KedahLanie.info

KedahLanie.info


PR perintah Kedah rata padang Najib ceramah, mai BN sekat habis! Ni negeri demokrasi ka negeri Komunis?

Posted: 19 May 2013 06:30 AM PDT


MUKHRIZ DAH JADI KADOK NAIK JUNJUNG!

Masa Pakatan perintah Kedah PM Datuk Seri Najib pernah datang berceramah politik di Stadium Sultan Abdul Halim, Stadium Mini Guar Chempedak, Stadium Mini Pendang... Stadium Sultan Abd Halim Suka Menanti paling banyak program anjuran UMNO, BN dan Perkasa pun pernah mai ceramah. Datuk Mat Bashah pernah buat program kat Dewan KUIN Mergong, BN Kedah banyak kali buat program dalaman parti depa kat Dewan Wawasan, Jitra, Dewan City Plaza MBAS. Kalau BN guna semua tu kena bayar sewa, PR yang jadi kerajaan pun bayar sewa jugak... yang penting kerajaan PR dulu tak pernah halang mana-mana pihak anjur program politik masing-masing sebab itu model demokrasi yang nak dipamerkan.

Tok Mat Bashah sepanjang 5 tahun jadi ADUN pembangkang dulu jadikan premis penghulu mukim Mergong, pun kerajaan negeri tak pernah halau. Sebahagian besar balairaya milik kerajaan negeri dipegang oleh JKKKKKKP kerajaan negeri tak kalut ambik balik, sebab tak mau kecoh-kecoh.
Tapi mai Mukhriz perintah dua minggu dah mula jadi Kaduk Naik Junjong, memijak mati terus lunas-lunas demokrasi di negeri ini. PR nak sewa padang Stadium Suka Menanti untuk buat himpunan, tolak mentah-mentah.

Malang rakyat Kedah, depa harap bila berubah kerajaan keadaan bertambah baik rupanya sedang menuju pemerintahan kuku besi.. awat hangpa nak perintah negeri ni ala komunis ka hapa?? [KedahLa]

PRU13, kemenangan milik siapa?

Posted: 19 May 2013 06:00 AM PDT

Penulis Tamu Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM AHMAD LUTFI

HARAPAN lebih 50 peratus rakyat Malaysia secara umumnya tidak kesampaian pada 5 Mei lalu apabila keputusan PRU13 memihak Barisan Nasional (BN) pada peringkat Persekutuan apabila memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang mendapat 89 kerusi Parlimen.

Begitu juga di negeri-negeri seluruh Malaysia kecuali Sarawak (yang telah mengadakan pilihan raya negeri sebelum ini) yang mempamerkan prestasi BN mampu mengekalkan kuasa di sembilan buah negeri selain merampas semula Kedah yang sebelum ini dikuasai oleh Pakatan, manakala Pakatan dapat mengekalkan kemenangan bergaya di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang dengan majoriti 2/3 di kesemua negeri yang dikuasai mereka.

Sekali imbas, BN dapat mengekalkan pengaruhnya di kebanyakan tempat di Malaysia walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi dakwaan dakwat kekal yang "tidak kekal", pengundi Bangla, 'blackout' dan sebagainya selain berdepan tentangan yang amat sengit daripada lawannya oleh Pakatan melalui kempen-kempen yang telah dijalankan sepanjang 15 hari kempen pilihan raya yang disifatkan sebagai "ibu segala pilihan raya".


Namun hakikat yang perlu ditelan oleh BN ialah mereka sebenarnya kerajaan tidak popular buat pertama kali dalam tempoh 56 tahun Malaysia merdeka apabila statistik SPR menunjukkan undi popular BN hanya 46 peratus berbanding undi popular kepada Pakatan mencecah 50.3 peratus, fakta yang sebenarnya amat mengejutkan majoriti rakyat Malaysia jika dibandingkan dengan kekuasaan BN yang tetap kekal di puncak kuasa.

Pakatan akan mengemukakan petisen terhadap SPR di mahkamah selepas keputusan PRU13 diwartakan kerana terdapat beberapa alasan yang munasabah bagi mencabar kemenangan BN di beberapa tempat. Siapakah sebenarnya menguasai PRU13 dan isuisu berkaitan yang menimbulkan kemelut yang kian menampakkan bibit-bibit keraguan antara kaum mula ditimbulkan.

Seperti biasa, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo yang sedia maklum merupakan akhbar "kempen" BN telah memainkan sentimen perkauman hanya dua hari selepas PRU13 iaitu memaparkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" dan "Pengundi Cina bersikap talam dua muka". Hal ini sebenarnya mencabul etika akhbar yang menjadi santapan rakyat setiap hari.

Sewajarnya akhbar memainkan peranan sihat dan adil dalam melaporkan sesuatu berita kerana rakyat berhak tahu akan situasi sebenar yang berlaku, namun akibat sudah alah bisa tegal biasa, Utusan Malaysia dan Kosmo sudah tidak peduli akan semua itu dan terus sahaja memperalat perasaan rakyat Malaysia dengan menggunakan pendekatan prasangka buruk dan serkap jarang dalam setiap laporan yang dipaparkan.

Umum mengetahui sokongan pengundi Cina meliputi hampir 30% daripada komposisi kaum di Malaysia tidak memihak kepada BN dan menyokong penuh Pakatan, tetapi media di Malaysia yang pro-BN telah melaporkan kononnya "tsunami Cina" dan dipengaruhi oleh fitnah Pakatan telah mengakibatkan BN tewas di kebanyakan tempat.

Hal ini adalah auta dan disangkal sama sekali. Sedikit fakta yang dipetik daripada kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur sebelum ini ingin disorot bagi menjelaskan kedudukan sebenar pengundi Cina di Malaysia.

Daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti. Walaupun Pakatan berjaya memperoleh kesemua undi Cina dalam kerusi-kerusi ini, ia hanya akan memenuhi 15% kerusi Parlimen.

Selain itu, di 55 kerusi Parlimen, pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi.

Meskipun Pakatan mampu memperoleh 80% undi Cina dalam kerusi- kerusi ini, ia masih memerlukan di antara 35% hingga 40% sokongan daripada komuniti yang lain untuk memenangi kerusi-kerusi ini.

Secara keseluruhannya, hanya ada 89 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi. Jika ditakdirkan Pakatan memenangi kesemua kerusi Parlimen ini sekalipun, ia hanya akan membentuk 40% jumlah kerusi Parlimen, yang jelas tidak cukup untuk mencapai bilangan majoriti kerusi parlimen yang memerlukan minimum 112 kerusi untuk dimenangi.

Fakta PRU13 antaranya menyaksikan Parlimen Kota Raja di Selangor mewakili suara rakyat pelbagai kaum (44% Melayu, 25% Cina dan 29% India). Di sini melihatkan pertandingan empat penjuru antara penyandang daripada Pakatan- PAS, Dr Siti Mariah Mahmud'; BNMIC, Murugesan A/L Sinnandavar dan dua calon Bebas, Uthayakumar A/L Ponnusamy dan Azman Idrus.

Keputusan pengundi Kota Raja menunjukkan penyandang daripada Pakatan-PAS menang bergaya di kerusi tersebut apabila menambah majoriti sebanyak 29,395 berbanding 20,751 pada PRU12 meskipun berhadapan dengan tiga lagi calon.

Jika dianalisis mengikut trend "tsunami Cina" oleh Utusan Malaysia, mana mungkin Pakatan boleh menang jika tidak mendapat sokongan pengundi Melayu dan India secara bersama dan padu? Inilah fakta yang digelapkan oleh media pro-kerajaan.

Secara mudah, dapat disimpulkan PRU13 ini merupakan tsunami rakyat Malaysia yang inginkan perubahan setelah 56 tahun berada di bawah cengkaman BN yang kian leka dan alpa dengan kuasa yang ada, bukannya tsunami Cina semata-mata!

Kini rakyat di bandar-bandar dan kawasan celik IT dan maklumat sudah bijak membuat pilihan dan tidak menjadikan media nasional dan tradisional sebagai wadah maklumat utama, cuma masyarakat di kawasan luar bandar yang masih lagi dibutakan oleh BN tidak terdedah secara meluas dengan hal ini. PRU13 menyaksikan BN menjadi kerajaan tidak popular 46% dan tidak menjadi pilihan masyarakat bandar.

Percayalah, jika Pakatan berjaya menerobos kawasan kampung dan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak pada lima tahun mendatang, langkah BN akan berjaya dinoktahkan dan Pakatan akan menjadi harapan baharu Malaysia pada PRU14 insya-Allah.

Generasi Y dan Z akan menjadi penentu keputusan PRU14 kelak.

Itulah generasi kami semua yang lahir pada tahun 1992. Suara rakyat suara keramat!

[TERKINI] Penurunan Harga Minyak di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat

Posted: 19 May 2013 05:30 AM PDT

Terkini!!!  
 
Pakatan Rakyat hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak 50 sen se liter, di semua stesen minyak yang terletak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Negeri negeri yang terlibat adalah Pulau Pinang, Kelantan dan juga Selangor.
Perkara ini disahkan oleh setiausaha Pakatan Rakyat negeri selangor, selepas selesai sahaja Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam sebentar tadi.
Majlis Presiden dalam Mesyuarat nya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.
Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut walaupun tidak menpunyai no pendaftaran negeri Pakatan Rakyat.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1.Minyak Angin
2.Minyak Senyonyong
3.Minyak Gamat
4.Minyak Dagu
5.Minyak Pengasih.

Hihihi...selingan malam AHAD....jangan marah LAWAK AJE...!!!!!

Terima Kasih sahabat Bekas-bekas GENG PENERANGAN NEGERI KEDAH..!!!!

Posted: 19 May 2013 05:00 AM PDT


Photo: Alhamdulillah sejak dua menjak nie KAMI PARA ADMIN KEDAHLANIE rasa berbangga kerana banyak cerita dan tulisan mengenai UST AZIZAN akan kebaikan dan kerja buat dia selama ini.. namun pada kami ini semua sudah terlambat...sudah berkali2 ADMIN UTAMA kami menyuruh perbanyakan kisah dan gerak kerja mantan MB dizaman pemerintahan dahulu...update selalu fb beliau dengan cerita2 santai... spt fb TG NIK AZIZ & KHALID...tapi nak buat camna selepas REBAH baru pakat nak buat blog nak update fb nak tulis dan nak mengarang...aduhai nasib nasib....masa org dok habaq tak mau dengaq...bila kalah kita pulak disalahkan REDHA ajelah... SENYUM...
Alhamdulillah sejak dua menjak nie KAMI PARA ADMIN KEDAHLANIE rasa berbangga kerana banyak cerita dan tulisan mengenai UST AZIZAN akan kebaikan dan kerja buat dia selama ini.. namun pada kami ini semua sudah terlambat...

sudah berkali2 ADMIN UTAMA kami menyuruh perbanyakan kisah dan gerak kerja mantan MB dizaman pemerintahan dahulu...update selalu fb beliau dengan cerita2 santai... spt fb TG NIK AZIZ & KHALID...

Tapi nak buat camna selepas REBAH baru pakat nak buat blog nak update fb nak tulis dan nak mengarang...aduhai nasib nasib....masa org dok habaq tak mau dengaq...bila kalah kita pulak disalahkan REDHA ajelah... SENYUM...

Alhamdulillah... Pereka Fesyen Calvin Thoo memeluk agama Islam

Posted: 19 May 2013 03:59 AM PDT

Alhamdulillah, seketika di jemput utk bersama di majlis pengIslaman pereka fesyen terkenal Calvin Thoo yg memilih agama yg indah ini..turut bersama Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi.. memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..
Alhamdulillah, seketika di jemput utk bersama di majlis pengIslaman pereka fesyen terkenal Calvin Thoo yg memilih  agama yg indah ini..turut bersama Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi.. memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..

Nantikan Jaguh-jaguh perdebatan baru di Parlimen

Posted: 19 May 2013 03:30 AM PDT



Oleh Mohd Sayuti Omar

Pastinya sidang parlimen penggal ke-13 yang dijangka bersidang bulan depan tidak akan kalut dengan juahan dan bangkangan membuta tuli dari beberapa bekas orang ahli parlimen yang dianggap pengacau sidang dan sekaligus menjadikan parlimen riuh randah laksana pasar ikan.

Orang seperti Inchek Ibrahim Ali, orang itu, bekas MP Kulim ― Bandar Baru, Zaharain Hashim, Gobalakrishan atau Wee Chee Keong adalah bekas ahli parlimen yang mahu menjadi hero dan alat kepada UBN.

Mereka asalnya mewakili Pakatan Rakyat tetapi separuh jalan "menungging punggung" kepada Pakatan Rakyat bahkan membaling tahi kepada mereka yang berjasa dan berbudi kepada mereka termasuk memberi laluan dan restu bertanding atas lambang parti. Apa dilakukan mereka adalah untuk mengambil hati Najib Razak dan UBN agar memberi sesuatu habuan kepada mereka.

Mereka ini adalah orang-orang yang boleh "diciskan". Mereka bukan saja tidak ada moral politik tetapi sebenarnya tidak pernah menghormati demokrasi dan amanah rakyat kepada mereka. Cis 44 kali.


Ada yang juga yang terpaksa berpaling tadah kerana dikejar jenayah yang mereka lakukan sendiri. Jadi untuk menyelamatkan diri mereka sanggup menjilat ludah dan "menggetel telor" pemimpin UBN. Ada juga yang sanggup menggunting lidah sendiri di akhirat besok semata-mata untuk mempertahkan kedudukan sebagai ahli parlimen. Sidang parlimen kali ini tanpa mereka. Mereka semua kalah dalam pilihan raya lalu atau tidak diberi peluang bertanding langsung. Inchek Ibrahim Ali yang kononnya bisanya sampai ke telinga, dihumban pengundi Pasir Mas, kalah sehinggakan makan pasir kepada lawan yang dianggap sebagai "anak kera Pulau Melaka" dengan kekurang undi sebanyak 8,047.

Selain bekas-bekas MP cabuk itu sudah tidak ada lagi di dewan, beberapa MP Umno mulut berus dan cakap besar juga sudah tidak ada lagi. Dari Umno Abdul Aziz Mohamad wakil Seri Gading, Johor sudah tidak ada. Tajuddin Rahman pula yang sering menunjukkan muka bengis dan hidung "bercengik" juga tidak akan galak lagi kerana beliau dinaikkan pangkat menjadi timbalan menteri. Begitu juga Rahman Dahlan yang dijadikan peluru untuk serang Anwar Ibrahim tidak akan dapat dijadikan bullet lagi kerana dia dinaikan pangkat menjadi menteri. Kedudukan itu agak canggung untuk mereka bertindak menjadi penjerkah atau pengampu yang penuh lemak dan perut labuh di parlimen.

Yang ada hanya Bung Mokhtar Radin dari Kanabatangan Sabah.

Mungkin kehilangan mereka itu kita tidak terasa bahkan mujur. Mudah-mudahan sidang parlimen tanpa mereka tidak akan jadi kalut dan membentuk parlimen menjadi sarkas. Mudah-mudahan parlimen akan datang benar-benar terjaga akan kemuliaanya. Tetapi ketiadaan orang-orang seperti Sallahuddin Ayub, Saifuddin Abdullah, Saifuddin Nasation Ismail, Azan Ismail menjadikan sidang kali ini kurang bertenaga. Kita tidak dapat mendengar lagi perbahasan mereka yang sarat dengan fakta dan berkualiti dan senantiasa dinanti-nanti oleh pegawai kerajaan dan pengikut sidang parlimen.

Ketiga-tiga mereka tews dalam pilihan raya lalu. Salahuddin yang sebelum ini menjadi anggota parlimen Kubang Kerian, Kelantan tewas di parlimen Pulai, Johor. Manakala Saifuddin Nasution Ismail bekas anggota Parlimen Machang pula tewas di Kulim ― Bandar Baru. Begitu juga Azan Ismail yang tidak lagi bertanding di kerusi parlimen, berpindah ke kerusi state Terengganu, menang.

Sayang sekali. Tetapi apa boleh buat, semua terletak ditangan pengundi. Pengundilah yang menentukan apakah mereka masuk atau tidak ke parlimen. Betapa pun mereka diperlukan untuk menjadi pembahas dan kritikus parlimen yang baik tetapi kerana kehebatan mereka itu tidak dinilai pengundi, maka mereka tertinggal. Kekalahan mereka sedikit sebanyak menghilangkan keceriaan parlimen kali ini.

Bagaimana pun kata orang, yang hilang akan berganti, yang patah akan tumbuh. Ketiadaan mereka pasti akan berganti. Beberapa muka baru yanhg mulai melangkah ke perlimen sebagai anggota dewan diharap dapat menyambung tugasan dan tanggungjawab kekawan mereka yang tiada dalam dewan. Kehangatan dewan dengan suara mereka yang membawa suara dan aspirasi rakyat akan dapat diteruskan oleh muka-muka baru.

Antara muka baru yang dirasakan akan menjadi ahli parlimen berwibawa ialah Mohd Rafizi Ramli (Padan), Hanifa Maidin (Sepang) Takiyuddin Hassan (Kota Baru), Idris Jauzi (Batu Pahat), Idris Ahmad (Bukit Gantang) dan juga Shamsul Md Akin (Bukit Katil). Kebetulan kesemua mereka adalah profesional. Rafizi merupakan pengarah Strategfi PKR kelulusan sebagai akauntan yang banyak mendedahkan isu penyelewengan UBN. Salah satu isu yang sebati dengan Rafizi ialah pendedahan projek NFC.

Idris Jauzi bekas pegawai kerajaan begitu juga Idris Ahmad bekas pensyarah dan pendakwah. Kedua mereka banyak pengalaman. Manakala Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul Iskandar pula ketika-tika mereka adalah peguam yang berpengalaman.

Teruyamanya Takiyuddin bekas anggota Exco Kelantan akan menggunakan pengalamannya sebagai anggota Exco untuk berhujah dan membawa idea-idea baru di parlimen. Sebagai peguam sudah tentu Takiyuddin, Hanifa dan Shamsul akan menegakkan keadilan dan kebenaran di parlimen. Mereka akan menjadi pengkirtik berwibawa terhadap mana-mana tindak tanduk kerajaan yang tergelecah dari perundangan dan perlembagaan.

Sudah tentu kehilangan Sallahuddin, Saifuddin Nasution dan Azan akan diganti oleh mereka. Mereka yang baru ini akan memperkuatkan barisan pembangkang dengan ahli parlimen yang sedia ada seperti Mohamed Azmin Ali, Mahfuz Omar, Tony Pua, Tian Chua, Nurul Izzah dan lain-lain. Sudah pasti Nurul Izzah yang menang menewaskan menteri akan menjadi heroin di parlimen.

Selain mereka berlima terdapat beberapa muka baru yang lain. Mereka ialah Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, (Pasir Mas) Marzub Shaari (Bachok) dan juga Nasdaruddin Hassan. (Temerloh). Kebetulan mereka adalah dari Dewan Pemuda PAS. Mereka sudah dikenali sebagai penceramah dan da"i di dalam PAS tetapi kewibawana mereka sebanarnya akan diuji di dalam parlimen.

Apakah mereka akan hadir ke parlimen setakat mendengar dan angguk, ataupun membaca beberapa hadith dan ayat-ayat Quran untuk mematahkan hujah pihak kerajaan dari konteks agama? Atau mengemukakan pandangan berupakan konsep atau pun idea-idea progresif dari akar Islam untuk membangun agama dan negara?

Kita berharap mereka bukan beretorik atau pun sekadar memberi ingatan dan pesan agar solat, jangan tinggalkan puasa ataupun sekadar menceritakan hikmah dan filsafah Haji dan Umrah ataupun membentangkan kehebatan syaksiyah para Rasul dan Umur Ibnu Aziz seperti di pentas-pentas ceramah fardu ain atau kuliah Maghrib. Kita mahu mendengar apakah pandangan mereka untuk membaik-pulih pentadbiran negara, ataupun lebih diharapkan mengemukakan formula konkrit ke arah perpaduan sejagat. Hujah dan idea mereka untuk mengatasi masalah sosial juga diperlukan. Dalam masa sama, apakah mereka dapat bertindak menjadi pembangkang yang bijak dan kreatif.

Lain-lain muka baru seperti Dr Izani Hussein dari Pengkalan Chepa, atau Wan Hassan dari Dungun Terengganu dan lain-lain juga diharap jangan setakat mengambil bahagian sekadar mengemukakan soalan bertulis tetapi yang lebih diharap akan mengemukakan soalan tambahan yang boleh menggoncangkan pihak kerajaan.

Sama-sama kita tunggu dan ambil perhatian atas apa yang saya perkatakan ini.

Harga Kereta Turun : sedikit demi sedikit...pelan pelan...sambil buat kajian...tup-tup 5 tahun pilihanraya lagi..!!!

Posted: 19 May 2013 02:45 AM PDT

Jamin turun harga kereta
NOOR AZURA SHAHRIL
18 Mei 2013
mustapa_mohamed
Datuk Seri Mustapa Mohamed.
 
SHAH ALAM - Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan aku janji yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi  langkah dan tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan Kabinet yang baru, turut menjelaskan bahawa kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

"Perhatian yang lebih juga akan diberikan kepada dua negeri iaitu  Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita pada taklimat media di sini semalam.

"Ketelusan dalam urus tadbir akan dipertingkatkan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan serta memberi respons yang cepat kepada isu-isu yang dibangkitkan," katanya.

Turut hadir semasa taklimat itu ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru, Ir Hamim Samuri dan Ketua Setiausaha MITI, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria.

Manifesto BN bertajuk 'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 April lalu, berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat  antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Pengumuman itu bagaimanapun dikatakan menciplak manifesto yang dikemukakan Pakatan Rakyat (PR) yang juga membentangkan cadangan dan pelan untuk mengurangkan harga kereta sedikit demi sedikit setiap tahun sebanyak 20 peratus melalui pengurangan cukai eksais yang berada di bawah kuasa kerajaan Malaysia.

PRU13 - RUGI... RUGI.... RUGI......!!!!

Posted: 19 May 2013 12:30 AM PDT


(Puisi) Pak Samad: Ibu Segala Tipu (Mother Of All Frauds)

Posted: 19 May 2013 12:00 AM PDT


Operasi tangkapan halang himpunan balackout 505

Posted: 18 May 2013 11:15 PM PDT


Kebebasan 5 tahun bumi kedah telah di cabul oleh MUKHRIZ diawal pemerintahan BN..!!

Posted: 18 May 2013 10:40 PM PDT

KENYATAAN MEDIA BERTARIKH 19.5.2013

Tajuk : "PKR memanggil MB Muhkriz untuk menghormati hak kebebasan rakyat Kedah untuk bersuara dan berhimpun."

Keengganan MB Muhkriz membenarkan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan hitam 505 di Stadium Suka Menanti pada hari Selesa yang akan datang menandakan hari hitam pertama menuju kemerosotan kebebasan demokratik dalam negeri Kedah untuk lima tahun yang akan datang.

Semasa pemerintahan 5 tahun PR dalam negeri Kedah, tempat-tempat awam seperti Stadium Suka Menanti, dibuka guna kepada semua parti politik, secara bebas tanpa diskriminasi.

Adalah dikesali bahawa MB Muhkriz telah memilih untuk bertindak secara diskriminasi, menyekat hak rakyat Kedah untuk berhimpun secara aman damai bagi meluangkan perasaan mereka, seperti mana yang dijaminkan dibawah Perlembagaan Persekutuan.


Alasan-alasan Muhkriz untuk tidak membenarkan perhimpunan berdasarkan bahawa ucapan-ucapan perhimpunan, yang didakwanya, akan membangkitkan rasa benci terhadap BN, adalah tidak dapat diterima oleh rakyat Kedah, yang mana rakyat Kedah sudah cukup matang untuk membezakan yang mana benar dan yang mana tidak.

Tindakan Muhkriz dengan tidak membenarkan rakyat Kedah berhimpun dalam perhimpunan hitam 505 adalah bertentangan dengan kehendak beratus ribu rakyat yang telah menyertai perhimpunan-perhimpunan hitam 505 yang diadakan di seluruh negara untuk menuntut akauntabiliti terhadap penipuan pilihanraya yang dilakukan semasa PRU-13.

Adalah dikesali, bahawa tindakan terbaru MB Muhkriz menandakan permulaan pemerintahan penindasan dan penghapusan hak-hak dan amalan democratik yang dinikmati oleh rakyat Kedah 5 tahun sebelum ini.

Malah, penolakan permohonan perhimpunan oleh MB Muhkriz adalah satu isyarat kebangkitan satu "mini-Mahathirfiruan" yang sedang bermuncul.

Gooi Hsiao Leung.
Ahli Parlimen – Alor Setar

Keadaan bekas MB Kedah makin stabil

Posted: 18 May 2013 10:30 PM PDT

Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2013
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
GEORGETOWN - Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan beransur pulih, namun belum boleh bercakap.

"Keadaannya masih lemah tapi stabil. Beliau sudah sedar cuma masih lemah.

"Beliau juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

"Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai.

"Setakat ini, tiada perancangan untuk bawanya ke hospital lain. Mungkin beliau akan di HPP sehingga segalanya selesai. Tambahan pula, beliau dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di sini," katanya.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.

Seandainya Malaysia Allah tidak wujudkan Anwar Ibrahim... UMNO BN lah yang paling GEMBIRA..!!!

Posted: 18 May 2013 09:00 PM PDT


( 1 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin tiada Parti Keadilan
( 2 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin Parti PAS dengan Hududnya...
( 3 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin Parti DAP dengan Cinanya...
( 4 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Tiada perkataan Reformasinya...
( 5 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Siapalah yg kenal Zulkifli Nurdin, Azmin Ali... Ezam Kotak, Sidek Baba dan yg sewaktu dengannya...
( 6 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin tiada Pakatan Rakyat...
( 7 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Cina Melayu India mungkin tidak bersatu hati
( 8 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin Tiada perkataan Transformasi BN
( 9 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin tiada BR!M dan yg sewaktu dengannya
( 10 ) Tanpa Anwar Ibrahim... Mungkin UMNO/BN buat sesuka hatinya dengan Wang Rakyat!!! Dan mungkin tiada kebangkitan rakyat!!!

Kalau korang pandang dia dgn sebelah mata...korang renung2kan lah diri korang tu...adakah korang lebih hebat dari insan yang bernama Anwar Ibrahim...TSUNAMI ANWAR IBRAHIM lah yang membuat kebangkitan rakyat menentang KEZALIMAN & PENIPUAN....!!!

Reformasi....!!!
Lawan tetap lawan... Info terkini layari: Ini Kalilah.....

Alhamdulillah... Najib hadiahkan GST untuk rakyat MALAYSIA selepas PRU13

Posted: 18 May 2013 08:30 PM PDT


Nasibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah.

Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.

Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat!

Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD60,500.




http://greenboc.blogspot.com

Pertemuan kedua antara TG Hj Hadi & Ust Azizan di ICU yang penuh sebak..!!

Posted: 18 May 2013 08:00 PM PDT

Drama air mata di wad ICU...

http://sanusisetpol.blogspot.com

Catatan sebelum ini mengundang banyak persepsi, barangkali juga kali ini. Catatan ini ringkas, namun penuh makna bagi pemilik hati yang masih punya nilai keinsanan, apatah lagi nurani yang memahami tasawwur 'amal Islami, menghayati konsep, sistem, rukun dan adab berjemaah dalam sebuah Harakah Islamiyyah.

Pagi tadi, Dr Syamsuri, Setiausaha Politik Presiden PAS menghubungi aku memaklumkan Presiden akan datang menziarahi Ustaz Azizan petang nanti, jam 3.30.  Hati dan perasaan segera lega dan gembira. Presiden PAS yang dikasihi itu, dalam waktunya yang sangat terbatas, akan meluangkan masa sekali lagi, membuat perjalanan jauh, menziarahi sahabat seperjuangan yang sedang mengalami saat-saat sukar dalam hidupnya.
Aku menyambut TGHH di kereta dan membawanya ke wad. Dia segak berjubah hitam berbutang hingga ke bawah, berserban seperti selalu. Wajahnya berseri walaupun nampak penat dengan kesibukannya. Pak Cop dan beberapa kepimpinan PAS Kedah menanti di pintu wad ICU. Dia memberi salam kepada beberapa pengunjung di koridor, terus melangkah laju terus ke bilik Ustaz Azizan.
Assalamualaikum! Suaranya bergetar. Ustaz Azizan dimaklumkan oleh anaknya Solehah, "Ayah! Ustaz Hadi mai..." Wajah Ustaz Azizan nampak berseri, bola matanya meliar mencari suara sahabat dan pimpinannya itu. Ustaz tidak mampu berkata-kata dan bersuara, tiub oksigen dan saluran paip masih menyekat suara dan mulutnya, dia cuba juga mengerakkan bibirnya untuk menjawab salam sahabatnya itu. Kedua belah tanggan terangkat ke paras dada, seolah menyatakan syukur di atas kedatangan itu.

"Bersabarlah, bersabarlah .... Banyakkan zikir dan doa. Hadis menyatakan orang yang bersabar menghadapi sakit akan diberi pahala yang banyak..." Kata TGHH sambil menggenggam tangan Ustaz Azizan. Wajah dan bola mata mereka bertentangan. Suara TGHH bergetar menahan sebak. " Ana datang nak bagitahu, keputusan yang besar bagi anta ini diambil untuk menyelamatkan nyawa anta, nyawa lebih penting dari anggota tubuh (kaki), atas kewajipan itu, kami semua sahabat dan keluarga membuat keputusan membenarkan pembedahan itu" kata TGHH. Ustaz Azizan mengangguk dan mengangkat tangannya sekali lagi seperti mahu kami juga berdoa untuknya. Mulutnya bergerak, namun tiada suara yang keluar.
TGHH memalingkan wajahnya ke belakang, matanya merah, air mata meleleh disebalik kaca matanya. Kami yang berada di situ tiada daya menahan pilu teramat sangat, dada berombak, nafas tersekat dan air mata menitis laju. Keakraban dan kasih sayang antara mereka terserlah memancar dalam pertemuan itu, tiada ayat untuk menzahirkannya. Aku berpaling ke sisi, Pak Cop, Dr Syamsuri, Helmi Khalid,  Doktor dan jururawat turut menangis menekupkan mulut dengan tangan.
TGHH memegang dahi Ustaz Azizan yang saat itu memandangnya. Sambil mengusap kepala sahabatnya, TGHH mengeluarkan kalimat ini... "Bersabarlah... kerja keras anta selama lima tahun pasti Allah akan terima ..... Khalifah Umar Abdul Aziz menjadi khalifah selama dua tahun setengah sahaja, dia diracun dan mati. Anta sempat juga 5 tahun, lebih lama daripada Umar Abdul Aziz, bersyukurlah dan teruskan bersabar!" Kata-kata TGHH ini diucap dalam tangisan, tersekat-sekat dan perlahan. Kami di belakang bagai tertimpa 'segunung rasa hiba'...menjuraikan air jernih tak terkawal lagi.
"Ana akan ke Turkey esok, InsyaAllah ana akan sampaikan salam anta kepada sahabat-sahabat di sana." Kata TGHH perlahan. Ustaz Azizan mengangguk, matanya memandang wajah TGHH, ada aitrmata bertakung di kelopaknya. Aku segera terbayang pertemuan Ustaz dengan sahabatnya Sheikh Yusoff Karocha, penterjemah kitab dan guru kepada Tayeb Erdogan di Turkey. Mereka bertemu penuh keakraban pada Januari lalu.
Ustaz Azizan mengangkat kedua tangannya dalam kepayahan, TGHH membaca doa ringkas dalam bahasa arab, kami mengaminkannya. Pak Cop dan aku mengambil tempat di sisi katilnya, sementara TGHH mendapat penjelasan ringkas Doktor tentang kondisi terkini Ustaz Azizan. " Ustaz berehatlah, kami semua akan terus berdoa untuk Ustaz." Kata Pak Cop dalam esakan tangisnya.
"Ana minta diri dulu, anta teruslah berehat dan banyakkan sabar". Ustaz Azizan cuba menghulurkan tangganya yang masih bertambat beberapa paip dan wayar bersambung ke mesin. TGHH menyambut dan memegangnya. Dia menjengketkan kakinya, membongkok dan mencium dahi sahabatnya yang terbaring itu, agak lama. "Moga anta lekas sembuh!" Katanya dalam esakan.
TGHH menghala keluar. "Terima kasih semua!." Katanya sambil mengangkat tangan kepada Doktor dan jururawat yang sedang teresak kesayuan dalam bilik itu. Dia berhenti seketika, menanggalkan cermin mata dan mengesat air matanya di depan pintu. Aku lihat ramai juga yang menyaksikan pertemuan itu dari depan cermin pintu, turut menangis.
Demikianlah kasih sayang diantara dua tokoh pimpinan PAS yang terbina kerana  Allah, subur dan terus segar untuk mengharungi perjuangan suci ini. Ikatan tulus dari hati yang tersimpul kukuh sejak puluhan tahun lalu itu tidak terlerai, tidak mampu dirungkai oleh apapun, dengan sebab apapun, kerana simpulan itu benar dan ikhlas atas jalan Allah, bukan palsu bukan lakonan. Mereka berdua telah sebalut dalam perjuangan ini.... Air mata masih berjurai saat aku menitikkan nokhtah kepada catatan ini.

Jumlah perbezaan kerusi menteri di negara lain dengan negara kita MALAYSIA..!!!

Posted: 18 May 2013 07:30 PM PDT

 
http://2.bp.blogspot.com/-KFFbY6SdI0k/UZYxSU_BCSI/AAAAAAABfDI/UJz5LhILbsk/s320/kabinet1.jpg
Perbezaan :

USA
penduduk 313.9j
menteri : 18

UK
penduduk: 62.64j
menteri : 23

INDIA
penduduk: 1241juta
menteri : 32

JEPUN
penduduk: 127.8juta
menteri : 16

MALAYSIA
penduduk: 28.9juta
menteri : 35


~ Panduan ~

Inilah Malaysia nak buat majlis kesyukuran pun dikatakan HARAM..!!!

Posted: 18 May 2013 06:47 PM PDT

60,000 banjiri majlis kesyukuran Pakatan di P Pinang

penang save democracy rally 180513 anwar lim guan engWalaupun polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.

Penceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.

"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.

"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.

penang save democracy rally 180513 pakatan leadersBeliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau
apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.

"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.

"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya.

Suka hati Cina lah dia nak undi siapapun

Posted: 18 May 2013 07:40 AM PDT


Oleh Amin Iskandar

Satu keindahan demokrasi adalah pemilihan pemimpin melalui sistem pilihan raya.Melalui pilihan raya, rakyat bebas untuk memilih mana-mana parti atau calon, tidak kira kaum, agama dan ideologi politik seseorang atau satu kumpulan itu.

Inilah fahaman asas demokrasi yang mudah untuk difahami tanpa seseorang itu perlu ke menara gading untuk mendapatkannya. Pilihan Raya 2013 memberi pelbagai erti bagi setiap orang.

Lebih menarik lagi, ianya juga memperlihatkan kebodohan seseorang termasuk yang kita gelar pemimpin negara.

Mana mungkin seseorang yang bergelar pemimpin negara tidak faham tentang kebebasan memilih dalam pilihan raya?

Atau sebenarnya sengaja buat-buat tak faham?


Bagaimana boleh keluar dari mulut seorang pemimpin politik partinya dapat kurang undi kerana berlaku "tsunami Cina"?

Mungkin cara termudah untuk menutup kelemahan sendiri adalah dengan menyalahkan orang lain.

Masyarakat Cina seperti juga Melayu, India, Iban, Kadazan dan ramai lagi bebas untuk memilih sesiapa sahaja yang mereka mahukan dalam pilihan raya.

Menyalahkan sesuatu kaum kerana mahu mengundi calon atau parti politik yang mereka sukai adalah satu penghinaan kepada demokrasi dan sistem pilihan raya itu sendiri.

Jika kebebasan memilih dalam pilihan raya itu menyebabkan kita marah, usahlah melibatkan diri lagi dalam pilihan raya.

Pilihan raya adalah permainan orang-orang yang matang dan gentlemen, bukan untuk anak-anak baru kenal dunia.

Hentikanlah perdebatan "tsunami Cina, Melayu atau India" kerana ia tidak membawa kita kemana-mana.

Lebih banyak lagi perkara yang boleh diperdebatkan dan akan memberi manfaat kepada negara.

Hari ini, ulang tahun ke 44 peristiwa rusuhan kaum 13 Mei yang melanda negara pada tahun 1969.

Rusuhan tidak akan berlaku jika tiada batu-batu api yang mahu mengambil keuntungan daripada pertumpuhan berdarah sebegini.

Batu-batu api seperti ini perlu ditolak mentah-mentah oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), begitu juga seluruh rakyat Malaysia.

Semalam seorang bekas ahli Parlimen yang kalah dalam Pilihan Raya 2013 dan kononnya seorang pejuang Melayu-Islam menulis di akaun Twitternya, "Esok 13 Mei ... ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M'sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh! Mampos Melayu!."

"Ingat 13 Mei, ingat DAP! Ingat 13 Mei, ingat Malai-seh!," tulis beliau lagi.

Apakah tujuan menulis perkara kebencian seperti ini pada malam ke 44 ulang tahun tragedi berdarah 13 Mei?

Diharapkan tindakan dari pihak berkuasa akan menyusul kerana orang seperti ini amat merbahaya untuk keharmonian negara.

Minggu lalu sebuah akhbar berbahasa Melayu arus perdana mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan satu tajuk muka hadapan berbunyi, "Apa lagi Cina mahu?"

Bukankah ini satu provokasi yang melampau?

Suka hati Cinalah mereka mahu undi siapapun. Kerana ini dijamin oleh demokrasi.

Begitu juga Melayu, India dan semua rakyat Malaysia.

Berbeza pandangan politik bukan bermakna Melayu dan Cina perlu berbunuh sesama sendiri.

Selepas tamat pilihan raya, kehidupan diteruskan kembali.

Jangan korbankan keharmonian rakyat berbilang kaum negara ini hanya kerana kita tidak gembira dengan keputusan pilihan raya.

Bangkitlah dari mimpi itu. Sekarang sudah 2013.

Bukan lagi tahun 60an.

No comments:

Post a Comment