KedahLanie.info

KedahLanie.info


Ketua DPP Gombak dan JUHAM

Posted: 28 Jul 2013 07:00 AM PDT


1. Setelah saya mengamati tulisan berbalas jawab antara keduanya iaitu Ketua DPP Gombak dan JUHAM berkait isu bekas calon PKR mahu saman Tuan Guru Hj Abdul Hadi, saya senyum sendiri penuh bangga terhadap reaksi anak buah. Point sepakat antara mereka ialah kasihkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS walaupun beberapa keadaan lain mereka berbeza pendekatan.

2. Sewaktu tercetus isu bekas calon PKR mahu saman Tuan Guru Presiden PAS, memang tiada siapa yang respon. Saya percaya masing - masing mempunyai cara takwil dan tafsir yang tersendiri terhadap keadaan ini. Bukanlah kerana mereka redha Tuan Guru Presiden di saman orang malah saya yakin , akan tampil para aktivis dan peguam kita untuk membela Tuan Guru Presiden. Namun sahabat saya dari JUHAM sebagai peguam yang sangat arif dengan mainan saman menyaman ini telah mampu menghidu lebih awal bahawa ini tidak lebih sekadar irama politik yang telah diketahui key note terutamanya apabila pengisytiharan saman itu di buat dalam suasana menghadapi pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

3. Sementara pendekatan sahabat saya Ketua DPP Kawasan Gombak pula tampil memecah kesunyian lalu memuktamadkan bahawa ada pihak yang sedia membela Tuan Guru Presiden. Seolah - olah takdir kalamnya , beliau seperti berkata, kalau orang lain enggan bersuara untuk mempertahankan Tuan Guru Presiden, maka biar sayalah yang bersuara. Melalui bait - bait artikel beliau, saya yakin bahawa itu bukan kenyataan membodek kerana tidak ada apa pun habuan yang bakal beliau perolehi samaada harta atau pangkat. Sementelah Islam yang dipelajari melalui Usrah Gabungan saban minggu di Gombak tidak mendidik anggotanya menjadi pembodek. Kenyataan itu pastinya datang dari hati yang tulus kerana kasih dan cinta kepada pemimpin mereka yang cuba diseret ke mahkamah.

4. Cuma laras bahasa Ketua DPP Gombak mungkin disalah tanggap dan menyentuh sensitiviti pihak lain termasuk JUHAM. Akhirnya JUHAM pula tampil menjawab balas kenyataan Ketua DPP Gombak, kerana bukan Ketua DPP Gombak sahaja yang sayangkan Tuan Guru Presiden tetapi JUHAM juga kasih dan sayangkan Tuan Guru Presiden. Sekaligus memadamkan fitnah kononnya peguam PAS yang merupakan sebahagian dari tenaga profesional dalam PAS tidak bersama Tuan Guru Presiden. Melalui jawapan JUHAM itu, secara tidak langsung memuktamadkan sikap dan isihati mereka. Bahawa mereka tetap mempertahankan kepimpinan Tuan Guru Presiden. Zahirnya mereka dilihat seperti bertelingkah tetapi tidak membimbangkan saya kerana kedua - dua pihak rupanya sedang berusaha untuk menyatakan rasa kasih dan sayang mereka kepada Tuan Guru Presiden sebagai pemimpin jamaah selama mana pemimpin tertinggi jamaah itu terus berdiri di atas syariat Islam yang diperjuangkan.

5. Selaku Ketua DPP Malaysia, saya ucapkan setinggi - tinggi tahniah buat keduanya kerana berani menyatakan pendirian. Pendirian itu pula bertepatan dengan pendirian DPP Malaysia selama ini iaitu teguh mempertahankan Kepimpinan Ulama' dan menyatakan kasih dan sayangnya mereka kepada pimpinan selama mana pimpinan itu tidak menyeleweng dari landasan syara'. Saya juga sangat mengenali keduanya. Mereka mempunyai komitmen yang tinggi bersama jamaah pula banyak pengorbanan mereka telah dicurahkan untuk membangunkan jamaah dari sudut masing - masing. Sekali lagi, tahniah dari saya buat kalian semua.

Selamat Berjuang

Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM

Antara penghinaan pemimpin BN tentang Islam

Posted: 28 Jul 2013 06:30 AM PDT


Kes penghinaan Islam di Internet oleh pasangan Alvin Tan Jye Yee dan Vivian Lee sedang disiasat dan bakal berdepan hukuman.Penghinaan seumpama ini, bukannya pertama kali malah lebih mengecewakan ialah pemimpin Barisan Nasional yang mula mengorak langkah bernada celupar apabila membicarakan tentang agama Islam yang dikasihi umat

Bertitik-tolak dari situ, banyak pihak mula memberanikan diri mencela agama Muhammad sehingga kini sudah menjadi satu kebiasaan untuk memperleceh, mempergunakan dan mempersendakan agama.

Lebih mengecewakan, orang awam dikenakan tindakan keras sebaliknya melibatkan pemimpin BN, terlepas hukuman begitu sahaja.

Berikut antara petikan penghinaan pemimpin BN tentang Islam yang kita tercintai:

1."..apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia. Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...di padang pasir". - Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.

2.- "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." - Bekas PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad (3 Mac 1994, Nilam Puri, Kelantan)

3."Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."
-Tun Dr. Mahathir Mohamad (14 Julai 1992)

4."Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - PM, Dato' Seri Najib Tun Razak (20 April 1983)

5."Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu. - Dato' Seri Najib Tun Razak, (20 April 1992)

6.Wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak.Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram. Tetapi jika terdesak dan darurat, ia dimaafkan - Dr Mashitah Ibrahim melalui kolumnya diakhbar 21 Jun 2005

8.Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek; Naib Presiden MCA, Dr Ng Yen Yen; Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong; Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe; serta Ahli Parlimen Alor Gajah, Fong Chan Onn mengkritik calon PAS di Tenang, Normala Sudirman yang memilih untuk tidak bersalam dengan lelaki.

- Chua Soi Lek- "Normala) memakai sarung tangan untuk bersalam. Jika anda boleh terima ini sebagai satu nilai Islam, silalah undi PAS"
- Ng Yen Yen- "..kenapa (Normala) tidak mahu bersalam dengan pengundi lelaki?"
- Chua Tee Yong (Twitter)"Normala memakai sarung tangan dan pembantunya bersalam bagi pihaknya. Pastinya dia akan mendakwa ia atas alasan kesihatan dan kebersihan."
- Fong Chan Onn (Twitter)- "Apa akan berlaku jika Normala melihat seorang lelaki dilanggar kereta. Adakah dia akan membantu mengangkat lelaki tersebut?"
- Tan Lian Hoe (tuduh Normala angkuh)- "Bukan sahaja lelaki, apabila dia bersalam dengan perempuan, dia juga memakai sarungtangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor?"

9.Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang (Twitter) - "Kerajaan PAS Kedah yang menasihatkan model lelaki yang muncul di papan iklan (billboard) berpakaian sopan dan tidak memakai seluar pendek kerana takut lelaki 'jambu' di dalam PAS terangsang.Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlit termasuk bukan Islam mesti memakai seluar panjang dan baju berlengan panjang."
kata Norazizi.

10." pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan dalam sektor perkhidmatan dan pelancongan serta boleh mencetuskan keresahan rakyat terhadap Islam." - Presiden MCA Chua Soi Lek

11.Memo 9 Menteri BN kepada Perdana Menteri pada 2006 mempertikaikan kedudukan undang-undang Syariah.Minta semak semula peruntukan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan tentang Mahkamah syariah -

-Dato' Seri S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya),
-Dato' Seri Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan),
-Dato' Seri Lim Keng Yek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi),
-Dato' Seri Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan),
-Dato' Seri Dr Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia),
-Dato' Dr Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan),
-Dato' Dr Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri),
-Dato' Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan
-Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).

12. Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11. Dalam temuramah dengan Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa dalam satu ceramah di Sungai Siput, Samy Vellu telah berkata: "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?".

13."..Agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu" - Dato' Zainuddin Maidin - Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001

14."Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan"- The Star, akhbar MCA

15."MCA sedia keluar BN jika Hudud dilaksanakan"- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011.

16."Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti" -PM, Dato' Seri Najib Tun Razak 24 September 2011

17.Memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melarang pekerja muslim dari bekerja di pusat hiburan yang terlibat dengan arak. - Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, 16 Januari 1992

18.Mempertikai usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim. - Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew

Dilema Cina, dilema Melayu dan dilema rakyat serta negara

Posted: 28 Jul 2013 06:00 AM PDT

oleh Aspan Alias

Mahathir pun ada dilema.

Dr Mahathir berkata sekarang negara menghadapi 'dilema Cina' dalam mana bangsa Cina sedang berada didalam satu dilema samada untuk merebut kuasa politik dan ekonomi negara sendirian dan mengenepikan bangsa Melayu dan sebagainya. Bangsa melayu sedang diusahakan oleh bangsa Cina untuk diketepikan dalam semua bidang. Begitulah bunyinya lebih kurang dalam apa yang beliau tulis dalam blog beliau dua tiga hari yang lepas.

Pengarang buku 'Malay Dilemma' ini kini mengarang satu lagi 'dilema', kali ini 'Chinese dilema' dan saya tidak berminat untuk menerima pandangan yang tidak diperlukan itu. Sesungguhnya ia bukannya 'Chinese dilema' dan bukannya dilema sesiapa. Yang dalam dilema sekarang ialah rakyat Malaysia sendiri khususnya orang Melayu dan sedikit dari bangsa-bangsa lain di negara ini.

Ia adalah dilema yang tidak dapat di selesaikan kerana budaya pemikiran dan politik orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya yang buruk yang terbentuk oleh kuasa BN itu sendiri. Dilema ini ditambah oleh sikap dan nilai perjuangan yang dpaparkan sebagai alternatif oleh pihak pembangkang yang juga tidak mampu memberikan penyelesaian terhadap dilemma yang di hadapi oleh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputra termasuk di Sabah dan Sarawak.


Lim Kit Siang (LKS) memberikan reaksi dengan mengatakan Mahathir sebagai rasis kerana mencipta ciptaan barunya iaiatu 'Chinese dilema'. Apa yang dikatakan oleh LKS itu tidak salah dan ia adalah benar. Tetapi apa yang tidak terfikir oleh LKS, beliau juga memimpin parti yang terbentuk persepsi yang ia adalah parti yang tertumpu kepada imej parti Cina dan itu jelas dilihat dan kita tengok secara terang-terangan. Itulah sebabnya saya katakan dilemma ini bukan sahaja dilemma Cina seperti yang diperkatakan oleh Mahathir, ia adalah dilema semua bangsa dalam negara ini.

Rakyat sebenarnya dalam dilema, bukannya Mahathir dan bukan juga LKS. Di satu pihak rakyat khususnya orang melayu dalam dilema yang teramat sangat. Mereka tersepit diantara menerima kerajaan yang korup dan tercemar dalam segala-galanya dengan memilih pihak yang hanya mementingkan bangsanya sendiri dalam perjuangan politik mereka.

DAP telah berjaya menundukkan orang Melayu dan sudah pun ramai yang tampil memberikan sokongan kepada parti yang di dominasi oleh kaum Cina itu. Ini adalah satu trend yang sihat kalau dipandang dari sudut rakyat yang 'ordinary' ini. Fenomena ini tercetus kerana orang Melayu dalam dilema hasil dari ketidak jujuran pimpinan BN khususnya UMNO itu. Tetapi orang melayu telah dipermainkan juga oleh pihak yang memberikan laungan kuat tentang 'multiracialism' ini dengan hanya mahukan sokongan dan undi orang melayu sahaja sedangkan ia tetap kekal memaparkan sebagai sebuah parti kaum Cina.

Mungkin di sini betulnya Mahathir kerana tidak adil disangkal yang kita lihat di Pulau Pinang kuasa politik dikuasai oleh DAP yang di dominasi oleh bangsa Cina sedangkan parti DAP itu mencanangkan partinya sebagai parti berbilang kaum. Tidak seorang pun dari Ahli-Ahli Legislatif dari DUN Pulau Pinang di wakili oleh orang Melayu kalau kita lihat wajah mereka satu persatu.

Di Pulau Pinang misalnya orang melayu layaknya hanyalah untuk mengandar dan menampal poster di dinding-dinding bangunan dan tiang telefon semasa pilihanraya umum yang lalu. Mungkin itulah yang dianggap sebagai politik berbilang kaum itu. Kaum Cina menguasai kerajaan dan orang melayu menjadi penampal poster dan menjadi penceramah-penceramah sahaja.

Orang Melayu hanya dijadikan 'kuda pelejang' untuk menyerang pimpinan dan orang Melayu yang lain. Orang melayu Islam diberi upah dengan memberikan peruntukkan yang tinggi kepada Majlis Agama Islam dan jumlah peruntukkan untuk kegiatan Islam yang sebanyak itu sememangnya tidak menjadi hal kepada kerajaan P Pinang, negeri yang kaya raya itu.

Tetapi siapa yang bersalah disini, sehinggakan orang Melayu dengan mudah sahaja di jadikan sebagai 'kuda pelejang' tadi? Ia mesti bersebab dan penyebabnya ialah kerana kepimpinan Melayu yang sudah menghadap kekurangan keyakinan dari orang Melayu sendiri? Sebusuk-busuk orang Melayu mereka tidak mahu melihat pemimpin mereka yang rasuah dan tidak bermoral itu? Maka orang Melayu terus dalam dilemma dan itulah yang sepatutnya difahami oleh Dr Mahathir.

LKS tidak ada masalah memahami keadaan ini. Kalau tidak masakan beliau dengan mudah menggunakan Melayu yang dalam dilema ini untuk memberikan sokongan kepada DAP dan parti-parti lain dalam PR itu? Sekarang ada pihak yang merasakan sudah menjadi satu dosa jika orang Melayu tidak menyokong DAP itu.

Semuanya ini terjadi kerana dilemma rakyat yang sedang tersepit diantara pihak yang rasuah yang mereka benci dan pihak yang menggunakan kelemahan ini untuk memberikan tumpuan kepada kelompok mereka sendiri.

Rasis tetap wujud dikedua-dua belah pihak. Satu pihak bercakap isu rasis, satu pihak lain tidak bercakap tentang isu ini tetapi tindakan serta hasil politik mereka tidak lain dan tidak bukan adalah rasis yang menebal.

Kedua-duanya sama sahaja. Itulah menjadikan rakyat dalam dilemma untuk memilih. Apabila mereka (rakyat) berada dalam dilema seperti ini maka akhirnya mereka terpaksa memilih pimpinan dari bangsanya sendiri. Orang Melayu berfikir sebusuk-busuk melayu ada bau Melayunya dan pihak lain pula akan berfikir sebusuk-busuk bangsanya masih ada terhidu bau bangsanya.

Orang Melayu selalunya akan mencium bau baju atau pakaian ibunya untuk menghilangkan kerinduan terhadap ibunya yang baru meninggal. Itulah kaedah dan maksud kata-kata saya tadi.

Kekal lah PAS sebagai parti yang berakhlak

Posted: 28 Jul 2013 05:41 AM PDT

Oleh Roslan SMS

Kalaulah disuruh pilih sebuah parti yang dikatakan stabil, ahli-ahlinya berdisiplin dan berakhlak, sudah pasti pilihan tadi adalah PAS. Parti yang memperjuangkan Islam sejak sebe,um Merdeka ini lagi dikenali samada oleh kawan atau lawan sebagai sebuah parti orang baik-baik, keranan bukankah sepatutnya begitu lantaran yang diperjuangkan parti ini adalah Islam.

Parti ini bermula dari sekecil-kecil gerakan, yang dipandang rendah dan lekeh, dijangka tidak panjang usianya kerana kurang diyakini dapat menambat minat dan sokongan rakyat berbandin Umno yang seakan usianya.

Tetapi lantaran istiqomah ahli-ahli dan pimpinannya yang didokong kuat oleh para ulamak PAS kekal dipersada politik tanahair sehinggalah ke hari ini. Malah kalau dikira usianya menjangkau Umno, kerana Umno dikira mati dan hidup semula akibat diharamkan Mahkamah satu ketika dahulu.

PAS jatuh dan bangun dalam politik Malaysia tetapi tetap tegap berdiri malah hari ini merupakan salah sebuah parti politik yang terbesar keahliannya dan paling tersusun organisasinya. Walaubagaimanapun seperti parti-parti lain PAS tidak sunyi dari berbagai cabaran, dugaan dan krisis. Presidennya pernah meninggalkan parti, ada wakil rakyatnya yang pernah melompat meninggalkan parti, Presidennya ditahan ISA dikenakan tindakan sehingga tidak layak bertanding, namu PAS terus relevan bukan kerana kehebatan individu, bukan kerana kekuatan kewangan, tetapi PAS kekal bernafas saya yakin kerana ia tetap berpegang kepada Islam sebagai prinsip dan dasar perjuangan.

Jika ada usaha untuk membawa PAS keluar atau melonggarkan prinsip dan dasarnya itu, jangankan pimpinan, ahli-ahli PAS yang berkorban bermati-matian dan sentiasa istiqomah itu pasti akan bangkit dan memperbetulkan kembali keadaan.

Saya membangkitkan hal ini kerana melihat seakan ada atu arus atau gerakan untuk menggugat kestabilan dalam PAS sedang membara kebelakangan ini lebih-lebih lagi memandangkan parti itu akan menghadapi proses pemilihan dalam parti tidak berapa lama lagi.

Pemimpin naik dan pemimpin turun melalui proses pemilihan adalah satu perkara biasa termasuklah dalam PAS. Tetapi yamg menjadi luar biasa adalah apabila parti Islam ini turut melalui proses kempen memburuk-buruk dan menjatuhkan individu dan kumpulan tertentu melalui fitnah, tohmahan dan adu-domba. Proses seumpama ini tidak boleh ada di dalam PAS kerana ianya jelas bertentangan dengan prinsip dan dasar perjuangannya. Satu artikel dalam sebuah portal berita hari ini bagi saya adalah permulaan proses kotor ini dan perlu di bendung dan diberi perhatian oleh ahli-ahli. Di bawah tajuk:

Another son in law rises this time in PAS

Petisyen yang membuang masa.. sekadar hakim yang buat keputusan tanpa di bicara dan hujah dalam mahkamah..!!!

Posted: 28 Jul 2013 05:00 AM PDT

Anwar berang dengan kadar petisyen p'raya ditolak

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang dengan kadar mahkamah menolak kes petisyen pilihan raya umum ke-13 yang difailkan oleh calon-calon Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, peguam beliau akan membuat satu pendirian yang kuat esok mengenai perkembangan berkaitan dengan penolakan petisyen pilihan raya, di mana calon-calon juga diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka.

"Peguam kami akan membuat pengumuman mengenainya di KL, kami sedang berbincang tindakan kami selanjutnya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau menyifatkan sebagai tidak masuk akal dan tidak betul, cara hakim-hakim menolak kes-kes tersebut atas alasan teknikal tanpa membenarkan kes-kes itu dibicarakan.

Malah, kata Anwar, Pakatan juga tidak boleh menerimanya sekiranya perkara yang sama juga berlaku kepada petisyen yang difailkan oleh BN.


Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Kedua-duanya yang kalah kepada calon BN dalam pilihan raya umum lalu, diperintah membayar kos - Abdul Halim RM10,000 dan Muhammad Baktiar RM30,000 - kepada lawan mereka, pegawai pengurus piihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (kanan) diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Manakala lawan calon PKR bagi Parlimen Batu, Tian Chua - calon dari BN Dr Dominic Lau - yang ditolak petisyennya, diperintahkan membayar RM50,000 kepada Tian, selepas peguam calon PKR bertegas mengenainya dalam prosiding mahkamah.

Tokoh muda menggalas cabaran..!!

Posted: 28 Jul 2013 12:30 AM PDT

oleh - Nasrudin Hassan

Mendepani cabaran untuk menguasai pasaran gerak kerja Amal Islami menuju PRU ke 14 sekali gus menongkah arus pasca PRU 13 memerlukan gandingan mantap tokoh veteran yang berpengalaman dengan tokoh muda yang bertenaga dan memiliki visi jelas buat perjuangan Islam yang suci dokongan Parti Islam Se Malaysia [PAS]. Tanpa menafikan ketokohan, kehebatan dan keperluan tenaga tokoh veteran, masa depan jamaah memerlukan tokoh muda lebih ramai diberi laluan untuk mengambil posisi penting dalam kepimpinan.

Perkara paling asas ialah warisan dan proses peralihan kepimpinan jamaah. Ia perlu dilihat serius oleh semua peringkat organ jamaah Islam ini. Tanpa prejudis, jangan sampai laluan kepimpinan "tersumbat" gara - gara tokoh veteran "enggan" atau "lengah" memberi laluan kepada tokoh muda. Saya tidak menafikan bahawa perjuangan ini tidak dilihat serta tidak diukur dengan usia. Berjuang mestilah sampai ke mati dan saya tidak pernah mempersoalkan kedudukan ini.

Namun, apa yang saya bangkitkan ini ialah mengenai posisi kepimpinan. Laluan mesti diberikan secara terancang dan penuh strategik bersulamkan ukhuwwah islamiyyah yang tinggi. Justeru menjadi adab berjamaah secara tradisi, tokoh muda "segan silu" menapak ke hadapan selama mana tokoh veteran masih "bertahan" di posisinya.

"Laluan sistematik" perlu diberikan kepada tokoh muda pula beraksi menabur jasa kepada jamaah ini. Inilah langkah terbaik buat jamaah berbanding menerima pakai konsep "kepimpinan mesti direbut" dan tokoh muda mesti bersaing atau bergelut untuk mendapatkannya.

Erti kata lain, tokoh muda mesti menjatuhkan tokoh veteran terlebih dahulu untuk mendapatkan posisi itu. Konsep sebegini agak asing malah negatif bagi jamaah Islam justeru kepimpinan adalah amanah untuk digalas bukan ghanimah untuk diperas. Saya melihat kepada dua aspek :

Pertama : Keperluan semasa yang mendesak.

Gandingan "Hikmatus Syuyukh wa Hamaasatusy Syabab" atau "Kebijaksanaan Veteran dan Semangat Pemuda" perlu menjadi satu gandingan mantap kepimpinan jamaah di era ini. Suatu era yang dilihat penampilan dan dominasi anak muda menguasai "pasaran terbuka".

Bermula dari iklim politik, saingan ekonomi, gentian siber sehingga landskap sosial semuanya dikuasai anak muda. Lantaran itu tanpa syak, sebagai sebuah jamaah islam yang kontemporari sifat pergerakannya mesti menerima realiti ini dan mempraktiskannya dalam penstrukturan organisasi yang membabitkan penyusunan saf kepimpinan dan potfolio serta menampilkan imej segar dan kaya dengan variasi kepimpinan unik sepadan cabaran zaman.

Kedua : Transisi kepimpinan yang terancang

Kepimpinan mesti dirancang tanpa memperkecilkan bakat dan anugerah dimiliki individu yang lahir dari masa ke semasa untuk mengisi kerusi kepimpinan jamaah.

Secara prinsip, kepimpinan mesti dirancang kesinambungannya sekaligus bertujuan memelihara masa depan jamaah supaya pergerakannya terus dipimpin oleh saf kepimpinan berwibawa dan memiliki karisma tahap tertinggi yang dimiliki jamaah.

Jangan biarkan tenaga mampu dan upaya di"jeruk" dalam jamaah tanpa meletakkannya di tempat yang sesuai dan wajar. Sikap mementingkan diri dan agenda sendiri selayaknya dilebur musnahkan, sebaliknya agenda perjuangan Islam mesti didokong dan pendokongnya yang layak dan wajar memimpin jamaah Islam ini.

Saya sengaja tidak menyenaraikan tokoh muda yang dimaksudkan kerana tidak mahu ia disalah erti dan dipolemikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua pihak boleh bersikap positif dan melihat kewujudan tokoh muda berkaliber di kawasan jua negeri masing - masing untuk diberi ruang dan peluang dalam line up kepimpinan jamaah. Jangan tunggu mereka "tua dan luntur tenaga" untuk diberi tempat tanpa menolak bahawa muda yang gelojoh dan tidak matang juga tidak layak membarisi saf kepimpinan jamaah.

Justeru, saya tegaskan di awal artikel ini mengenai "laluan strategik" dan "laluan sistematik", bukan "laluan bebas tol" yang boleh bolos dan lolos tanpa meneliti standard atau piawaian kepimpinan layak untuk memimpin jamaah islam yang bergerak di pentas politik tanahair ini.

Sungguhpun begitu, tokoh muda sewajarnya perform dengan amanah perjuangan. Jangan harap untuk ditatang penuh sebaliknya peragakan keupayaan dan kemampuan dalam batas adab dan akhlak berjamaah. Tempat terhad dan kekosongan terbatas sedang senarai layak agak ramai. Tentu sahaja yang terbaik akan mendapat perhatian dan dipermudahkan urusan untuk ditempatkan pada ketika dan ruang yang sesuai.

* Nasrudin Hassan ialah ahli Parlimen Temerloh merangkap Ketua Pemuda PAS.

Duta Vatican di Malaysia - Satu lagi kesilapan besar kepada Umat Melayu Islam Negara ini yang dilakukan oleh Najib

Posted: 27 Jul 2013 11:30 PM PDT

SATU LAGI KESILAPAN BESAR KEPADA MELAYU ISLAM NEGARA INI




Kita baru sahaja selesai pilihanraya yang ke 13 pada 5 mei yang lepas. Mengikut rumusan DS Najib, banyak kerusi BN kalah adalah akibat tsunami Cina. Kawasan-kawasan yang ramai pengundi Cina calun BN kalah dengan begitu teruk sekali. 

Pengundi Cina juga telah keluar beramai-ramai dengan slogan "Ini kali lah.." yang membawa mesej bahawa ini kali lah masanya selepas Merdeka mereka akan ajar betul-betul untuk nyahkan BN khasnya UMNO atau Pertubuhan Melayu Bersatu. Dalam lain makna "Ini kali lah.." untuk menguburkan kuasa Melayu. 

Kuasa Melayu nyaris-nyaris hancur malah sehingga kini ia sedang berada di tebing lubang kubur dan tidak siapa dapat meramalkan apa akan terjadi pada pilihanraya yang akan datang yang di jangkakan pada tahun 2018. 

Inilah balasan yang orang-orang Melayu terima setelah menerima kerakyatan kaum lain. Ia memakan masa selama 56 tahun dan redap api perkauman yang membara sebenarnya tidak pernah padam. 


Kini kita mengundang satu lagi cabaran baru apabila bersetuju membuka kedutaan Vatican City di negara ini. Belum pun kering cap jari dan langkah kaki ke negara ini Apostolic Nuncio nya (Jawatan Vatican bersamaan dengan Duta) Joseph Marino telah meletak titik hitam mengundang masaalah. Ini berpunca apabila beliau mencampuri urusan dalaman negara ini dengan memuji penggunaan kalimah "Allah" di dalam kitab bible. 

Tindakan Nuncio Joseph ini telah mencetuskan api kemarahan di kalangan umat Islam negara ini sehingga mengundang NGO-NGO seperti PERKASA, Jati, Gabungan NGO Melayu Islam Malaysia dan Jalur Tiga untuk bangun mendesak Joseph menarik balik kenyataan nya di samping ke tahap mengeluarkan kenyataan supaya mengusir Nuncio ini keluar dari negara ini. 

Keseluruhan puncanya semua ini ialah mengapa kita begitu mudah memberi rumah kepada Vatican di negara ini yang mana mereka ini bukan mewakili sebuah negara pun? Jauh sekali bagi memupuk keharmonian kaum dalam negara ini. Seperti yang dipersoalkan oleh blogger Kadir Jasin "Siapa yang beria-ia menjalinkan hubungan dengan Vatican?". 

DS Najib mungkin tidak sedar ego beliau telah diangkat melalui psyco puak ini apabila beliau sangat berbangga dengan lawatannya ke Vatican pada 18 Julai 2011 dengan katanya "Mereka beritahu saya, ikut amalannya, Pope Benedict tidak terima sesiapa sewaktu dia bercuti. (Tetapi) dia buat pengecualian untuk saya berjumpa dengannya. Saya jumpa dengan Pope Benedict kerana kita mahu tunjukkan sebagai sebuah kerajaan kita bersikap inklusif,".rujuk sini

Apakah Kerajaan DS Najib yakin puak ini boleh dibawa berbincang untuk bekerjasama dengan mereka yang konon cintakan keamanan dan kedamaian?. Dan betulkah mereka ini menghormati kepimpinan Islam?

Apakah kita lupa bahawa Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al Baqarah ayat 120:-

" Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). 
  Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". 
  Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu". 

Lagi sekali DS Najib mendapat nasihat yang silap dari penasihatnya.
Hakikatnya DS Najib sudah terperangkap dengan membuat satu lagi kesilapan besar di dalam sejarah orang Melayu dan Islam. Mungkin kesan dan akibat ini akan lebih cepat dan tidak akan sampai 56 tahun untuk kita lihat kecelaruannya.

PEACE. 

Ayuh Semua... Jangan biarkan Ramadan kita 'kemetot'...!!!

Posted: 27 Jul 2013 10:30 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahaya

SETIAP kali PAS kalah pilihan raya, maka ulasan, muhasabah, kritikan, 'post mortem' dan sebagainya akan berjela-jela tersenarai sebab musabab kekalahan yang sebahagian besarnya terjurus kepada faktor-faktor nyata. Faktor tersebut seperti isu semasa, penipuan pihak lawan, demokrasi pincang, pengkhianatan dalaman, kelemahan jentera dan kekuatan pihak lawan.

Kekurangan yang berkaitan dengan urusan kerohanian atau munajat jarang tersenarai dalam 'post mortem'.

Para sahabat Rasulullah s.a.w. pernah tidak menang-menang dalam pertempuran melawan musuh. Mereka melakukan muhasabah sejenak, lalu membuat kesimpulan bahawa mereka telah meninggalkan satu sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu bersugi. Selepas bersugi Allah turunkan kemenangan.

Catatan sejarah para sahabat ini pernah dirakamkan oleh Almarhum Dato' Fadzil Noor dalam satu ucapan dasar muktamar tahunan PAS yang berlangsung di Taman Melewar. Almarhum mahu ahli-ahli PAS mengambil iktibar supaya jangan meninggalkan perkara yang mengundang pertolongan Allah dalam perjuangan.

PAS sebagai jemaah Islam adalah lebih besar kehebatan dan kemuliaannya berbanding PAS sebagai parti politik yang menyertai pilihan raya. Sertai pilihan raya adalah untuk menang sebagai laluan melaksanakan Islam melalui kuasa yang diperolehi. Namun sebagai sebuah jemaah yang memperjuangkan Islam, tanpa memperolehi kemenangan pilihan raya pun PAS wajib bertekad supaya anggotanya serta seluruh sasaran dakwahnya menang di akhirat - dengan maksud bebas daripada api neraka.

Akhirat adalah persoalan besar bagi setiap manusia kerana di sana mereka akan kekal selama-lamanya. Tiada peluang untuk memperbaiki nasib di akhirat kerana ia kena dilakukan sewaktu berada di dunia. Itu jugalah persoalan besar yang perlu difikirkan oleh PAS sebagai jemaah Islam, perlu diseminarkan dan di'postmortem' secara berfasa sebelum dunia kiamat atau sebelum kita mati.

Selepas kemenangan Dr Mohamed Morsi dan penguasaan Ikhwanul Muslimin dalam politik Mesir, ramai yang kembali mengkagumi harakah Islam terbesar dan tertua di dunia itu. Sejak zaman As-Syahid Hasan Al-Bana tarbiyah anggota Ikhwanul Muslimin sangatlah hebat. Mereka mempunyai silibus amalan harian yang mendekatkan diri kepada Allah bagi setiap anggota, berbeza daripada tahap kepimpinan hingga ahli biasa. Sepertimana badan perlu melakukan riadhah untuk kesihatan, mana rohani juga perlukan riadhah kerohanian. Wirid Al-Ma'thurat yang dikompilasi oleh asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna menjadi wirid harian yang diwajibkan terhadap ahli-ahli Ikhwanul Muslimin.

Mereka berjaya menghasilkan anggota yang berkualiti serta tidak terperangkap dengan habuan duniawi. Sebaik Parti Kebebasan dan Keadilan (daripada Ikhwanul Muslimin) menguasai Mesir, Parlimen dipenuhi oleh para hafiz al-Quran dan menteri yang dilantik daripada Ikhwanul Muslimin hampir kesemuanya memiliki status 'doktor'. Order lama tinggalan Hosni Mubarak yang bersisa dalam pentadbiran menjadi buntu apabila anggota Ikhwanul Muslimin yang diserap masuk dalam kerajaan rupanya adalah golongan yang tidak berubah pendirian hanya dengan umpan rasuah.

Saya rasa rasa teruja untuk menyentuh persoalan ini dengan sentuhan Ramadan yang menaungi kita sekarang. Ramadan adalah madrasah takwa, jadi sejauhmana kita menggerakkan perkara kerohanian yang mendekatkan diri dengan Allah.

Sejauhmana anggota-anggota kita digerakkan secara perancangan oleh jemaah untuk menghayati dan mengamalkan ibadah khusus seperti solat berjemaah, bacaan al-Quran, qiyamullail, solat sunat, bersedekah, memburu qiyamullail, menadah ilmu dan sebagainya? Seterusnya amalan ini dilanjutkan di luar Ramadan. Perkara ibadah ini jika dibiarkan untuk dilakukan secara sendirian oleh anggota jemaah secara individu rasanya tidak ramai yang ada kekuatan. Kita mampu menggerakkan ahli-ahli jemaah untuk menghadiri kursus berkaitan pilihan raya, mengapa agaknya kita ketinggalan untuk mengerakkan pelbagai program berkaitan Ramadan terhadap ahli-ahli?

Jika seluruh ahli PAS digerakkan untuk mengisi 10 malam terakhir Ramadan di masjid-masjid seperti mana mereka digerakkan untuk menyertai himpunan Bersih atau Blackout, rasanya jumlah ramainya ahli dan penyokong PAS itu cukup menukar suasana malam menjadi siang. Ia adalah amalan untuk mendapatkan keredaan Allah di samping membina kekuatan dalaman dalam perjuangan, bukan untuk keuntungan politik atau menunjuk-nunjuk. Pedulikan apa orang nak kata yang penting kita melakukan apa yang Allah mahu hamba-Nya lakukan.

Walaupun amalan kerohanian tersebut dilakukan bukan diniatkan untuk menang pilihan raya tetapi untuk menang perlawanan dengan musuh, kekuatan kerohanian sangatlah penting dalam semua keadaan. Allah menjanjikan pertolongan Allah hanya datang untuk golongan yang beriman dan bertakwa. Tiada guna kemenangan jika ianya istidraj (nikmat yang datang bersama kemurkaan Allah).

Ramadan masih berbaki. Tahun-tahun akan datang Ramadan akan terus berkunjung. Walaupun kita belum pasti akan ada di kala itu namun PAS sebagai jemaah Islam tidak akan ditutup, insya-Allah. Jadikanlah Ramadan sebaik-baik madrasah tarbiyah untuk setiap amilin yang berjuang dalam PAS. Jangan 'dikemetotkan' Ramadan kita.

SPR nie guna 'Teknologi' apa..????

Posted: 27 Jul 2013 09:30 PM PDT

Teknologi SPR
Oleh esmael


"SPR terus dipersoal kewibawaannya. Soalnya kenapa ? Mudah jawabnya, kerana SPR banyak menyimpan pelbagai cerita misteri pilihanraya. Misteri yang belum terungkai. Tetapi mengikut keperluan peruntukan dalam beragama, kebatilan akan terselah jua akhirnya. Maka benarlah kata pepatah bangkai gajah masakan dapat ditutup ? Lalu soalnya bila ? Tiada siapa yang boleh menjawab dengan tepat, sama-samalah bersabar dan tunggu episod seterusnya

Mempersoalkan integriti SPR bukan sahaja dari pembangkang malah pihak kerajaan sendiri. Tanda ketidakpuasan tentang keputusan pilihan raya lalu adalah sebagai buktinya. Kesilapan dan kecuaian SPR menjadi-jadi, membuat keputusan berat sebelah atau bermain silap mata seperti kejadian karan terputus ketika undi dihitung. Berlaku juga peti undi yang lambat sampai seperti dibeberapa tempat dikepulauan Langkawi, tidak seperti pilihanraya sebelum ini, walaupun pada hari pengundi lautan dipersekitaran kepulauan tersebut seperti hamparan karpet, dan kemudahan teknologi laut dan pengangkutan yang semakin canggih, tapi capaian antara pulau-pulau semakin sukar nampaknya. Atau heli pembawa peti undi tidak dapat mendarat pada waktunya di kawasan pendalaman Sabah, cuaca buruk dan amat membimbangkan ! Ahhh pekerja ladang teh di pendalaman Sabah sebenarnya tidak mengundi kerana mereka berbangsa Bangla atau pekerja upahan dari pergunungan di Tibet.

SPR sebuah badan yang sedang bergerak ke belakang dalam sebuah negara yang mempunyai multimedia super koridor. Koridor yang digerakan oleh bekas Perdana Menteri ketika revolusi teknologi maklumat mula mempengaruhi dunia sebagai agenda dan tatacara hidup masyarakat masa depan. Bekas PM berharap inilah pacuan terbaik menyambut cabaran ini selari dengan hasrat meningkatkan persaingan negara dalam teknologi maklumat. Namun gagasan ini telah banyak kali memakan tuan. Kerajaan menjadi lemas, kaku dan ketaktahuan bila berdepan dengan aliran maklumat melalui teknologi yang semakin canggih ini. Bekas PM banyak kali mengeluh dengan dasar langit terbuka yang diusahakannya seperti Firaun mengeluh dengan karenah anak angkatnya Nabi Musa.

SPR mengikut jejak negara India dan Bangladesh apabila membuat keputusan menggunakan dakwat celup jari bagi mengelak berlaku penipuan semasa pembuangan undi. Teknologi lama dan telah juga lama digunakan di negara tersebut. Tetapi ia menjadi isu besar dan menampakkan kegagalan apabila berlakunya bermacam-macam bantahan pada pilihanraya lepas. Ketuanya sendiri pernah mengakui tentang kelemahan ini. Yang jelas SPR mendakwa dakwat yang digunakan bersifat kekal, tetapi hanya kekal untuk beberapa jam sahaja atau akan hilang sekelip mata apabila jari berdakwat itu diumpal dengan rumput-rumput di tepi jalanan yang berklorofom itu.

Persoalannya sekarang, mengapa Malaysia yang selalu mengangap dirinya telah maju dalam banyak bidang berbanding dengan negara mundur lain mesti mengikut negara pengeluar kain pelikat terkenal di dunia itu ? Mengapa dalam hal ehwal keselamatan proses pengundian tidak sahaja Malaysia mengikut jejak negara maju lain di Eropah atau Amerika ?

Negara maju seperti Jepun atau Korea, mereka akan mengenalpasti sesuatu masalah. Setelah masalah tersebut dikenal-pasti, baharulah mereka akan mengemukakan cadangan untuk diimplimentasi kaedah yang lebih baik. Cara implimentasi mereka biasanya berdasarkan kepada penggunaan teknologi pantas, tepat dan tidak membosankan. Pada masa yang sama, para penipu dan penyangak dalam pilihanraya seharusnya dianggap sebagai penjenayah yang tiada maaf bagimu. Mereka akan dikejar, ditangkap, dibicara dan dihukum mengikut keperluan perundangan. Tetapi hal sedemikian tidak berlaku. Para penipu dan penyangak pilihanraya lepas bebas, tetapi para pengundi dan rakyat yang tidak bersalah pula yang dihukum. Tidak pasal-pasal jari-jemari mereka terpaksa dikotorkan demi menegak sistem pengundian yang laput.

Meredah ke alam maya, kita akan menemui halaman sesawang kepunyaan SPR. Agak canggih dan bermaklumat juga halamannya. Layanan teks dan multimedia serta pangkalan data untuk semakan daftar pemilih secara atas talian dengan menggunakan telefon pintar ! Ah macam tidak percaya aku. Satu sentuhan teknologi yang uptodate dan banyak membantu. Dan sekiranya pengunjung dari luar negara ke laman tersebut sememangnya mereka menyangka sesuatu yang lebih canggih sedang berlaku kepada sistem pilihanraya di negara ini. Mereka memikirkan bahawa rakyat di negara ini tidak perlu beratur panjang di pusat-pusat pembuangan undi seperti di sekolah atau dewan serbaguna dengan kawalan pegawai keselamatan bersenjata. Sebaliknya mereka memikirkan rakyat Malaysia hanya membuang undi menggunakan mesin kekunci sentuh yang diletakkan di kawasan awam seperti pusat membeli belah, stesyen bas dan keretapi atau pangkalan feri dan lapangan terbang, tanpa kawalan keselamatan yang ketat, kerana segala kerja remeh-temeh dan membosankan itu diserahkan kepada kecanggihan komputer bulat-bulat.

Namun perkara sebaliknya berlaku di pentas-pentas pilihanraya. SPR masih ditakuk 60an. Kalau dulu senarai pengundi ditaip dengan menggunakan mesin taip, kini senarai pengundi dalam cetakan komputer, itu saja. Komputer yang mereka perolehi disimpan di pejabat untuk kegunaan benda yang tidak berfaedah seperti berfacebook atau mengintai gosip dan cerita karut disaluran youtube. Senarai bercetak yang dikeluarkan itu sering menimbulkan banyak kontroversi tentang kesahihannya. Banyak komplain yang kita dengar senarai ini tidak ngam dengan realiti pengundi. Namun SPR seolah-olah tidak mengambil pot dengan rungutan dan aduan. Soalnya kenapa SPR tidak membuat semakan pendaftaran secara talian semasa pilihanraya bagi mengatasi masalah kekeliruan yang timbul ?

Aduh ! mungkin hujahnya begini. Bukan semua pusat mengundi mempunyai kemudahan komputer. Hatta sesetengahnya pusat pengundian di pendalaman tidak mempunyai bekalan elektrik. Talian komputer yang lemah, kemahiran staf menggunakan komputer masih tidak setimpal bla bla bla, itu adalah modul jawapan yang akan kita dengar. Kalau itulah jawapannya, maka ia adalah tepat dan benar untuk kawasan yang mundur dan pendalaman, tetapi ia tidak tepat untuk Kuala Lumpur atau Petaling Jaya, juga Tasek Gelugor atau Gurun Kedah, mungkin juga di pekan Gua Musang.

Sesungguhnya komputer direka dan dibina atas kapasiti untuk menyelesaikan masalah remeh-temeh seperti ini. Ia juga bertujuan menyelesaikan perkara yang lebih besar seperti penjimatan kos operasi dan pengendali. Seandainya masalah celop jari dalam botol dakwat di atasi dengan menggunakan solusi komputer tentunya masalah ini dapat diselesaikan dengan tuntas. Hanya keperluan pengubahsuaian atau kemaskinian komputer sahaja dari semasa ke semasa. Lagipun solusi ini tidaklah semahal kos membayar harga dakwat atau membayar elaun FRU atau RELA serta belanja isian minyak untuk bersesak ke pusat pembuangan undi.

Beberapa negara di Afrika seperti Tanzinia telah mengumumkan akan menggunakan biometric electoral system, yang mendakwa sistem ini akan menghasilkan proses pengundian lebih selamat dan keputusan yang tepat dan lebih dipercayai. Sistem ini pada asasnya mampu mengesan capjari atau wajah pengundi. Pengimbasan pada wajah atau jari-jemari akan dipadankan dengan pangkalan data untuk memastikan pengundi berkenaan sah atau tidak.

Negara seperti Tanzinia atau Uganda yang dianggap lebih mundur dari Malaysia (tapi dalam sukan mereka lebih power dan advance) pun lebih yakin dan percaya kepada kemampuan komputer berbanding dakwat, maka kita tidak pasti petajalan (roadmap) SPR dalam melayani karenah pilihanraya. Sistem tidak perlu diubah, namun pendekatan perlu diubah bersesuaian dengan masa. Kadang-kadang mengundur ke belakang adalah alasan terbaik untuk tidak terus ke depan !

Guru-guru dibenarkan berpolitik, tapi ingat!! Wajib sokong umno sahaja!

Posted: 27 Jul 2013 08:30 PM PDT

Kalau Syaidina Ali hidup semula, puak Syiah lah Syaidina Ali akan kerat kepala dulu!

Posted: 27 Jul 2013 07:30 PM PDT

DrAzman IbrahimGeger bab syiah seminggu dua ni. Kawan-kawan sekelas saya di Univ Baghdad dulu dalam 25 orang semuanya. Ada kurdi, Arab Iraq, Arab Palestin, Arab Yaman dan Arab Jordan. 5 orang saja sunni termasuk ambo! Bakinya syiah.. Kami belajar bersama, mengulangkaji bersama, buat presentation bersama, latihan praktikal di hospital pun sama-sama. Bukannya sehari dua, tapi 6 tahun. Belum lagi dikira penganut syiah yang hidup bersama dalam masyarakat.

Alhamdulillah... saya tetap teguh dgn aqidah ahli sunnah wal jamaah walaupun tak berjaya 'mengsunnikan' kawan-kawan syiah. Terpesongnya amalan dan aqidah orang syiah bukan setakat saya baca di buku dan kitab, tetapi mampu dilihat dengan mata kepala sendiri. Musim peperiksaaan kawan-kawan syiah datang bermalam dirumah sampai 2,3 hari untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran.
Lagu mana mereka solat, berapa kali mereka semayang dalam sehari, lagu mana puasa mereka, apa pandangan mereka tentang sahabat-sahabat nabi, peristiwa pembunuhan Syaidina Hussin di Karbala', kitah 'Nahjul Balaghah' yang menjadi rujukan mereka, taasub mereka dengan imam-imam mereka, kelayakkan imam-imam mereka mengeluarkan ijtihad dan fatwa baru semuanya saya kaji dan lalui secara realiti.

Penganut-penganut syiah di Malaysia, berapa hari kamu semua hidup bersama orang syiah? Kalau syiah itu betul, benar, tidak sesat dan menyesatkan... saya akan jadi syiah lebih dulu sebelum kamu!

Islam ini agama mudah. Samada ibadat atau muamalat. kenapa nak dipermudahkan lagi dengan solat yang boleh dijamak seminggu sekali? Apa faedah yang kamu boleh dengan mengutuk dan mencaci sahabat-sahabat Nabi? Mana boleh bulan puasa pun hisap rokok atas alasan fatwa imam? Siapa yang ajar kamu al Quran ada 115 surah? Tambah satu lagi surah 'al Wilaayah' kononya surah yang menceritakan kelebihan Syaidina Ali. Kalau Syaidina Ali hidup semula, puak kamulah Syaidina Ali akan kerat kepala dulu! Siapa yang ajar kamu semua, Malaikat Jibril tersalah bagi wahyu kepada Muhammad, sedangkan sebenarnya nak bagi kepada Ali? Kamu ingat Jibril tu macam Tok Ki kamu?

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan. Kembalilah kepada aqidah yang benar...
 

Ulasan Ketua Pemuda berkenaan Kehebatan Anak & Menantu dalam PAS

Posted: 27 Jul 2013 06:30 PM PDT

Nasrudin Hassan

1. Sebentar tadi saya menerima e -mail dari seorang rakan yang merujuk saya kepada artikel bertajuk "Kebangkitan Pengaruh Menantu, Kali ini dalam PAS" oleh Amin Iskandar seorang pengarang berita di portal The Malaysian Insider.

2. Saya melihat artikel itu sarat dengan spekulasi yang mencetus fitnah. Ia dilihat sengaja dicetus untuk membantu pihak yang mahu menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang lalu merosakkan kredebiliti ulama' tersohor yang kini sedang menerajui kepimpinan PAS. [Sebab itu gambar Tuan Guru Hj Abdul Hadi menjadi penghias artikel dan nama Tuan Guru juga di serlahkan dengan ketara.] Saya memilih untuk respon artikel itu kerana nama saya turut diseret dalam spekulasi yang menumbuhkan fitnah rekaan pengarangnya.

3. Tiba - tiba sahaja nama Al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohamad menjadi hit dan diperkenalkan kepada umum sebagai menantu kepada Tuan Guru Presiden PAS, sedang menurut perspektif saya bahawa Ustaz Zaharudin Mohamad adalah seorang yang sangat low profile, justeru itu ia tidak dikenali umum sebelum daripada ini. Bahkan bukan beliau sahaja yang berstatus menantu kepada pemimpin utama jamaah PAS malah ramai lagi yang pernah berstatus menantu kepada pemimpin utamanya sebelum ini malah ada yang berstatus anak kepada pemimpin utama. [saya tidak perlu menyenaraikannya]

4. Secara umumnya, semua bapa dan mertua akan berbangga dengan kehebatan anak dan menantu mereka. Sementelah anak dan menantu mereka aktif memperjuangkan Islam bersama jamaah. Malah menjadi idaman setiap bapa dan mertua yang berjuang menegakkan Islam untuk memiliki anak dan menantu yang hebat serta mempunyai karisma kepimpinan yang hebat juga dalam perjuangan suci ini.

5. Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima' dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam. Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi saw yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha sebagai bapa mertua Nabi saw. yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw. [ Malah kesemua sahabat Khulafa' Ar Rasyidin mempunyai hubungan mertua dan menantu dengan Nabi saw. dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw. ]

6. Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.

7. Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam UMNO yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis - habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN. Akhirnya Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib. Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihanraya ke 13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan.

8. Ertinya kejatuhan Pak Lah adalah faktor kelemahan dirinya sendiri dan Khairy bukanlah sasaran sebenar. Realiti ini dapat dilihat sejak awal selepas peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib, Khairy tidak lagi menjadi papan sasar mana - mana pihak dalam UMNO mahupun dari pihak Tun Mahathir sendiri. Kerana matlamat utama mereka hanya mahu menjatuhkan Pak Lah dan Pak Lah sudah jatuh. Maka tidak mengapa Khairy terus mengukuhkan penguasaan dan kedudukan politiknya dalam UMNO dan BN.

9. Jika teori konspirasi ini diguna dan dimaksudkan oleh Amin Iskandar sebagai main point dalam artikel Kebangkitan Pengaruh Menantu, ertinya Ustaz Zaharudin Mohamad bukanlah sasaran utama tetapi sebaliknya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sebagai sasaran mereka. Persoalannya siapakah yang menyasarkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi ?

10. Saya tidak percaya Tuan Guru Hj Abdul Hadi lemah sebagaimana Pak Lah walaupun telah wujud sebelum ini percubaan yang dilakukan oleh individu tertentu untuk melabelkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi adalah Pak Lah versi PAS. Sekali lagi saya kira tiada ahli PAS yang celik Gerakan Islam percaya dan menerima label yang diberi sedemikian rupa. Sebab itu percubaan tersebut bukan sahaja gagal tetapi terus lenyap ditelan jerebu yang melanda negara.

11. Apabila timbul isu kebangkitan pengaruh menantu ini dan percubaan menyamakan ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy dalam UMNO membuatkan saya tertanya - tanya dan tercari - cari siapa yang berperanan sebagai Tun Mahathir untuk memukul Ustaz Zaharudin seperti Tun Mahathir pukul Khairy dahulu ? dan siapa pula yang akan mengambil tempat Datuk Seri Najib untuk dinaikkan kalau mereka berjaya menjatuhkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi kelak ?

12. Saya berdoa dan bermunajat kepada Allah swt agar jamaah ini dipelihara olehNya dari musibah dan porak peranda sedemikian rupa. Semoga mereka yang membangkitkan fitnah dan meniup segarkan fitnah itu dikurniakan petunjuk oleh Allah swt. Saya menafikan setiap spekulasi yang dikemukakan oleh Amin Iskandar dalam artikelnya dan ia adalah satu tanggapan salah jua merupakan satu fitnah.

13. Saya mengharapkan beliau menarik balik spekulasi yang beliau kemukakan kerana ia tidak berasas. Saya tidak tahu siapa yang salurkan maklumat sedemikian kepada beliau sedang beliau bukanlah pimpinan PAS yang boleh akses maklumat dalaman jamaah. Jika itu maklumat dipungut dari jalur internet atau ada individu tertentu yang salurkan maklumat kepada beliau, sekali lagi saya nafikan bahawa ia adalah suatu yang benar sebaliknya ia adalah salah jua tohmahan dan jika Amin Iskandar ingin meneruskan spekulasinya, beliau boleh dan mesti mengemukakan bukti. Jika tidak, ia kekal sebagai fitnah.

Nasrudin bin Hassan

Antara BILAL & ORANG KAMPUNG.. Siapa yang gila..????

Posted: 27 Jul 2013 05:30 PM PDT


 
SAPA GILA??

Seorang penduduk dikatakan gila, tetba pergi ke surau pada pukul 10 pg, lalu melaungkan azan.

Penduduk kg mendengar azan tu rasa pelik lalu semuanya bergerak ke masjid utk siasat. Selepas melihat org gila itu azan, ketua kg menjerit

"hoi, pukul 10 pagi ni azan solat apa?"

Org gila menjawab:

" td azan yg betul pkl 6 pg ada 5 org je dtg, ni azan yg salah sekampung plak datang?"

Sapa gila?

JAWI nafikan beri kebenaran 4 finalis ratu cantik bertanding semula

Posted: 27 Jul 2013 04:30 PM PDT


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI ) hari ini menafikan akan memberi kebenaran kepada empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam menyertai semula pertandingan berkenaan seperti dilaporkan sebuah portal tempatan baru-baru ini.
  
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata Jawi sehingga kini belum membuat keputusan berhubung isu itu memandangkan ia masih dalam siasatan.
  
"Perkara ini memang kita tidak boleh terima. Ini hanya spekulasi. Kertas siasatan hanya akan selesai sebelum Hari Raya Aidil Fitri berhubung tindakan selanjutnya terhadap empat peserta itu yang hanya akan dibuat oleh pihak pendakwaan Jawi kepada mahkamah," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis pelepasan konvoi program kembara Dakwah Ramadan ke Rumah Anak-anak Yatim Al-Ihsan, Bentong, Pahang di ibunegara hari ini.
  
Majlis itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Razali Shahabudin.
  
Sebelum ini sebuah portal menyiarkan laporan bahawa JAWI berkemungkinan akan membenarkan penyertaan empat wanita Islam itu berikutan tindakan penganjur pertandingan ratu cantik itu Datuk Anna Lim membuat rayuan kepada Jawi.

Menurut laporan itu Anna Lim memberitahu media bahawa keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013.
  
Che Mat turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana Jawi belum membuat keputusan rasmi.
  
Sementara itu, seramai 120 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai acara tahunan anjuran Jakim dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Jawi, Pejabat Agama Islam Daerah Bentong dan Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi 300KMj.
    
Mereka bukan sahaja menziarah dan beramah mesra dengan anak-anak yatim, malahan terdapat pelbagai pengisian bersama penghuninya yang telah diatur pihak penganjur, antaranya ceramah, majlis berbuka puasa, solat berjemaah serta penyampaian sumbangan.

- Bernama

Orang Melayu jangan menaruh harapan yang tinggi kepada pimpinan UMNO

Posted: 27 Jul 2013 07:30 AM PDT


Saya menulis sebagai seorang pemerhati politik. Dan sebagai orang Melayu mengenai parti Melayu yang terbesar. Saya dapati berada dalam DAP memudahkan saya bercakap mengenai kepentingan orang Melayu yang tidak berani disuarakan oleh ahli UMNO. Jika Cina DAP tidak menyuarakan kepentingan Melayu, itu tidak jadi masaalah kepada saya selagi saya sendiri boleh melakukan nya. Apa yang diharap pada bangsa lain untuk menyuarakan kepentingan Melayu? Yang orang UMNO sibuk hendak paksa cina bercakap dan menjuarai Melayu mengapa?

Kita lah yang bertanggungjawab atas masa depan bangsa kita. Dan bila saya sebut 'kita' tidaklah bermakna , Melayu itu mesti Melayu dalam UMNO. Orang Melayu dalam PAS, PKR bahkan DAP pun berhak menyuarakan hal2 kepentingan bangsa Melayu.

Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang mengaku menjuarai bansga Melayu mengkhianati kepentingan bangsa mereka sendiri. Yang menyedihkan kita ialah pimpinan UMNO yang menggunaknan nama bangsa Melayu untuk kepentingan peribadi. Ini kita tak terima.


Najib sebagai pemimpin terrtingi UMNO memperlihatkan betapa lemah nya dia dalam menjaga kepentingan Melayu. Dalam masa pentadbiran PM yang dulu2- MIC hanya diperuntukkan satu kerusi menteri. Yang lain hanya layak jadi timbalan menteri. Sudah parti tersebut minority, tapi Najib memberi mereka tempat prominent dalam cabinet. Berapa orang India mesti dihadirkan dalam pentadbiran negara?

Mana ada wanita UMNO jadi menteri penuh? Najib meletakkan wanita dari Sarawak jadi Menteri Penuh yang tak tahu latar belakang di Semanjung. Apa sudah jadi dengan Najib?

Ada orang UMNO yang sanggup mendedahkan rasuah dikalangan pimpinan UMNO? Ada yang sanggup mendedahkan soal kemiskinan dikalangan orang Melayu? Ada orang UMNO berani mendedahkan keperitan hidup orang Melayu? Jika tak berani, ketepi- saya boleh buat demikian. Saya boleh bercakap dan bersuara untuk bangsa saya dimana orang UMNO bacul dan tak berani.

Dari segi perjuagan UMNO sudah banyak menyimpang. Pimpinan nya mementingkan diri sendiri. Asset orang Melayu seperti tanah, hartabenda, saham tidak dijaga malah dibaham oleh pimpinan UMNO. Saham RM54billion yang diperuntukkan dibawah DEB habis dijual oleh golongan elit Melayu untuk mengayakan diri mereka. Pimpinan UMNO tak pandai mengurus asset bagi pihak orang Melayu. Tanah reseb Melayu tinggal sebahagian kecil dari yang asal dan tidak di ganti. GLC banyak yang rugi walaupun dikendalikan oleh orang Melayu. GLC rugi tapi pimpinan GLC kaya raya.

PNB misalnya mahu membina menara dan bangunan yang tinggi menelan belanja berbilion Ringgit. Perlukah PNB kepada bangunan baru? kalau berbilion Ringgit itu diagihkan dalam bentuk dividend bukan kah itu lebih baik untuk orang Melayu?

Komitment dan dedikasi pada perlaksanaan dasar2 yang menguatkan orang Melayu tidak mengiringi deklarasi dan pengucapan. Pimpinan UMNO lebih mengutamakan jeritan dan pekikan slogan daripada memberi isian kepada pengucapan. Najib terutama nya, lebih menyerlah pada segi melaungkan itu dan ini, tapi laungan tersebut tidak berisi.

Menjelang Perhumpian Agung UMNO pada bulan Disember ini, pelbagai spekulasi telah dibuat. Adakah Najib akan dicabar? Jawapan rengkas nya, ya dia akan dicabar. Pencabar nya ialah Muhyidin Yassin. Walaupin Muhyidin dilaourkan sebagai berasa letih untuk berlawan, dia tidak ada pilihan lain. Jika dia tidak mencabar, dia akan di pinggirkan sedikit demi sedikit. Bukan rahsia lagi, Najib membarisi tenaga2 untuk mengepung dan mengekang Muhyidin. Jika Muhyidin tidak berbuat sesuatu, masa depan nya akan gelap dan masa depan UMNO sebagai sumber pengharapan orang Melayu pun akan muram.

Ketika Pak Lah hanya memenangi 140 kerusi parlimen tapi undi popular nya 51%, Muhyidin mengepalai gerakan untu mengusir Pak lah. Akhirnya Pak Lah terpaksa berhenti jadi presiden UMNO dan PM. Menantu nya tinggal dalam kegelapan manakala pimpinan setara dengan KJ mendapat tempat dalam pentadbiran negara.

Jika Muhyidin tidak menggesa Najib berhenti, maka dia akan dilihat sebagai tidak konsisten. Ternayata Najib gagal dalam banyak hal. Twitter nya dan blog nya tidak akan dapat menyembunyikan kekosongan dalam diri Najib. Dia hanya lebih dari segi bentuk, tapi kurang dalam segi isi.

Dia gagal bila berjaya mendapat hanya 133 kerusi parlimen berbanding dengan Pak lah 140 kerusi. Undi popular dalam tangan Najib hanya 47% berbanding Pak Lah dengan undi popular 51%. Betul UMNO menang lebih banyak kerusi tapi kemenangan itu disebabkan gerrymandering. Kepadatan pengundi yang kurang dalam kawasan yang ditandingi oleh UMNO membenarkan Najib memenangi lebih banyak kerusi untuk UMNO. Bawah pimpinan Najib, parti MCA hanya menang 7 kerusi parlimen berbanding dengan dibawah Pak lah dimana MCA menang 15 kerusi.

Najib gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen. Najib gagal menawan Selangor. Perak hanya menang tipis. Terengganu menang tipis juga. Buat pertama kali di Negeri Pahang, ada 12 ADUN pembangkang dalam dewan undangan negeri.

ETP, GTP nya lebih indah khabar dari rupa. Dari jauh kelihatan jelita, bila dekat mendukacitakan. Itu kita bincang dibahagian lain. 

No comments:

Post a Comment