaan bagi mereka? Umno lah kerajaan,dan kerajaan itulah Umno. Tidak boleh pilih lain dari kerajaan (Umno).

Namun, generasi saya yang kebanyakannya telah celik maklumat telah memilih parti yang mereka sedar dan tahu akan membela masa depan negara. Hanya generasi dahulu yang masih lagi bergantung maklumat daripada media arus perdana yang dikuasai Umno akan menjadikan kerajaan hari ini terus berkuasa.

No comments:

Post a Comment