KedahLanie.info

KedahLanie.info


Nak boikot? Suka hati kamulah

Posted: 22 May 2013 05:30 AM PDT

Anak Malaysia,

Selepas berakhirnya PRU yang lalu, telah ada dua isu boikot yang ditimbulkan oleh pro Umno-BN. Yang pertama ialah seruan mereka supaya memboikot apa-apa perniagaan yang berkaitan dengan orang Cina. Yang kedua pula ialah saranan memboikot syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.

Apakah kesalahan kedua-dua pihak ini sehingga mahu diboikot? Tidak lain tidak bukan hanya kerana mereka menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat. Orang Cina tidak melakukan apa-apa kesalahan melainkan hanya kerana mereka tidak mengundi Umno-BN – hakikatnya bukan mereka sahaja, malah ramai juga orang Melayu bandar tidak pengundi Umno-BN! Bagi Air Asia pula, syarikat mereka mahu diboikot hanya semata-mata menyelar media rasmi Umno-BN kerana menyiarkan berita yang bersifat perkauman. Salahkan Azran kerana menolak wujudnya sikap rasis?


Namun, bagi saya, itu adalah hak kamu untuk memboikot dan memilih. Setiap orang itu ada hak masing-masing, dan orang lain juga wajar menghormati hak itu selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama dan budaya.

Jika Umno-BN dan para penyokongnya ada hak untuk memboikot dan memilih maka rakyat juga ada hak yang sama! Rakyat juga ada hak untuk memboikot dan memilih untuk tidak mengundi Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu.

Jika anda mahu dihormati, sila lah belajar untuk menghormati hak orang lain.

Blackout505 Kedah - hentam Zahid, solidariti buat Adam

Posted: 22 May 2013 05:00 AM PDT

Blackout505 Kedah hentam Zahid, solidariti buat Adam

kedah black rally 220513 4Pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pentas Himpunan Blackout505 di Kedah malam tadi untuk menempelak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung amarannya terhadap agenda 'rampasan kuasa'.

Malah, di pentas yang sama puluhan ribu orang membanjiri Kompleks PAS di Kota Sarang Semut turut bersolidariti dengan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang direman lima hari bawah Akta Hasutan susulan kenyataannya dalam sebuah forum.

Tiupan vuvuzela, kibaran bendera parti PAS-PKR-DAP, rentangan sepanduk "Bebaskan Adam Adli" dan nyalaan pemetik api oleh hadirin menjadi tanda sokongan kepada mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang kini ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Kepong.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, dakwaan rakyat mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan adalah tidak benar memandangkan rakyat tidak mempunyai apa-apa senjata seperti pihak berkuasa.

"Di Malaysia, sesiapa yang memiliki senjata (secara tidak sah) boleh dihukum bunuh," katanya sambil menyifatkan dakwaan Zahid bahawa rakyat mahu menukar kerajaan melalui "kekerasan" adalah satu pembohongan.

"Saya keluar berdemonstrasi daripada kecil hingga tua, tidak pernah membawa senjata...," katanya diiringi ketawa pada hadirin.

Pemimpin muda PKR Badrul Hisham Shaharin juga menepis dakwaan tersebut dan menolak momokkan Arab Spring terhadap perhimpunan anjuran Pakatan dan kumpulan NGO

kedah black rally 220513 2"Kita tidak mainlah dengan spring-spring ni, yang main spring adalah Umno dan BN," katanya sambil membidas bahawa BN yang sepatutnya 'angkat beg' keluar daripada Malaysia kerana mendapat undi popular 47 peratus berbanding Pakatan dengan 51 peratus.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden N Surendran serta Ketua Srikandi Siti Aishah Sheikh Ismail turut menghangatkan suasana apabila menempelak kerajaan yang menahan Adam Adli sekaligus menaikkan semangat anak muda dengan suara tegasnya.

"Kita harus bangkit dan pertahankan negara kita. Dia (pihak berkuasa) mula tangkap Adam Adli yang dikatakan mahu gulingkan kerajaan.

"Sedangkan dia minta rakyat pertahankan kerajaan yang sah, menerima demokrasi bukan menerima penipuan. Tapi buat tindakan (dengan menahannya) untuk takut-takutkan orang lain. Inilah kebangkitan anak muda, kita kena jayakan," kata Anwar.

kedah black rally 220513 1Mengulangi ucapan dengan mempersoal dan membangkitkan isu penipuan dalam pilihan raya umum lalu, Anwar mengajak rakyat bangkit sekali gus mempertahankan negara ini daripada penipuan khususnya dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau mendakwa wujudnya "penipuan besar-besaran" pada pilihan raya umum lalu termasuk dakwaan pengundian warga asing, isu penggunaan dakwat kekal, kertas undi ditemui kawasan mengundi yang lain dan jumlah kertas undi dikeluarkan lebih daripada jumlah pengundi di suatu kawasan.

"(Sebenarnnya) kita sudah menang pilihan raya ini. Kita perlu mempertahankan kemenangan kita... Kita perlu pertahankan keputusan pilihan raya-13 dan tuntut Putrajaya sekarang daripada kerajaan.

kedah black rally 220513 anwar 2"Kita boleh terima, kalau tidak ada orang asing, dakwatnya yang digunakan itu kekal. Tapi jika kamu (kerajaan) tidak boleh mempertahankan, jangan sesekali berani kata pilihan raya itu sah," katanya.

Anwar turut menempelak pemimpin Umno dan NGO pendesak Melayu PERKASA yang berdiam diri dengan pelantikan pemimpin Hidraf P Waythamoorthy yang didakwanya mempertikaikan kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, dalam kabinet.

"Mana dia PERKASA, mana dia Pemuda Umno. Bangkit. Ada satu suara Pemuda Umno, PERKASA pertikaikan pelantikan ini?... Ini dia politik kemunafikan dan kepura-puraan," tegas Anwar.

Anwar turut menjangkakan suhu politik pada beberapa minggu berikutnya mungkin "sedikit tegang". Bagaimanapun beliau berharap rakyat dapat "bersabar, pertahankan keamanan dan mengikut arahan" pimpinan Pakatan.

Bapak MB KEDAH semeja dengan puak SYIAH laa pulak..!!!

Posted: 22 May 2013 04:00 AM PDT


JAKIM KATA SYIAH SESAT...........
CAI UMNO KATA MAT SABU SYIAH.............
TUP2 MAHTHIR SEMEJA DGN SYIAH..............

Antara himpunan aman dan keganasan...!!

Posted: 22 May 2013 03:32 AM PDT

Oleh Roslan SMS

Saya mungkin jadi tidak popular kerana posting ini. Tetapi saya sebagaimana anda semua masing-masing punya hak dan kebebasan bersuara. Hak dan kebebasan itu sewajarnya dihormati kecualilah sekiranya ia bertentangan dengan undang-undang dan peraturan Negara.

Kerana itu selaku seorang blogger contohnya, beliau perlu bertanggungjawab di atas segala yang ditulis dan diterbitkannya. Jika melanggar sebarang undang-undang atau peraturan, blogger tadi perlu berani bertanggungjawab sebagaimana ia berani mengeluarkan pandangannya itu.

Politik keganasan contohnya, adalah sesuatu yang ditolak rakyat Malaysia. Perhimpunan aman walaubagaimanapun yang menyuarakan hak dan tuntutan tidaklah termasuk dalam kategori ini. Jenis politik keganasan adalah menghasut hadirin bangkit menentang dengan cara tidak demokratik, menggunakan tangan dan tidak undang-undang.
Kebelakangan ini kita membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin muda PAS yang kini masing-masing bakal duduk dalam Dewan Rakyat. Antaranya Nik Abduh, ahli Parlimen Pasir Mas yang menyatakan dalam facebooknya bahawa:

Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?
Itu adalah gopoh. Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum?

Orang muda perlu insaf, semangat tidak boleh meminggirkan ketuanan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
Kesedaran rakyat baru bermula. Kita masih ada masa dan masa itu sedang bersama kita.

Itu pandangan seorang anak muda pemimpin Islam yang waras. Pandangan itu turut dikongsi oleh Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, ahli parlimen Temerloh yang juga Ketua Pemuda PAS. Kata beliau:
Kami berjuang untuk masa depan agama, negara dan rakyat.

Kami tidak akan turun ke jalan raya untuk mencetus keganasan dan keresahan rakyat sebagaimana yang telah ditegaskan Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz semalam..

Dan kedua-dua kenyataan ini disahut secara positif oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dato Harun Taib apabila beliau menyatakan:

Memang sudah lama, sejak dulu lagi hingga sekarang Pas pilih demokrasi dan perkara ini kekal menjadi pegangan kita (Pas), mungkin sampai bila-bila.

Bagi Pas, amalan demokrasi adalah yang sebaik-baiknya, bukan bertindak mengikut emosi sehingga berlaku huru-hara. Dalam Islam juga tak mahu berlaku huru-hara.

Biarlah semuanya dalam keadaan aman damai untuk kesejahteraan rakyat. Perlu ingat, Pas tak suka buat huru-hara.
Saya membangkitkan hal ini ekoran insiden yang melibatkan aktivis pelajar Adan Adli yang ditahan polis di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan kerana ucapannya dalam satu majlis di Dewan Perhimpunan Cina Selangor baru-baru ini.

Antara kandungannya:
Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen Umno, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.

Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada,

Adam telah mengeluarkan kenyataan mengajak rakyat menumbangkan kerajaan yang ada melalui kuasa selain demokrasi. Lalu beliau didakwa. Jika benar kenyataan ini jelas ia bertentangan dengan kenyataan-kenyataan di atas. Apa pun Adam kini akan dihadapkan ke mahkamah dan beliau akan di adili. Di sana beliau berhak mempertahankan diri dan proses undang-undangnlah yang akan menentukan nasibnya.

Bagi saya kenyataan seperti ini dan kenyataan-kenyataan lain yang hampir serupa yang dinukilkan oleh blogger tertentu dalam blog mereka adalah keras dan tajam dan dalam proses politik berpilihanraya, ianya sangat bertentangan.

Apa pun sesiapa sahaja layak menyatakan apa sahaja yang tertunjam dibenak hatinya, kalau mahu dikongsi dengan orang-ramai, asalkan ia sanggup bertanggungjawab.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saya setuju dengan kaedah perhimpunan aman dan bantahan secara terbuka namun apa sahaja yang berunsur ketegangan dan kekerasan perlu ditolak oleh semua, wallahualam.


Sumber
http://n32.blogspot.com

Umno semakin jadi 'parti kampong'?

Posted: 22 May 2013 03:00 AM PDT


1.       Salah satu hakikat yang terserlah dalam PRU ke-13 lalu ialah Umno-BN (UBN) semakin jelas telah menjadi 'Parti Kampong'. Penulisan ringkas ini bercadang untuk menguatkan hujjah kepada tesis dan penemuan ini.

2.       Penulisan saya dengan tajuk 'Najib semakin seksa selepas menang' ingin dipanjangkan di sini. Sesungguhnya tajuk ini boleh sahaja dijadikan antara buku yang boleh diterbitkan pasca PRU ke-13 ini oleh penulis-penulis tempatan.

3.       Setelak debu peperangan mendap dan euporia 'kemenangan' mula pudar, Najib terpaksa berdepan dengan beberapa hakikat yang sangat mengugah dan menyeksa jiwanya.

4.   Persetankan 'kata-kata nista' pembangkang tentang Kabinet XXL yang baru dilantiknya. Pelbagai kritikan termasuk kelompok pengamal serta pensyarah-profesor undang-undang yang mempertikaikan kesahihan kaedah melantik menteri dari kelompok senator yang belum lagi mengangkat sumpah sebagai senator.

5.       Persetankan apa jua cemohan rakyat tentang 'tsunami Cina' ciptaan Najib sekaligus menampakkan dendam kesumatnya terhadap etnik ini serentak menajamkan lagi garis perkauman. Persetankan gagasan 'Blackout 505' yang cuba diketengahkan bagi membangkitkan kesedaran rakyat tentang pilihanraya sarat penipuan.

6.       Persetankan 'Tribunal Rakyat' cadangan Bersih dan masyarakat sivil. Persetankan panggilan 'Kerajaan Minoriti' walaupun jelas dengan ukuran 'undi popular' di semenanjung dan seluruh negara.

7.       Namun seperkara yang tidak boleh dipersetankan Najib dan pimpinan UBN ialah hakikat bahawa parti dan barisan yang dipimpinnya sedang mengalami hari-hari kepupusannya (demise) dalam persaingan sengit 'Politik Baru'. Najib UBN bukan sahaja masih hidup dalam penafian bahkan cuba menongkah arus menentang kemaraan 'Politik Baru' ini.

8.       Justeru fakta-fakta keputusan PRU ke-13 mula menyelak dan memaparkan hakikat sebenarnya bahawa Najib dan UBN telah menang kerana diselamatkan oleh undi-undi Borneo yang tidak sempat di'jangkiti' 'tsunami semenanjung'.

9.       Itu pun tak boleh selesa sangat sebab Sarawak catat peningkatan undi buat pembangkang sebanyak 8.9%, kedua tertinggi selepas negeri Johor. UBN juga mengalami kemorosotan undi di 18 kerusi parlimen dari 31 kerusi parlimen di negeri itu. Dalam 8 kerusi etnik Dayak, BN mengalami 10 % kemorosotan undi dan Pakatan hampir merampas 2 kerusi Dayak yakni P205 Saratok and P220 Baram.

10.   Pun begitu halnya di Sabah. BN mengalami kemorosotan undi di 19 dari 26 kerusi parlimen Sabah. Dalam 7 kerusi majoriti bumiputera yang dimenangi BN, kesemua mengalami kemorosotan undi sebanyak 10%. Sangat menyeksa.

11.   Kembali kepada tesis bahawa Umno-BN telah menjadi 'parti kampong' atau parti yang hanya kuat di kampong-kampong tradisi Melayu, fakta-fakta berikut adalah sangat memalukan dan mengaibkan Najib.

12.   Pakatan terus mengungguli dominasinya di Wilayah Persekutuan dengan memenangi 9 daripada 13 kerusi yang dipertandingkan. Pertandingan di Lambah Pantai menyerlahkan segala-gala naratif dan pengkisahan tentang percubaan UBN untuk menawan Kuala Lumpur!

13.   Kesemua ibu negeri kecuali Kangar dan Johor Bahru, terus dikuasai Pakatan Rakyat. Ini termasuk Alor Star, Kota Bharu,  Kuala Terengganu, Tanjong, Ipoh, Kuantan, Shah Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

14.   Bagi kerusi Parlimen Selangor, Pakatan Rakyat Berjaya mengekalkan dominasi kawasan bandar dan pinggir bandar seperti Petaling Jaya, Ampang, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang dan Kota Raja.

15.   BN, sejajar dengan tesis yang dimajukan, hanya mampu menguasai 'anjung utara' yang merupakan 'Malay Belt' – Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan kali ini berjaya merampas kembali kerusi Kuala Selangor yang telah berubah demografi pengundi menjadi 65%-35% (Melayu-65%, 23%-India, 12%-Cina) berbanding 60-40 pada 2008 dengan N12 Jeram mencapai 80%20%: Melayu-Bukan Melayu.

16.   Di Negeri Sembilan juga turut menyerlahkan fenomena ini, di mana UBN unggul di kawasan luar bandar seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sementara Pakatan kekal di kawasan Seremban dan Rasah.

17.   Penulis cenderung untuk meringkaskan dan memudahkan fenomena PRU ke-13 ini sebagai menyerlahkan trend atau pola rakyat-pengundi yang terbelah kepada dua kelompok besar;

i. pengundi kawasan luar bandar yang tidak dapat capaian internet dan masih tegar dengan keperluan 'pembangunan' dan
ii. Pengundi bandar dan pinggir bandar yang sangat terdedah kepada media baru-alternatif berbanding sogokan media UBN dan cenderung untuk menyokong agenda 'penambahbaik demokrasi dan kesejahteraan rakyat'.

18.   Menyonsong masa depan dalam laluan pembangunan politik negara, ternyata bahawa Pakatan Rakyat lebih bersedia untuk mengisi harapan pengundi dalam kelompok kedua yakni pengundi yang mahukan penambahbaikan Negara dalam apa yang disebutkan kini sebagai penghayatan dan dinamika 'Politik Baru'.

19.   Amat nyata pula, penulis mendapati bahawa UBN amat meminati kelompok pertama golongan luar Bandar dan juga begitu sebaliknya mereka 'diminati' golongan luar Bandar ini yang telah di'bela' dengan 'sogokan pembangunan' yang sebenar-benarnya 'tidak membangunkan minda dan jiwa mereka' bahkan tidak juga bangunkan pendapatan sebenar (real wage) mereka.

20.   Generasi muda yang telah meninggalkan kampong sebenarnya telah meninggalkan legasi Politik Lama yang sarat dengan Politik Menakut-nakutkan Rakyat dan Politik 'Patronage' yakni ketua-ketua yang mesti 'disantuni' untuk mendapat tandatangan anak-anak kampong untuk mendapat biasiswa kerajaan UBN dsbnya.

21.   Tegasnya Umno-BN akan cuba kekal dominasi luar bandanya sekaligus menjadi 'parti kampong' untuk kekal berkuasa sementara Pakatan mesti menorobos kampong dan luarbandar untuk berjaya menawan Putrajaya dalamPRU ke-14.

22.   Peralihan demografi kearah dominasi generasi muda dalam tahun-tahun mendatang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat sementara mendayakan 'Politik Baru' dan 'Politik Pencerahan' adalah formula kemenangan yang tepat dan wajar.

23.   UBN tampaknya mungkin sahaja mahu kekal 'parti kampong' yang meneruskan amalan dan legasi Politik Lama yang sarat dengan amalan politik perkauman, politik agama yang sempit dan konfrantasi, politik 'Paronage-Perlindungan'penguasa politik dan orang-orang besar yang berpengaruh bermula dari JKKP sehingga keperingkat tertinggi parti. Malang!


* Penulis adalah Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat.

Alhamdulillah...akhirnya rakyat Malaysia yang miskin pun berjaya menjadi penyumbang kewangan negara..!!!

Posted: 22 May 2013 02:30 AM PDT

GST: Rakyat miskin pun kena bayar cukai
Oleh Dr Rosli Yaakop

Kumpulan Kewangan Antarabangsa (IMF) mahu semua negara di dunia melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP - Goods and Services Tax) dengan alasan supaya sistem pencukaian menjadi seragam di seluruh dunia "to create a more level playing field amongst trading nations." IMF mendakwa bahawa sistem cukai langsung yang masih diamalkan oleh banyak negara sedang membangun telah digunakan untuk "menyorokkan" dasar perlindungan perdagangan yang mereka amalkan.

Ia memberi contoh cukai yang tinggi dikenakan oleh sesetengah negara sedang membangun ke atas otomobil import telah menghalang pertandingan sihat di dalam industri otomobil dunia dan memaksa penduduk sesebuah negara sedang membangun menggunakan kereta keluaran dalam negara sendiri yang bermutu rendah berbanding kereta import dari negara maju. IMF berpendirian bahawa CBP pro-perdagangan bebas dan setiap negara – miskin atau kaya - hendaklah melaksanakannya. Penulis menghidu maksud tersirat dari dasar ini tidak lain ialah untuk mengekalkan penguasaan blok Barat ke atas ekonomi dunia.


IMF sudah menggesa Malaysia supaya segera melaksanakan CBP dan kerajaan sudah bersedia untuk tunduk kepada gesaan itu seawal tahun 2005 lagi.

Ketika membentang Belanjawan 2005, Menteri Kewangan mengumumkan CBP bakal dilaksanakan di Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2007, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, berikutan penentangan kuat rakyat, maka pada 22 Februari 2006, kerajaan mengumumkan penangguhan.

Selepas lebih tiga tahun dibekukan, kerajaan menghidupkan semula rancangan untuk melaksanakan CBP bila mana pada Disember 2009, Bil CBP dibentangkan untuk pembacaan kali pertama di parlimen diikuti pembacaan kali kedua pada April 2010. Namun, sehingga sekarang ia belum dilaksanakan, mungkin kerana kerajaan kurang yakin pelaksanaannya akan diterima baik oleh rakyat.

Sejak akhir-akhir ini, selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke tiga belas yang berlangsung pada 5 Mei 2013, sudah ada bayangan bahawa CBP bakal dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini kerana dengan berbekalkan 133 kerusi parlimen yang dimenangi, kerajaan merasa cukup yakin bahawa ia sudah mendapat sokongan rakyat terbanyak untuk melaksanakannya. Sebelum PRU13, kerajaan ini tidak berani untuk melaksanakan CBP kerana penentangan kuat rakyat boleh diterjemahkan kepada kekalahan pilihan raya.

Seperti yang bayangkan oleh Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdan Menteri (lihat Business Times, 18 Mei 2013 – "GST can generate RM27b in revenue"), kadar CBP bakal ditetapkan pada 7 peratus, iaitu, 3 poin peratusan lebih tinggi dari kadar yang pernah disebut sebelum ini. Pada kadar 7 peratus, dianggarkan Malaysia akan menjana hasil tambahan sebanyak RM27 bilion. Pernah disebut oleh Perdana Menteri bahawa hasil yang dijana dari pelaksanaan CBP akan digunakan untuk menaikkan gaji kakitangan awam dan membina infrastruktur.

Di bawah sistem CBP semua rakyat - ada pendapatan mahupun tiada pendapatan - kena membayar cukai, tiada kecuali, kerana tiada siapa pun di dalam sesebuah ekonomi yang tidak menggunakan barangan dan perkhidmatan. Orang termiskin di dalam ekonomi membayar cukai ke atas barangan yang mereka gunakan sama seperti orang yang terkaya kerana tiada siapa pun yang terlepas dari menggunakan sesuatu di dalam sesebuah ekonomi.

Dalam sistem pencukaian yang diamalkan sekarang, hanya individu yang pendapatannya melebihi "threshold income" yang ditentukan yang membayar cukai. Atas asas ini dikatakan hanya 1.5 rakyat Malaysia yang membayar cukai kerana berpendapatan melebihi "threshold income" yang ditentukan. Di bawah CBP, tiada "threshold income" bermakna, 29 juta rakyat Malaysia kena menanggung beban cukai. Lagipun, cukai korporat dan cukai pendapatan individu akan di kurangkan bermakna beban golongan yang membayar cukai selama ini akan menjadi ringan. Beban itu dipindahkan kepada rakyat Malaysia yang selama ini tidak pernah membayar cukai.

Golongan yang tidak membayar cukai sekarang akan membayar cukai bila CBP dilaksanakan. Kira-kira 32 peratus dari jumlah isi rumah (household) di Malaysia berpendapatan di bawah RM2,000 sebulan yang tidak membayar cukai pendapatan. Mereka ini akan menjadi pembayar cukai apabila CBP dilaksanakan. Mereka membayar cukai atas barang yang tiada dalam senarai barang dikecualikan di bawah CBP seperti pakaian, permainan kanak-kanak, makanan yang diproses, makanan dalam tin dan sebagainya yang mereka gunakkan. Ini bermakna, golongan berpendapatan rendah dan golongan yang "economically vulnerable" dalam masyarakat terpaksa menanggung beban cukai.

Ahli ekonomi dan pencukaian mengakui bahawa CBP adalah satu sistem pencukaian yang "regressive" yang bermakna ia tidak adil. Semakin rendah pendapatan seseorang maka semakin besarlah bahagian pendapatannya yang pergi kepada membayar cukai. Atau kebalikannya: semakin tinggi pendapatan seseorang maka semakin kecillah bahagian daripada pendapatannya yang pergi kepada membayar cukai. Jelas, CBP membebankan golongan berpendapatan rendah dan miskin dalam masyarakat. Hal ini bertentangan dengan ciri sistem pencukaian yang adil, iaitu, sesuatu sistem cukai yang hendak dilaksanakan perlu memiliki sifat "progressive."

IMF mengakui sifat regresif pada CBP ini dan mencadangkan supaya diwujudkan senarai barangan dan perkhidmatan bagi menangani kelemahan ini. Secara amnya, barang makanan asas dan keperluan-keperluan asasi dikeluarkan daripada senarai barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai di bawah CBP. Ini masih tidak memadai untuk mengurangkan sifat regresif itu kerana di bawah CBP, orang kaya dan orang miskin membayar cukai yang sama kadarnya. Seorang peminta sedekah apabila membeli sebotol minuman ringan membayar cukai yang sama seperti yang dibayar oleh seorang taukeh judi yang kaya raya apabila membeli sebotol minuman ringan yang sama.

Di bawah CBP, semua orang membayar cukai pada kadar yang sama, tidak kira kaya atau miskin, walhal sistem pencukaian yang adil menghendakki orang kaya dan orang yang mampu membayar cukai (berpendapatan melebihi "threshold income" yang ditentukan) dikenakan cukai supaya hasil cukai dapat dijadikan alat fiskal yang berkesan untuk mencapai agihan pendapatan dan kekayaan negara yang lebih merata, adil dan saksama. Sistem cukai yang progresif juga menjamain bahawa semakin tinggi pendapatan seseorang, maka semakin tinggilah beban cukai yang ditanggungnya. Oleh itu, CBP yang bersifat regresif ini hanya akan membebankan rakyat terbanyak dan melebarkan lagi jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin.

Memang diakui oleh ahli ekonomi dan pakar pencukaian bahawa CBP adalah "inflationary." CBP ialah "consumption tax" dikenakan ke atas kesemua (kecuali barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan) barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan di dalam negera mahupun yang diimport. Juga, ia adalah "multi-tier stages of tax" dikenakan ke atas setiap peringkat pengeluaran sesuatu produk daripada bahan mentah sehinggalah ke produk siap (finished products). Walau wujud "credit offset mechanism" di bawah CBP, namun, pada perkiraan mutakhirnya, penggunalah yang menanggung beban cukai. Misalnya, apabila cukai 7 peratus dikenakan ke atas perkhidmatan pengangkutan, kos pengangkutan akan naik dan ini akan membawa kenaikan kepada harga seluruh barangan dan perkhidmatan di dalam ekonomi termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai. Akhir, rakyat terbanyak akan menanggung beban kembar "kena bayar cukai dan kena tanggung inflasi." Lagi sekali, beban ini mengena lebih teruk kepada golongan miskin berbanding golongan kaya.

Memang, dari sudut hasil kerajaan, CPB ada kebaikannya, misalnya, ia mengurangkan kebergantungan besar ke atas cukai langsung dan cukai petroleum, menjamin sumber hasil yang lebih stabil bagi kerajaan berbanding cukai pendapatan dan oleh kerana CBP berasaskan kepada penggunaan, hasil kurang terjejas oleh kemelesetan ekonomi kerana apabila ekonomi meleset, penggunaan biasanya mampu bertahan.

Benar, tetapi di bawah kerajaan yang korup, manfaat ini tidak membawa apa-apa makna kepada rakyat terbanyak. Apakah gunanya hasil yang tinggi jika sebatang screw driver yang harganya RM25 dibeli melalui tender pada harga RM200? Apakah manfaatnya kepada rakyat apabila membeli kapal selam pada harga berkali-kali ganda lebih mahal kerena menteri mahukan komisyen? Apakah gunanya membina stadium yang mahal tetapi runtuh atapnya? Perkara yang meruncing di dalam ekonomi Malaysia sekarang ia menghasilkan pulangan maksimum ke atas setiap ringgit wang rakyat yang dibelanjakan, bukan memaksa rakyat yang tidak mampu membayar cukai untuk membayar cukai. Sesungguhnya, CBP adalah cukai yang menzalimi rakyat berpendapatan rendah dan miskin. Yang beruntung besar adalah orang kaya dan syarikat multinasional kerana cukai korporat dan cukai pendapatan direndahkan.

Relax la GUAN ENG... 48.67% rakyat MALAYSIA cool jaa depa kena GST...!!

Posted: 22 May 2013 02:00 AM PDT

'GST akan beban setiap rakyat M'sia RM1,000 setahun'
 
Setiap rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan kadar 7 peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

dap special meeting 110313 lim guan engMenurutnya lagi, kadar GST itu akan membolehkan kerajaan persekutuan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 setahun seperti yang telah dijanjikannya, kerana kerajaan akan memperolehi balik RM5,000 setahun dari setiap isirumah menerusi cukai GST.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, BN akan meraih keuntungan yang besar manakala rakyat yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala menyatakankan baru-baru ini bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST 7 peratus.
Lim berkata, cukai GST pada kadar 7 peratus itu akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual.

Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan tersebut kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mampan.

Lagipun, tambahnya, keluarga Malaysia membayar 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar balik hutang dan tidak sepatutnya dibeban lagi.

"Pakatan akan lawan cadangan cukai GST 7 peratus ini di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan dengan undi popular 47 pertas sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke atas majoriti rakyat.

Aduhai BN.. Biarlah RAKYAT saja yang hangpa tipu.. jangan AGUNG pun hangpa mau tipu jugak..!!!

Posted: 22 May 2013 01:13 AM PDT

5 anggota Kabinet tidak sah!!

Lim Kit Siang mendakwa perlantikkan 5 anggota Kabinet Najib adalah tidak sah. Mereka ialah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri iaitu Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omabr serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sebabnya mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong sebagai Menteri atau Timbalan Menteri tetapi mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator. Kenapa kerja memalukan ini boleh berlaku dan boleh memalukan Yang di-Pertuan Agong sendiri.

"Sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama saya melihat situasi sebegini kerana ini merupakan kesalahan besar membabitkan perlembagaan. Mengapa ia berlaku sekarang?


"Ini kerana sehingga kini kelima-lima mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baru Najib."

"Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong ini sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa. Jika saya salah sila bidas."

"Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak juga mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka boleh dianggap tidak sah dan boleh dicabar," kata Lim Kit Siang. – SinarHarian

Kalau pilihanraya penuh dengan penipuan, takkan Agung mereka tak boleh tipu??

Penangan Adam Adli...

Posted: 21 May 2013 11:00 PM PDT

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
22 Mei 2013 
http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn2/p480x480/969441_521076317950878_965452689_n.jpg 
 
SHAH ALAM - Susulan penahanan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan, dunia siber malam tadi seolah-olah "dibanjiri" dokongan tidak berbelah bahagi kepada anak muda ini.

Tidak cukup kata-kata semangat di laman sosial Facebook, Twitter, blog, malah ribuan dari pelusuk tanah air, tanpa mengira kaum, berhimpun di hadapan Balai Polis Jinjang dan di beberapa lokasi lain bagi memberi sokongan kepada Adam Adli.

Nyalaan lilin dilakukan sebagai simbolik kepada bantahan penahanan Adam Adli.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis masyarakat juga terus mengecam di laman sosial masing-masing, mendakwa penahanan Adam Adli sebagai bersifat terpilih dan zalim.

"Najib janji mansuh Akta Hasutan tapi kini tahan pemimpin Mahasiswa Adam Adli disiasat bawah Akta itu. 1 lagi BN tipu," tulis pemimpin DAP, Nga Kor ming menerusi laman mikro Twitter miliknya malam tadi.
Sementara A. Samad Said pula menerusi laman sosial sama menulis, "semakin lama Adam diperam, semakin gema jerit melawan".

Selain itu difahamkan, Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berkumpul di hadapan balai yang menempatkan Adam Adli sebagai tanda solidariti kepada pemuda itu.

Photo: Seorang sahabat berbangsa cina membawa sepanduk untuk adam adli.....
"Di depan pusat reman dekat Balai Polis Jinjang, sertai himpunan setiakawan kepada Adam Adli yang ditahan di sana. Ramai betul. Wan Azizah pun ada," tulis Syed Husin Ali  di laman mikro Twitternya.

Adam Adli ditahan reman di Balai Polis Jinjang bermula Ahad sehingga esok.

Penahanan aktivis mahasiswa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia ekoran ucapannya yang mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dalam program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dalam ucapan ringkas itu, Adam Adli didakwa mengajak semua pihak mengadakan demonstrasi jalanan kerana mendakwa PRU13 baru-baru ini tidak sah kerana telah berlaku penipuan.

"Kalau ada polis, SB (cawangan khas), ejen Umno, ejen Barisan Nasional di sini, nama saya Adam Adli Abd Halim... ambil butiran saya, buat laporan polis kerana hari ini saya mahu mengajak semua rakyat, kita susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk merampas balik kuasa.

"Kita tidak banyak masa lagi, kita akan turun ke jalan raya sebab dalam dunia ketiga seperti negara Malaysia ini, pilihan raya tidak akan menumbangkan kerajaan, yang boleh hanyalah kuasa rakyat. Ini sahaja peluang kita ada," katanya dalam ucapan seperti tersiar dalam Youtube.

Kenyataan berbaur hasutan itu disahkan polis berlaku pada minggu lalu di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).
 

Hadiah Kemenangan - Gaji Pokok KM SERAWAK lagi tinggi gaji PM NAJIB..!!

Posted: 21 May 2013 10:00 PM PDT

 
Ini baru GAJI POKOK belum dikira lagi dengan ELAUN PAKING, ELAUN BAJU, ELAUN MILLAGE, ELAUN TELEFON, ELAUN MAKAN dan macam-macam ELAUN.....

“Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz,” - P/Jaya Kedah yang baru Datuk Mahfuz Omar

Posted: 21 May 2013 09:30 PM PDT


Blog tuntelanai.blogspot.com


ALOR SETAR: "Ayuh buat debat saya dengan Mukhriz," kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika berucap pada Himpunan Black505 di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, malam tadi.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang tidak membenarkan penggunaan Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti untuk perhimpunan itu.
Mukhriz dilaporkan berkata, ini kerana perhimpunan itu bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan.
 
Justeru, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menggesa Mukhriz mengingati kembali apa yang pernah dilakukan oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad memburukkan kerajaan yang dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi suatu ketika dahulu.



Ahli Parlimen Pokok Sena itu menambah, ayah Mukhriz itu telah menjelajah seluruh negara dengan ucapan yang menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Abdullah ketika itu.
"Oh, pak hang boleh, kita tak boleh. Pak dia kata Najib lebih teruk dari Pak Lah," ujarnya di hadapan puluhan ribu hadirin.
Bagaimanapun, kata beliau, 'mulut' Mahathir telah ditutup apabila Najib memberi laluan kepada Mukhriz menjadi Menteri Besar Kedah.
Pemimpin PAS yang berucap pada majlis itu ialah Timbalan dan Naib Presiden, Mohamad Sabu dan Salahuddin Ayub, Ketua Pengarah Pilihan raya, Dr Mohd Hatta Ramli serta Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Ketua Umum dan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tian Chua turut berucap. Adun Kota Darul Aman, Teoh Boon Kok pula mewakili Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mengenai stadium, Mahfuz menjelaskan sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negeri sebelum ini, penggunaannya dibenarkan kepada semua termasuk Umno yang disertai Najib.
Katanya, pada perhimpunan itu terdapat di kalangan mereka yang berucap memaki kerajaan negeri.
Najib pernah menghadiri program Himpunan Orang Muda Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti pada 31 Januari lalu.
Gambar - Ribuan hadir di himpunan 505 di Kedah

 

Perhimpunan aman Suara Rakyat Suara Keramat "Black 505" peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut Alor Setar telah berjaya menarik ribuan  hadirin yang berpakaian serba hitam .
Mereka berkumpul secara aman sambil mendengar pidato dari pemimpin PR yang membantah cara sistem pilhanraya umum ke-13 diadakan baru-baru ini.
Hj Mat Sabu berkata semua tuntutan Bersih tidak di tunaikan oleh SPR, Pengunaan dakwat kekal   telah dipetikai kerana ianya tidak tahan lama dan meragukan.
Himpunan   telah dipengerusi  Datuk Johari Abdul, dan penceramah yang hadiri ialah Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru Datuk Mahfuz Omar ,Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution YB Tian Chua dan Che Gu Bard.
Perhimpunan berakhir tepat jam 12 malam oleh  ucapan dari  Anwar Ibrahim ,beliau  mempersoalkan tindakan SPR yang gagal menjadikan PRU13 sebagai pilihan raya yang bersih dan adil.
Himpunan seteusnya akan berlangsung di Trengganu. 

[Terkini] Ucapan TG Nik Aziz - Kita pegang kerajaan bukan nak cari makan, tapi nak cari pahala

Posted: 21 May 2013 09:00 PM PDT


Tahan Adam Adli, adakah BN takut?

Posted: 21 May 2013 08:30 PM PDT

JAMILAH HAMZAH
20 Mei 2013
SHAH ALAM - Penahanan Adam Adli Abdul Halim mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan dikecam Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan.

Menyifatkan tindakan menahan Adam sebagai lambang ketakutan pemerintah, Nasrudin berkata, apa salah Adam ingin menyuarakan keinginan rakyat Malaysia kepada pemerintah.

"Saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda Pas Malaysia, mendoakan agar Adam Adli tidak patah semangat mendepani ujian getir perjuangan ini.

"Serentak itu kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas saudara Adam Adli," katanya pada satu kenyataan media yang dihantar kepada Sinar Harian Online, hari ini.


Pada 18 Mei lalu, Adam Adli dilaporkan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang bersabit dengan satu siatan di bawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, pada jam 3.15 petang Sabtu lalu.

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/971411_332063113588789_1029687214_n.jpg
Berikutan itu, semalam dipetik daripada satu portal berita, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu ditahan reman sehingga Khamis ini dan perintah tahanan reman itu dikeluarkan seorang majistret di Balai Polis Jinjang, tengah hari semalam.

"Adam Adli ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang menghasut orang ramai menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi jalanan yang dibuatnya baru-baru ini," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh berkata ramai pemimpin politik daripada BN dan akhbar yang pro-kerajaan turut mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan berbaur hasutan namun tidak diambil tindakan.

"... jelas tindakan pihak berkuasa hanya membela pembesar sebaliknya menindas rakyat serta seorang anak muda yang bersuara agar suara keinginannya didengari oleh pemerintah," katanya.

Nasrudin juga turut menyeru anak muda bangkit menolak kerajaan yang didakwanya sebagai rakus dan zalim tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tahan-adam-adli-adakah-bn-takut-1.162080

Jangan dok kira POLITIK PILIHANRAYA dengan SPR menipu saja..tengok bab lain sama..!!!

Posted: 21 May 2013 07:52 PM PDT

Jangan seluruh perjuangan hanya untuk belek 'peti undi'

(Nota: Tulisan ini sama sekali tidak ditujukan kepada gerakan membantah penipuan PRU13 - Black 505, teruskan!) 
(Hiasan)

Islam adalah addin yang syumul (lengkap dan menyeluruh). Rasulullah SAW memperjuangkan kesyumulan Islam. Selepas kewafatan baginda, Islam dipertahankan oleh pemerintahan yang dipimpin oleh Khulafa' ur-Rashidin. Pemerintahan Islam sambung menyambung selepas itu. Khilafah Islam yang terakhir ialah kerajaan Usmaniah Turki. Selepas itu tiada lagi kerajaan yang mendaulatkan kesyumulan Islam.

Muncul selepas itu ialah jamaah-jamaah yang berjuang ke arah perlaksanaan Islam yang syumul. Bermula dengan pembinaan peribadi Muslim sehinggalah kepada cadangan pembentukan sebuah negara Islam. Di Malaysia, PAS adalah satu-satunya jamaah Islam yang memperjuangkan kesyumulan itu.
Politik merupakan satu aspek perjuangan Islam yang menjadi keutamaan PAS. Namun jika tanpa penyertaan dalam pilihanraya pun, PAS mempunyai banyak agenda lain yang menjadi aspek-aspek penting mewujudkan kesyumulan Islam. PAS mengusahakan pendidikan, pembinaan aqidah, penyempurnaan ibadah, dakwah dan pelbagai bentuk pengislahan dalam masyarakat.
Idealnya memanglah begitu. Namun mutakhir ini terdapat persepsi bahawa PAS telah memberi tumpuan berlebihan terhadap aspek politik sehingga banyak kerja asas lain yang terabai. Segalanya bermula dengan keghairahan bahawa kuasa sudah berada di muka pintu. Pasca Tsunami politik 2008, tumpuan terarah kepada menjayakan matlamat yang semakin hampir. Pertama kali majoriti dua pertiga BN berjaya dinafikan di samping berkuasa di lima negeri. Kira-kira sebelah kaki sudah berada di persada kuasa Pusat, cuma tinggal sebelah kaki lagi untuk melangkah masuk iaitu pada PRU13. Maka keghairahan ke Putrajaya berlarutan sepanjang lima tahun, dihangatkan lagi dengan pilihanraya kecil yang berlaku secara bersiri.

Kita tidak habis-habis bercakap dan mengulas isu politik, merancang program politik sepanjang masa tanpa bermusim. Di alam nyata dan medan maya, semua asyik bertumpu isu politik. Dahulu, ulamak sering mengingatkan masyarakat supaya jangan kesampingkan agama dengan politik. Politik juga satu aspek dari Islam. Nampaknya suasana hari ini terbalik, kita kena mengingatkan supaya penumpuan terhadap politik jangan sampai kesampingkan aspek-aspek lain dalam ajaran Islam kerana Islam itu syumul. Bukan politik semata-mata.

Keghairahan terhadap sesuatu menyebabkan tumpuan yang berlebih-lebihan diberikan. Tidak salah juga memberikan tumpuan terhadap perkara besar itu, persoalannya ialah sama ada elemen lain yang membina kesyumulan perjuangan Islam tidak diabaikan? 

Antara aspek penting yang menjadi tunjang kekuatan jamaah ialah tarbiyah. Jika ukuran kekuatan sokongan terhadap parti dinilai melalui pilihanraya, maka ukuran kemantapan tarbiyah dinilai melalui walak, gerak kerja amal jamai dan apabila berlaku konflik. Hari ini tidak siapa dapat menafikan konflik dalaman PAS berlaku secara menyeluruh. Meskipun konflik belum sampai ke tahap UMNO tapi terdapat ahli PAS kini sudah 'pandai' mengatur calon, mengugut tutup markaz dan enggan berwalak kepada pemimpin.

Jika masalah tarbiyah beres, ahli-ahli PAS tidak menjadikan media sosial sebagai medan membelasah pemimpin parti serta melancarkan pertempuran sesama sendiri dengan cara yang tidak berakhlak seperti dua kelompok itu. Itu cerita di Kedah. Di tempat lain pun nampaknya sama saja.

Pilihanraya umum datang lima tahun sekali. Sementara musim pilihanraya belum sampai, agenda jamaah yang lain perlu diteruskan. Perjuangan bukan hanya untuk membelek peti undi. Pendidikan, pentadbiran, dakwah, amar makruf nahi mungkar,  mualamat, kebajikan, ibadah, agenda menghasilkan ahli-ahli yang berkualiti dan sebagainya - semuanya penting. Semuanya perlu dibelek. 

Di zaman Rasulullah SAW, Perang Badar berlaku pada tahun 2 Hijrah dan orang Islam telah menang. Pada tahun 3 Hijrah berlaku Perang Uhud. Perang Khandak berlaku 5 Hijrah dan Perang Tabuk berlaku 8 Hijrah. Perang tidak berlaku sepanjang masa. Para sahabat tidak mengasah pedang dan anak panah sepanjang waktu. Habis perang mereka berdakwah dan menjalankan kerja lain.

Khuatir juga apabila tumpuan berlebihan diberi untuk aspek politik, tumpuan terhadap pembinaan ahli berkualiti dikesampingkan, maka kita kecundang lagi dalam PRU14. Kali ini bukan kerana tipudaya musuh tetapi kerana ahli-ahli tidak cukup kualiti untuk menghadapi musuh, termasuklah kualiti pembinaan taqwa yang nampaknya semakin terancam dalam jamaah.

Nak Senang lagu mana nie..sana sini pencuri..???

Posted: 21 May 2013 05:00 PM PDT

Taman Kemuning jadi tumpuan pencuri besi
Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Taman Kemuning jadi tumpuan pencuri besi
Roslan menunjukkan alat komponen kereta yang sudah dibuka.
 
KULIM - Taman Kemuning merupakan kawasan tumpuan pencuri besi, di mana masalah kehilangan alat ganti kereta sering berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Sehingga kini beberapa kereta yang diletakkan di luar bengkel bagi tujuan baik pulih sering menjadi mangsa individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab apabila komponen kenderaan mereka dicuri.

Sehubungan itu, polis bersama Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) sentiasa mengadakan rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan itu terutama pada waktu subuh untuk memastikan masalah itu dapat dibendung.
Semalam suspek berusia 30-an berjaya melarikan diri ketika ahli PPKM, Roslan Nordin cuba menahannya yang sedang membuka alat komponen kereta Proton Saga di luar sebuah bengkel.

Roslan berkata, sebelum itu, dia ternampak suspek berada di sekita kejadian dan menasihatinya supaya beredar kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun, katanya, suspek datang semula dan cuba membuka bahagian atas enjin kereta terbabit kira-kira jam 4 pagi.

"Saya kemudiannya menghampiri suspek. Bimbang ditahan, suspek bertindak melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

"Saya memaklumkan kejadian itu kepada Pengerusi PPKM dan meminta bantuan ahli lain untuk menahan suspek," katanya.

Ahli PPKM memulakan operasi mencari suspek kira-kira jam 7 pagi, kerana berhadapan kesukaran mencari suspek dalam keadaan gelap.

Pada jam 7.30 pagi, suspek dilihat melarikan diri dengan sebuah kereta lain ke Machang Bubuk.

Pendang - Garisan pembahagian jalan mengelirukan

Posted: 21 May 2013 04:30 PM PDT

Wartawan Sinar Harian
21 Mei 2013
Garisan pembahagian jalan mengelirukan
Garisan pembahagi jalan yang mengelirukan pengguna.
 
PENDANG – Garisan pembahagian jalan di laluan Pekan Pendang ke Sungai Tiang berdekatan medan selera Majlis daerah Pendang (MDP) di sini didakwa menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Penduduk, Mohd Fuad Lazim, 40, menyeru agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera demi keselamatan pengguna di laluan itu.

Katanya, pihak terbabit sepatutnya lebih peka atau prihatin dengan keadaan jalan di kawasan pekan yang menjadi tumpuan pelbagai kenderaan.

"Saya harap agar pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera kerana keadaan ini menyebabkan hampir beberapa kali kejadian kemalangan hampir berlaku di laluan ini.

"Pengguna merasa keliru ketika menggunakan laluan ini kerana tidak tahu garisan yang mana perlu diikuti," katanya kepada Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment